Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Showing posts with label Badminton 2019. Show all posts
Showing posts with label Badminton 2019. Show all posts

Saturday, November 9, 2019

Live Streaming Keputusan Aaron Chia/Soh Wooi Yik vs Takeshi Kamura/Keigo Sonoda Semi Final Fuzhou China Open 2019


Beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya menewaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Henra Setiawan di peringkat suku akhir 21-13, 22-20 dalam masa 26 minit. Rekod pertemuan sebelum ini ialah 4-0 di mana keempat-empat perlawanan dimenangi oleh beregu Indonesia.

Pada aksi separuh akhir hari ini, Aaaron Chia dan Soh Wooi Yik akan bertemu dengan beregu daripada Jepun, Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda iaitu beregu pilihan keempat kejohanan.

Manakala beregu campuran negara Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jamie turut layak ke separuh akhir setelah menumpaskan beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai iaitu beregu pilihan ketiga kejohanan. Beregu campuran negara memenangi aksi di suku aksi dengan keputusan 21-13 dan 21-18. Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jamie akan turun menentang beregu campuran nombor satu dunia, Zheng Siwei dan Huang Ya Qiong.


Untuk menonton live streaming klik link di bawah


Monday, August 5, 2019

Kedudukan BWF World Rankings Top 10 Perseorangan Lelaki 2019





Berikut merupakan kedudukan BWF World ranking 2019 (minggu ke-31) top 10 bagi perseorangan lelaki. Untuk mengetahui ranking top 10, tonton video di bawah.






Saturday, August 3, 2019

Live Streaming Keputusan Semi Final Lee Zii Jia vs Chou Tien Chen Badminton Thailand Open 2019



Badminton Thailand Open 2019/Badminton Terbuka Thailand 2019 telah masuk ke peringkat semi final pada hari ini. Malaysia mempunyai satu wakil yang berjaya melayakkan diri ke peringkat semi final ini iaitu perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang berjaya menundukkan perseorangan daripada Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dalam tiga set perlawanan, 11-21, 21-14 dan 21-13. Manakala 2 lagi wakil negara telah terkandas di peringkat suku akhir iaitu perseorangan wanita, Sonia Cheah yang telah tewas ditangan pemain daripada China, Chen Yufei dalam 2 set, 21-15 dan 21-8. Beregu lelaki negara iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong telah tewaskan oleh beregu daripada China, Li Junhui dan Liu Yuchen, 21-16 dan 21-19.

Pada peringkat semi final, Lee Zii Jia bakal bertemu dengan pemain perseorangan daripada Chinese Taipei/Taiwan, Chou Tien Chen. Semoga Lee Zii Jia dapat memberikan aksi yang terbaik menentang Chou Tien Chen pada hari ini. Untuk menonton live streaming perlawanan di antara mereka, sila klik link di bawah.

Youtube BadmintonWorld.tv (must use VPN Proxy Master)

Friday, August 2, 2019

Live Streaming Keputusan Suku Akhir Goh V Shem/Tan Wee King vs Li Junhui/Liu Yuchen Badminton Thailand Open 2019


Badminton Thailand Open 2019 telah bermula pada 30 Julai 2019 dan pada hari ini telah memasuki peringkat suku akhir. Satu wakil beregu lelaki telah layak ke suku akhir iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong. Beregu negara layak ke suku akhir setelah menewaskan beregu daripada China, Han Cheng Kai dan Zhou Hao Dong yang merupakan beregu di kedudukan ke-6 ranking dunia. Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menewaskan beregu China tersebut dengan 3 set, 19-21, 21-16 dan 21-18. Di peringkat suku akhir beregu negara akan turun menentang beregu nombor dua dunia, Li Junhui dan Liu Yuchen daripada China.

Pada peringkat suku akhir, tiga wakil Malaysia melayakkan diri iaitu perseorangan wanita, Sonia Cheah, beregu lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong serta perseorangan lelaki Lee Zii Jia.


Untuk menonton secara live streaming boleh klik link di bawah:



Live Streaming Keputusan Suku Akhir Lee Zii Jia vs Shesar Hiren Rhustavito Badminton Thailand Open 2019




Pada hari ini akan berlangsung perlawanan suku akhir Badminton Thailand Open 2019 di antara pemain perseorangan negara dengan pemain daripada Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito yang juga merupakan pemain di kedudukan ke-34 dunia. Berdasarkan ranking dunia Lee Zii Jia iaitu pemain di ranking yang ke-17 dunia dilihat mampu mengalahkan pihak lawan. Namun itu semua perbandingan di atas kertas. Semoga Lee Zii Jia dapat mempersembahkan aksi yang cemerlang dalam perlawanan suku akhir ini dan mampu untuk mara ke semi final Badminton Thailand Open World Tour Super 500. Pada peringkat suku akhir, tiga wakil Malaysia melayakkan diri iaitu perseorangan wanita, Sonia Cheah, beregu lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong serta perseorangan lelaki Lee Zii Jia.


Untuk menonton secara live streaming boleh klik link di bawah:



Thursday, August 1, 2019

Live Streaming Keputusan Suku Akhir Badminton Thailand Open 2019 Sonia Cheah vs Chen Yufei




Perseorang wanita negera, Sonia Cheah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Badminton Thailand Open 2019 setelah berjaya menewaskan perseorangan China, He Bing Jiao yang juga menduduki ranking ke-6 dunia, dalam 2 set perlawanan, 21-14 dan 21-12. Dalam perlawanan suku akhir akhir, Sonia Cheah akan menentang perseorangan wanita China, Chen Yufei yang juga merupakan pemain no.4 dunia. 

Semoga Sonia Cheah dapat menunjukkan aksi yang baik dalam perlawanan suku akhir nanti. Untuk menonton secara live streaming boleh klik link di bawah:



Saturday, July 27, 2019

Live Streaming Keputusan Semi Final Chan Peng Soon/Goh Liu Ying vs Wang Yilyu/Huang Dongping Badminton Japan Open 2019




Perlawanan semi final di antara beregu Malaysia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menentang beregu China, Wang Yilyu dan huang Dongping. Mari sama-sama kita saksikan.

Untuk menonton klik di bawah:

Youtube BadmintonWorld.tv (must use VPN Proxy Master)

Keputusan Perlawanan

Pasangan beregu negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying terkandas di peringkat semi final setelah dikalahkan oleh beregu China, Wang Yilyu dan Huang Dongping. Beregu China tersebut memenangi perlawanan semi final ini dengan 2 set, 21-10 dan 21-6. Apa-apa pun semoga Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dapat meningkatkan prestasi mereka untuk kejohanan badminton yang akan datang. 

Friday, July 26, 2019

Live Streaming Keputusan Aaron Chia/Soh Wooi Yik vs Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo Suku Akhir Badminton Japan Open 2019




Perlawanan suku akhir Badminton Japan Open di antara beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menentang beregu nombor satu dunia daripada Indonesia,, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo. Mampukah beregu Malaysia menewaskan beregu nombor satu dunia ini, mari sama-sama kita saksikan. Semoga beregu negara memberikan yang terbaik mereka dalam perlawanan suku akhir ini. Perlawanan dijangkakan bermula pada jam 3.00 pm.



Untuk menonton livee streaming klik di bawah.


Keputusan Perlawanan

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia/Soh Wooi Yik terpaksa akur dengan beregu lelaki nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo setelah tewas 3 set dalam pelawanan suku akhir Badminton Terbuka Japan 2019. Beregu negara tewas 14-21, 24-22 dan 15-21. Walaupun tewas, beregu negara seharusnya diberikan pujian kerena menunjukkan aksi yang memberangsangkan dalam pertemuan dengan beregu lelaki nombor satu dunia ini.

Saturday, July 20, 2019

Live Streaming Keputusan Semi Final Indonesia Open 2019 Chan Peng Soon/Goh Liu Ying vs Wang Yilyu/Huang Dong Ping




Pada hari ini akan berlangsung semi final Badminton Indonesia Open 2019. Malaysia mempunyai 2 wakil di peringkat semi final ini, iaitu 2 beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng/Lai Pei Jing. Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mara ke peringkat semi final setelah menewaskan wakil tuan rumah, Tontowi Ahmad/Winny Oktaviana Kandow. Peng Soon dan Liu Ying menewaskan beregu Indonesia itu dalam 3 set, 21-11, 14-21 dan 21-14. Mereka akan turun pada hari ini menentang beregu daripada China, Wang Yilyu/Huang Dong Ping. 




Manakala, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing pula mara ke semi final setelah menewaskan Chris Adcock/Gabby Adcock beregu England dengan keputusan 21-15, 14-21 dan 21-15. Kian Meng dan Pei Jing akan menentang beregu campuran nombor satu dunia iaitu Zheng Siwei/Huang Yaqiong. 

Untuk menonton live streaming semi final Indonesia Open 2019 klik di bawah







Friday, July 19, 2019

Live Streaming Keputusan Lee Zii Jia vs Anders Antonsen Suku Akhir Indonesia Open 2019



Perlawanan suku akhir perseorangan lelaki di antara Lee Zii Jia pemain Malaysia menentang Anders Antonsen, pemain daripada Denmark. Mari sama-sama kita saksikan perlawanan ini.

Untuk menonton klik di bawah

Youtube BadmintonWorld.tv (must use VPN Proxy Master)

Perlawanan suku akhir di antara Lee Zii Jia dan Anders Antonsen telah dimenangi oleh pemain Denmark, Anders Antonsen. Anders Antonsen menewaskan Zii Jia dalam dua set 21-14 dan 21-11. Walaupun Lee Zii Jia tewas pada pusingan suku akhir ini, pujian harus diberikan kepadanya selepas berjaya menewaskan Chen Long pemain daripada China pada pusingan ke-2 dalam perlawanan 3 set, 21-16, 19-21 dan 22-20. Perlawanan sengit ini berlangsung selama 88 minit/1 jam 28 minit. Semoga Lee Zii Jia akan lebih berjaya pada masa akan datang.

Live Streaming Keputusan Suku Akhir Indonesia Open 2019 Chan Peng Soon/Goh Liu Ying vs Tontowi Ahmad/Winny Oktavina Kandow

Credit to Djarum.com


Live streaming Suku Akhir beregu campuran di antara beregu Malaysia, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menentang beregu Infonesia, Tontowi Ahmad/Winny Oktavina Kandow.

Untuk menonton live streaming klik di bawah:

Youtube BadmintonWorld.tv (must use VPN Proxy Master)

Sunday, May 26, 2019

Live Streaming Keputusan Final Piala Sudirman 2019 China vs Jepun




Pada edisi Piala Sudirman 2019 kali ini, China juara 10 kali bakal menentang Jepun di peringkat Final.  Jepun yang juga pasukan pilihan pertama berjaya meengalahkan Indonesia di semi final 3 - 1. Manakala, China menewaskan Thailand 3 - 0.

Berjayakah China menebus kekalahan mereka di final pada edisi yang lalu 2017 terhadap Korea, di mana Korea menang 3 - 2. Sama - sama kita saksikan.


Berikut merupakan barisan pemain pasukan China dan Jepun yang akan beraksi di final. Perlawanan akan bermula pada jam 1.00 pm waktu Malaysia.


Live streaming Final Piala Sudirman 2019 China vs Jepun






Saturday, May 25, 2019

Live Streaming Indonesia vs Jepang/Jepun Semifinal Piala Sudirman 2019




Saksikan live streaming atau siaran langsung Semifinal Piala Sudirman 2019 (25/5/2019). Indonesia vs Jepang akan bermain pada sore nanti dipartai kedua pada pukul 17.00 WIB.

Jangan lupa saksikan live streaming atau siaran langsung semi final Piala Sudirman 2019. Indonesia vs Jepun akan mula bermain petang nanti pada jam 6.00 petang.



Live streaming semifinal Piala sudirman 2019 yang berlangsung di Nanning, China, pertandingan bisa diakses pada tautan berikut:/Live streaming semifinal Piala Sudirman 2019 yang berlangsung di Nanning, China, perlawanan boleh diakses pada pautan berikut:

Thursday, May 23, 2019

Live Streaming Keputusan Suku Akhir Malaysia vs Japan Badminton Piala Sudirman 2019


Pasukan Malaysia berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Sudirman 2019 setelah berjaya menewaskan India di peringkat kumpulan. Malaysia akan bertemu dengan pasukan pilihan pertama iaitu Jepun. Perlawanan suku akhir di antara Malaysia dan Jepun akan berlangsung pada esok hari, 11 pagi waktu Malaysia 24 Mei 2019.


Berikut merupakan jadual perlawanan semua pasukan yang layak ke peringkat suku akhir.


Senarai pemain Malaysia yang diturunkan bagi perlawanan suku akhir menentang Jepun.

Perlawanan pertama, beregu negera Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi akan menentang beregu Jepun, Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda. Berdasarkan rekod pertemuan beregu Malaysia mendahului 2 - 0. Berdasarkan rekod pertemuan ini, beregu negara kita dilihat dapat menewaskan beregu Jepun ini.


LIVE STREAMING SUKU AKHIR BADMINTON PIALA SUDIRMAN 2019 MALAYSIA VS JEPUN



Tuesday, May 21, 2019

Live Streaming Keputusan Badminton Piala Sudirman 2019 Malaysia vs India

 

21 Mei 2019 - Malaysia akan menentang India (Peringkat kumpulan)
    • Bermula jam 11 am (waktu Malaysia) Court 1 (TV)
    • Malaysia vs India Badminton Piala Sudirman 2019
  • Berikut merupakan barisan pemain Malaysia yang akan diturunkan untuk menentang pasukan India. 




Live Streaming dan Live TV Piala Sudirman 2019 



Keputusan Penuh Piala Sudirman 2019 Kumpulan 1D Malaysia vs India




Malaysia telah berjaya menewaskan pasukan India dengan kutipan mata, Malaysia 3 dan India 2. Perlawanan bagi beregu campuran, pasukan Malaysia tewas di set penentuan. Pada awalnya pasukan Malaysia dilihat mampu memenangi perlawan itu namun nasib tidak memihak kepada beregu Malaysia, Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie apabila tewas 24 - 22 di set penentuan.

Cabaran diteruskan oleh pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia menentang Sameer Verma. Lee Zii Jia berjaya menyumbangkan mata penyamaan dengan India 1 - 1 setelah menang dalam perlawanan 2 set 21 -13 dan 21 - 15.

Namun, India kembali mendahului Malaysia setelah pemain perseorangan India, Pusarla V. Sindhu menewaskan Goh Jin Wei dalam 2 set 21 - 12 dan 21 - 8. Malaysia kembalikan menyamakan kedudukan apabila gandingan beregu lelaki negara Aaron Chia dan Teo Ee Yi menang dalam 2 set 22-20 dan 21-19. Perlawanan di antara beregu wanita Malaysia dan India adalah perlawanan penentuan. Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean berjaya menewaskan beregu India, Ashwini Ponnappa dan Reddy N. Sikki, 21 -11 dan 21-19. Pasukan Malaysia berjaya mnewaskan pasukan India 3 -2. Jika India tewas menentang China pada perlawanan seterusnya, pasukan negara secara automatik akan mara ke peringkat suku akhir Piala Sudirman 2019. 





Saturday, May 18, 2019

Keputusan Terkini Live Streaming Badminton Piala Sudirman 2019 Malaysia


Piala Sudirman ialah sebuah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu; perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI). Kejohanan pertama berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989.
Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini ditawarkan buat para pemain. Mereka hanya bermain sekadar mengharumkan nama negara yang diwakili dan juga memperoleh mata ranking dunia BWF.
Piala ini ditaja oleh PT Aqua Golden Mississippi Tbk, syarikat air galian Indonesia, yang semenjak 2000 bernaung dalam kumpulan Danone.
Pada edisi kali ini, edisi ke-16 skuad badminton negara akan dibarisi oleh pemain muda. Piala Sudirman kali ini diadakan di Nanning, China bermula pada 19 Mei 2019 sehingga 26 Mei 2019. Edisi kali ini, Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan 1D bersama China iaitu juara sepuluh kali Piala Sudirman. Selain itu, India berada dalam kumpulan yang sama 1D iaitu pasukan ke-8 terbaik dunia berbanding Malaysia pasukan terbaik ke-9 dunia.


Jadual Keputusan Malaysia Badminton Piala Sudirman 2019

  1. 19 Mei 2019 - Malaysia akan menentang China (Peringkat kumpulan)
    • Bermula jam 6 pm (waktu Malaysia) Court 1 (TV)
    • Malaysia vs China Badminton Piala Sudirman 2019

  1. 21 Mei 2019 - Malaysia akan menentang India (Peringkat kumpulan)
    • Bermula jam 11 am (waktu Malaysia) Court 1 (TV)
    • Malaysia vs India Badminton Piala Sudirman 2019

Live Streaming dan Live TV Piala Sudirman 2019 



Saturday, April 6, 2019

Live Streaming Semi Final Badminton Malaysia Open 2019 Tan Kian Meng/Lai Pei Jing vs Wang Yilyu/Huang Dongping


Semi Final Terbuka Malaysia 2019 bagi acara beregu campuran, wakil Malaysia Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing akan menentang pemain dari China,Wang Yilyu dan Huang Dongping beregu pilihan kedua kejohanan yang telah menumpaskan beregu campuran negara pada peringkat suku akhir iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dalam 3 set yang sangat-sangat sengit.


Semoga hari ini Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing dapat memberikan permainan yang sangat baik dalam menentang beregu daripada China ini. Semoga mereka dapat melayakkan diri ke Final Terbuka Malaysia esok

Untuk menonton siaran langsung/live streaming semi final Terbuka Malaysia boleh klik link-link di bawah.

1) Badvidliv
2) Youtube - BadmintonWorld.tv
3) Youtube - Ba Malaysia


Penaja