Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja Utama Makmal Informasi 2

Monday, July 10, 2017

Resepi Sambal Kuah Kacang - Mudah dan Sedap


Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Macam mana sambutan hari raya anda semua? Meriah. Dah berapa rumah terbuka yang korang dah pegi? Mesti sedap-sedap juadah rumah terbuka yang anda pegi kan. Kalau Mrd pegi rumah terbuka, paling excited kalau ada sambal kuah kacang dengan lontong. Mrd suka sangat makan kuah kacang ni, lagi lagi kalau makan dengan sate dan lontong, memang menambah sampai dua tiga kali. Mak Mrd dulu tukang masak kalau ada kenduri-kenduri kahwin di kampung Mrd. Time kecil dulu, mak Mrd pernah buat kuah kacang ni , memang teringat-ingat sampai sekarang ni. Mak Mrd juga dulu  suka masak daging kuah kacang time kenduri kahwin. Rindunya dengan masakan mak. Tapi sekarang mak dah tak sihat, so tak dapat dah nak merasakan makanan mak. Sekarang ni, tiba masanya kami adik beradik pula yang masak untuk Mak. Dapatlah kami berbakti untuk Mak. Alhamdulillah.  

Harini, Mrd nak berkongsi resepi sambal kuah kacang. Resepi ni mungkin tidak sama dengan resepi-resepi yang sedia ada. Sebab kadang-kadang Mrd ni masak ikut selera tekak Mrd. hehehe.

Okaylah ni bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sambal kuah kacang.

  1. Bawang merah - 4 ulas
  2. Bawang putih - 4 ulas
  3. Cili padi - 6-8 biji
  4. Cili boh - 200 ml
  5. Kacang - 150 gram
  6. Gula - 3 sudu
  7. Maggi Cukup Rasa - 2 sudu kecil
  8. Garam - 1 sudu kecil
  9. Minyak masak - Secukupnya
  10. Air - sedikit

Cara-cara membuat Sambal Kuah Kacang 
  1. Panasakan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau. 
  2. Kemudian, masukkan cili boh dan kacau sehingga sebati. 
  3. Masukkan kacang (digoreng terlebih dahulu) yang telah di kisar (jangan kisar terlalu halus) dan gaul hingga sebati.
  4. Tambahkan gula, garam dan Maggi Cukup Rasa untuk mengimbangi rasa. Kacau hingga sebati.
  5. Tambahkan air untuk mengubah kepekatan kuah mengikut kehendak anda. Kacau hingga sebati.
  6. Masak kuah kacang sehingga pecah minyak.
  7. Setelah sambal kuah kacang pecah minyak, matikan api dan sambal sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba. 





No comments:

Post a Comment