Halaman

Sunday, March 3, 2019

Resepi Sotong Masak Ala Tomyam Sedap dan Ringkas




Resepi Sotong Masak Ala Tomyam


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada pengunjung blog Mrd. Baru-baru ini Mrd ada berkongsi resepi Sambal Belacan, kepada yang nak tengok resepi tu boleh tekan Resepi Sambal Belacan. Harini Mrd nak berkongsi resepi Sotong Masak Ala Tomyam. Resepi ni adalah resepi yang Mrd pelajari daripada kakak Mrd. Ok, tanpa membuang masa mari Mrd kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara memasaknya. Anda juga boleh menggunakan sumber protein yang lain seperti udang, ikan, kerang dan ayam.


Bahan-bahan:
  1. Sotong - 1/2 kilo
  2. Bawang merah - 3 ulas (ditumbuk)
  3. Bawang putih - 3 ulas (ditumbuk)
  4. Pes Tomyam - 2 sudu kecil
  5. Maggi Cukup Rasa - secukupnya
  6. Gula - secukupnya
  7. Air - secukupnya
  8. Minyak masak - secukupnya untuk menumis




Cara-cara memasak:
  1. Bersihkan sotong dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan pes Tomyam dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau hingga sebati.
  5. Tambahkan Maggi Cukup Rasa dan gula untuk mengimbangi rasa mengikut selera masing-masing.
  6. Masak kuah sehingga pecah minyak dan barulah masukkan sotong yang telah dibersihkan. Seterusnya gaul rata. Masak sotong jangan terlalu lama kerana risau tekstur sotong akan menjadi liat. Masak dalam 2 hingga ke 3 minit.
  7. Setelah sotong sudah masak, angkat dan sedia untuk dihidang.



Resepi-resepi lain:

 

 


 

 

 


 

No comments:

Post a Comment