Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Sunday, November 7, 2021

Live Streaming Keputusan Final Lee Zii Jia (Malaysia) vs Loh Kean Yew (Singapore) Hylo Badminton Open 2021

Raw photos credit to the owner

Malaysia mempunyai wakil tunggal pada peringkat final German Hylo Badminton Open 2021 kali ini iaitu perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia. Lee Zii Jia diletakkan sebagai pemain pilihan kedua kejohanan. Lee Zii Jia berjaya mara ke peringkat final setelah menundukkan pemain daripada India, Srikanth Kidamdi.

Lee Zii Jia menewaskan Srikanth Kidambi dalam dua set, 21-19 dan 22-20. Lawan Lee Zii Jia di peringkat final nanti adalah pemain daripada Singapura iaitu Loh Kean Yew yang juga merupakan pemain yang berasal daripada Penang, Malaysia. Namun, Loh Kean Yew telah mendapat kerakyatan Singapura.

Loh Kean Yew mara ke peringkat final setelah menumbangkan satu lagi wakil perseorangan lelaki India, Lakshya Sen, 21-18 dan 21-12. Loh Kean Yew sebelum ini telah menewaskan Lee Zii Jia pada Round 32 Badminton Terbuka Perancis 2021,24-22 dan 21-14.Rekod petemuan di antara kedua-dua pemain adalah 2-1 yang memihak kepada Lee Zii Jia. 

Berikut merupakan jadual perlawanan Final Hylo Badminton Open 2021

Perlawanan akan bermula pada 1 pm (Waktu Jerman) dan 8 pm (Waktu Malaysia)




Keputusan Lee Zii Jia vs Loh Kean Yew (21-19, 13-21, 12-17) * Lee Zii Jia retired.

Live TV Court 1
  • Astro Supersports

Live Streaming

 

No comments:

Post a Comment

Penaja