Assalamualaikum semua. Semoga sihat-sihat belaka kepada pengunjung blog Mrd ni. InshaAllah esok kita akan mula berpuasa. Mesti ramai yang pening nak masak apa untuk sahur dan berbukakan? Ok harini Mrd nak berkongsi resepi ayam masak lemak cili padi yang Mrd belajar daripada kawan Mrd seasa menyambung pengajian di IPTA. Maklumlah dulu masa belajar, Mrd suka masak dengan kawan-kwan di IPTA. Lagi-lagi bila Mrd dan kawan-kawan menyewa rumah berdekatan universiti sebab kena'tendang' oleh kolej kediaman, hahahaha.
Resepi ayam masak lemak cili padi ni antara makanan kegemaran Mrd. Tapi tulah tak boleh nak makan selalu, kena beringat jugak kalau makan makanan bersantan ni..hehhe. Bahan-bahan untuk resepi ni mudah saja tak complicated. Sangat sesuai dimasak oleh para bujang di luar sana. Untuk resepi masak lemak cili padi ni mengikut tekak dan cara Mrd. Mungkin tak sama dengan resepi asal atau original masak lemak cili padi.
Bahan-bahan untuk ayam

Ayam Masak Lemak Cili Padi
- Ayam - 1 kg bahagian paha
- Serbuk kunyit - secukupnya
Bahan untuk ditumbuk/dikisar
- Bawang merah - 2 ulas
- Bawang putih - 2 ulas
- Kunyit hidup - 1 inci
Bahan-bahan lain
- Serai - 1 atau 2 batang
- Daun kunyit - 1 helai (dihiris halus-halus)
- Cili merah - 6-10 batang (dihiris -hiris) *mengikut kepedasan yang anda nak
- Santan kotak - 200 ml
- Maggi Cukup Rasa - secukupnya
- Air - dalam 200 ml
Cara-cara memasak
- Masukkan ayam yang telah dipotong-potong dan diperap dengan serbuk kunyit ke dalam kuali yang telah dihidupkan api perlahan.
- Kacau rata dan masak ayam sehingga ayam separuh masak.
- Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar dan kacau bahan kisar bersama ayam sehingga rata.
- Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
- Selepas itu, tambahkan santan dan gaul rata.
- Tambahkan Maggi Cukup Rasa, serai, cili padi dan daun kunyit dan gaul rata.
- Kemudian, kecil kan api dan biar sehingga kuah menjadi pekat dan minyak dah naik.
- Matikan api dan ayam masak lemak cili padi sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba semuanya.
No comments:
Post a Comment