Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Thursday, May 2, 2019

Resepi Sup Ayam Sedap dan Ringkas




Assalamualaikum semua. Tak sedarkan pejam celik, pejam celik tahun ni dah masuk bulan Mei dan dalam beberapa hari lagi bulan Ramadan akan tiba. Moga-moga Ramadan kali ini kita akan mempertingkatkan amal ibadat kita. Selalunya, kalau bulan Ramadan ni orang bujang Mrd ni selalu pening nak masak apa untuk berbuka dan sahur. Maklumlah orang bujang lagi-lagi masih bergelar seorang pelajarkan, nak beli makanan dekat luar hari-hari pun susah jugak sebab harga makanan sekarang agak mahal. Jadi Mrd kalau bulan puasa ni, Mrd suka masak. Kalau tahun lepas, Mrd memang selalu masak untuk berbuka dan bersahur, alhamdulillah memang dapat jimat. Ok, harini Mrd nak kongsi resepi yang ringkas, Sup Ayam. Resepi ni mudah saja, main campak-campak saja bahannya ke dalam periuk, hehehe. 

Bahan-bahan
  1. Ayam -  1/2 kilogram
  2. Ketang - 3 biji
  3. Lobak - 1 biji
  4. Halia - seinci
  5. Bawang merah - 3 ulas
  6. Bawang putih - 3 ulas
  7. Bawang besar - 1 biji (saiz sederhana)
  8. Sup bunjut - 1 
  9. Maggi Cukup Rasa - secukupnya
  10. Air - secukupnya
  11. Minyak masak - sedikit sahaja



Cara-cara

  1. Panasakan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk atau dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong-potong. Gaul-gaulkan dan biarkan dalam 2 ke 3 minit. 
  3. Masukkan air dan kacau rata. Kemudian, masukkan sup bunjut dan bawang besar yang telah dihiris-hiris dan kacau rata.
  4. Seterusnya, masukkan kentang dan lobak yang telah dipotong-potong. Masukkan Maggi cukup rasa dan kacau rata.
  5. Reneh sup tersebut sehingga ayam, kentang dan lobak masak.
  6. Setelah masak, sup ayam sedia untuk dihidang. 
  7. Anda boleh taburkan sup ayam ini dengan bawang goreng dan daun sup. (pilihan)


No comments:

Post a Comment

Penaja