Malaysia mempunyai satu wakil pada peringkat semi final Hylo Badminton Open 2021 iaitu perseorangan lelaki nombor satu Malaysia, Lee Zii Jia. Manakala, beregu campuran negara Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei terkandas pada peringkat suku akhir menentang beregu campuran Thailand, Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran 18-21 dan 13-21.
Lee Zii Jia mara ke semi final setelah menumpaskan pemain perseorangan Thailand Kantaphon Wangcharoen yang juga merupakan pemain pilihan ke-8 kejohanan. Lee Zii Jia menang dalam dua set, 21-13 dan 22-20.
Lawan Lee Zii Jia pada semi final hari ini adalah pemain daripada India, Srikanth Kidambi. Srikanth Kidambi berjaya mara ke semi final setelah menumpaskan Ng Ka Long Angus pemain daripada Hong Kong dalam 3 set, 21-11, 12-21 dan 21-19.
Berikut merupakan jadual perlawanan Semi final Hylo Badminton Open 2021 Court 1
- Astro Supersports
No comments:
Post a Comment