Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Saturday, August 3, 2019

Live Streaming Keputusan Semi Final Lee Zii Jia vs Chou Tien Chen Badminton Thailand Open 2019



Badminton Thailand Open 2019/Badminton Terbuka Thailand 2019 telah masuk ke peringkat semi final pada hari ini. Malaysia mempunyai satu wakil yang berjaya melayakkan diri ke peringkat semi final ini iaitu perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang berjaya menundukkan perseorangan daripada Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dalam tiga set perlawanan, 11-21, 21-14 dan 21-13. Manakala 2 lagi wakil negara telah terkandas di peringkat suku akhir iaitu perseorangan wanita, Sonia Cheah yang telah tewas ditangan pemain daripada China, Chen Yufei dalam 2 set, 21-15 dan 21-8. Beregu lelaki negara iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong telah tewaskan oleh beregu daripada China, Li Junhui dan Liu Yuchen, 21-16 dan 21-19.

Pada peringkat semi final, Lee Zii Jia bakal bertemu dengan pemain perseorangan daripada Chinese Taipei/Taiwan, Chou Tien Chen. Semoga Lee Zii Jia dapat memberikan aksi yang terbaik menentang Chou Tien Chen pada hari ini. Untuk menonton live streaming perlawanan di antara mereka, sila klik link di bawah.

Youtube BadmintonWorld.tv (must use VPN Proxy Master)

No comments:

Post a Comment

Penaja