Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Wednesday, June 28, 2017

5 UNIVERSITI TERBAIK DI MALAYSIA 2017/2018




  • Berikut merupakan 5 Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2017/2018. Di tempat pertama Universiti Malaya yang berada di ranking 114 dunia. Manakala Universiti Putra Malaysia di tangga ke 2 dengan menduduki ranking ke 229 dunia. Diikuti oleh Universiti Kebangsaan Malaysia di ranking ke 230 dunia. Tempat ke empat Universiti Teknologi Malaysia ranking ke 253 dunia. Di tempat ke 5 Universiti Sains Malaysia di ranking ke 264 dunia.

  •  Untuk ranking Top 10 Universiti di Malaysia 2016/2017 klik DI SINI
  •  Untuk ranking Top 8 universiti terbaik di Asia Tenggara 2017/2018 klik DI SINI


Saturday, June 24, 2017

Pasukan Hoki Lelaki Negara Layak ke Piala Dunia 2018 di India


Tahniah diucapkan kepada pasukan lelaki Hoki Negara kerana layak ke Piala Dunia 2018 di India. 

Pasukan Hoki lelaki negara layak secara merit ke Piala Dunia 2018 di India. Malaysia sah layak ke Piala Dunia setelah berjaya menewaskan India 3-2 di suku akhir kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, di London. Skuad negara akan menentang Argentina pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016 di separuh akhir nanti.

Sunday, June 18, 2017

KEPUTUSAN PENUH (RESULTS) FINAL BCA INDONESIA OPEN SUPERSERIES PREMIER 2017



Keputusan Penuh Final BCA Superseries Premier Terbuka Indonesia 2017


Beregu Wanita
Chen Qingchen/Jia Yifan (China) vs Chang Ye Na/Lee So Hee (Korea)
21-19, 15-21 & 21-10

Perseorangan Lelaki
Kidambi Srikanth (India) vs Kazumasa Sakai (Japan)
21-11 & 21-19

Perseorangan Wanita
Sayaka Sato (Japan) vs Sung Ji Hyun (Korea)
21-13, 17-21 & 21-14

Beregu Lelaki
Mathias Boe/Cartsen Mogensen (Denmark) vs Li Junhui/Liu Yuchen (China)
19-21, 21-19 & 18-21

Beregu Campuran
Zheng Siwei/Chen Qingchen (China) vs Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia)
20-22 & 15-21




Friday, June 16, 2017

Sambal Tumis Ikan Sardin Sedap dan Ringkas


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sekarang ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Semoga kita dapat meningkat amal ibadat kita pada 10 malam terkahir ini. Sekarang ni Mrd masih berada di Sarawak lagi, maklumlah tengah sambung belajar, lagi 4 hari Mrd akan balik ke Sabah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kalau ikutkan dah dekat setahun Mrd tak balik ke Sabah. Mrd tak sabar sangat-sangat nak balik raya tahun ni sebab rindu dengan Mak, adik-beradik dan anak-anak buah. Okay, harini sebenarnya Mrd nak kongsikan satu resepi ringkas iaitu Sambal Tumis Ikan Sardin. Memandangkan Mrd ni suka makan makanan yang agak pedas, jadi Mrd olah cara masak ikan sardin yang biasa. Untuk masak resepi ni, bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan
  1. Sardin dalam tin - 1@2 tin
  2. Bawang merah - 2 ulas
  3. Bawang putih - 2 ulas
  4. Bawang besar - 1 biji
  5. Cili boh - 5@6 sudu
  6. Maggi Cukup Rasa - 2 sudu kecil (secukupnya)
  7. Gula - 1 sudu  (secukupnya)
  8. Sedikit minyak untuk menumis
  9. Sedikit air

Cara memasak Sambal Tumis Ikan Sardin
  1. Tumbuk sehingga lumat bawang merah, bawang putih dan separuh bawang besar.
  2. Panasakan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk lumat tadi sehingga naik bau.
  3. Setelah itu, masukkan cili boh dan kacau hingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan ikan sardin dan sedikit sahaja kuah sardin dan gaul hingga sebati, Kemudian, tambahkan gula, Maggi cukup Rasa dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah mengikut kehendak anda.
  6. Masak kuah sehingga pecah minyak.
  7. Seterusnya, masukkan lebihan bawang besar yang telah dipotong-potong dan gaul hingga sebati.
  8. Setelah bawang besar sedikit layu, angkat dan Sambal Tumis Ikan Sardin sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba. 



Jangan lupa Subscribe danskong YouTube Channel saya, Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai. Terima kasih.

Saturday, June 3, 2017

Resepi Sambal Kentang Sedap dan Mudah


Assalam hari ni Mrd nak kongsikan cara-cara membuat sambal kentang yang sedap dan mudah. Alhamdulillah dah masuk seminggu kita menunai ibadah puasa untuk tahun ni. Sekarang ni Mrd masih belajar di sebuah IPTA dan berjauhan dengan family, jadi sepanjang bulan Ramadhan ni Mrd kena fikirlah apa yang nak dimasak untuk berbuka. Kadang-kadang Mrd beli makanan dekat bazar, tapi memandangkan nak berjimat, jadi kita kena masak jugalah. Maklumlah ekonomi sekarang tengah tak berapa nak stabil. Nak dijadikan cerita tadi, untuk buka puasa tadi Mrd lambat nak masak untuk berbuka. Mrd start masak untuk berbuka 30 minit sebelum berbuka, so kenalah masak masakan yang ringkas saja. Mujur kawan Mrd dah masak nasi, so tinggal nak masak lauk saja lagi. Mrd pun terfikir nak buat Sambal Kentang. Ini pertama kali Mrd masak Sambal Kentang ni. Sebenarnya resepini Mrd selalu masak untuk Sambal telur atau ayam, tapi kali ni Mrd gantikan dengan kentang pula. Resepi ni untuk hidangan 2@3 orang.

Jadi bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  1. Kentang - 3 biji
  2. Bawang merah - 3 ulas
  3. Bawang besar - 1 biji
  4. Cili boh - 7@8 sudu
  5. Maggi Cukup Rasa - 1 sudu
  6. Gula - 2 sudu
  7. Belacan - Sedikit sahaja 
  8. Minyak masak - Secukupnya
  9. Sedikit air

Cara-cara membuat Sambal Kentang

  1. Panasakan minyak dan goreng kentang yang telah dipotong-potong (mengikut kehendak anda).
  2. Goreng kentang sehingga berwarna keemasan. Kemudian, angkat kentang dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak di dalam kuali tadi, untuk menumis bawang merah dan bawang besar yang telah ditumbuk sehingga lumat. Tumis sehingga naik bau.
  4. Seterusnya, tambahkan cili boh dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan belacan, gula dan Maggi cukup rasa dan gaul hingga sebati.
  6. Anda boleh tambahkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah sambal (mengikut kehendak anda).
  7. Masak kuah sambal sehingga pecah minyak.
  8. Setelah kuah pecah minyak, masukkan kentang yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.
  9. Matikan api, dan Sambal Kentang pun sedia untuk dihidang.
*Anda juga boleh tambahkan bawang putih ke dalam bahan tumisan. Memandangkan Mrd dah kehabisan bawang putih, jadi Mrd hanya gunakan bawang merah dan bawang besar sahaja. Bagi yang suka lagi pedas, boleh tambahkan cili padi yang dihiris-hiris atau ditumbuk lumat.

Selamat mencuba semuanya. 



Wednesday, May 31, 2017

Cara Semakan Status Permohonan KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M Debit-i) Bermula 1 Jun 2017

 Kepada para pelajar yang ingin mengetahui status permohonan KADS1M, anda boleh menyemak status permohanan anda melalui online bermula 1 Jun 2017 ini. 

Cara untuk meyemak:
  1. Pergi ke link ini https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
  2. Masukkan nombor IC anda
  3. Tekan 'Semak'

Semoga kita dapat mengetahui status permohonan KADS1M ni yang selama ini menjadi tanda tanya. Mrd pun salah seorang pelajar yang tidak lagi menerima sebarang email berhubung status permohonan KADS1M.  Harap-harap dapat tuntut KADS1M dalam bulan Jun ni. InshaAllah.

Friday, May 26, 2017

Resepi Ayam Masak Sos - Sedap dan Mudah


Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd dah tak update resepi dekat blog ni. Sebelum ni Mrd ada kongsikan resepi Sosej Masak Sos Cili Bujang Style dan untuk resepi ini anda boleh juga tukarkan dengan resepi yang akan saya kongsikan harini.  Harini Mrd nak kongsikan resepi ringkas Ayam Masak Sos. Anda boleh gantikan ayam dengan sosej, fishball atau apa-apa protein yang lain.

Kepada semua para pengunjung blog saya jangan lupa support dan Subscribe YouTube Channel Mrd's Kitchen. Terima masih. Antara video masakan yang lebih kurang dengan Resipi ni korang boleh jenguk di Channel YouTube saya iaitu Sambal Tumis Telur Rebus Goreng dan Resipi Ayam Masak Sos






Bahan-bahan:
  • Ayam - 3-4 ketul
Bahan yang ditumbuk/kisar
  • Bawang merah - 3 ulas
  • Bawang putih - 2 ulas
  • Bawang besar - 1 biji
Bahan yang dipotong/dihiris
  • Halia - 2 inci
  • Cili padi - 2 @ 3 biji
Bahan lain 
  • Sos cili - 4 @ 5 sudu
  • Sos tiram - 3 sudu
  • Air - sedikit
  • Minyak masak - secukupnya 
  • Garam - Secukupnya
  • Gula - secukupnya

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam terlebih dahulu. Goreng ayam sekejap sahaja (setengah masak). Kemudian angkat ayam tersebut.
  2. Gunakan sedikit (4-5 sudu) minyak menggoreng ayam tersebut untuk menumis bahan kisar (bawang merah, putih, dan besar). Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili dan halia yang telah dihiris-hiris. Kacau rata.
  4. Tambahkan sos cili dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  5. Tambah sedikit air dan kacau hingga sebati. Masukkan garam dan gula untuk mengimbangi rasa. Kacau rata.
  6. Masak kuah sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul hingga sebati.
  8. Angkat ayam setelah beberapa minit di dalam kuali dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba. Jika ada soalan, boleh ajukan dekat ruangan komen di bawah. Bolehlah juga kongsikan hasil resepi ini jika anda telah cuba masak resepi ni. :)

Anda juga boleh cuba resepi Asam Pedas Ayam versi Mrd.



Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK





Resepi-resepi lain:












Thursday, May 25, 2017

LIVE STREAMING/KEPUTUSAN QUARTERFINAL/SUKU AKHIR JAPAN VS MALAYSIA SUDIRMAN CUP 2017



MALAYSIA vs JAPAN

26 May 2017 - Friday


Siaran langsung/live boleh ditonton melalui saluran dibawah:

Youtube (BWF Channel) 
• Astro On The Go
• m.zhangyu.tv
• http://videostream.dn.ua/videopage

.
*LIVE SCORE & MORE INFO: www.Bwftournamentsoftware.com

Sunday, December 18, 2016

Goh V Shem & Tan Wee Kiong Menjuarai Dubai World Superseries Finals 2016

KEPUTUSAN Dubai World Superseries Finals 2016 (Beregu Lelaki)



Tahniah diucapkan kepada beregu negara yang juga merupakan beregu no.1 dunia kerana berjaya memenangi Dubai World Superseries Finals 2016 setelah berjaya menewaskan beregu daripada Jepun yang merupakan pilihan no.1 dalan Dubai World Superseries Finals bagi beregu lelaki. Goh/Tan menewaskan Takeshi Kamura/Keigo Sonoda 21-14, 21-18. Semoga beregu negara Goh/Tan dapat mengekalkan rentak konsisten pada tahun hadapan. 


Sunday, September 25, 2016

Dato Lee Chong Wei Menjuarai Badminton Terbuka Jepun 2016.



Tahniah kepada Dato Lee Chong Wei kerana menjuarai Yonex Japan Open  2016 (BWF World Superseries). Chong Wei menentang Jan O Jorgensen daraipada Denmark di Final. Pelawanan di heret sehingga ke rubber set. Di set pertama Chong Wei menang 21-18 dan di set kedua beliau tewas 15-21. Akhirnya, beliau menang 21-16 di set penentuan sekaligus menjuarai Yonex Japan Open 2016. Tahniah sekali lagi Makmal Informasi ucapkan kepada Dato Lee Chong Wei.

Thursday, September 22, 2016

7 Universiti di Malaysia Tersenarai Bagi Ranking Dunia Times Higher Education (THE) World University Rankings 2016-2017


Berikut merupakan 7 universiti di Malaysia yang tersenarai bagi Times Higher Education (THE) World University Rankings 2016-2017


Maklumat lanjut boleh klik DI SINI

Monday, September 12, 2016

Abdul Latif Romly CIPTA REKOD DUNIA dan MENANG EMAS KE-3 Buat Malaysia: Sukan Paralimpik Rio 2016



Rio - Seorang lagi atlet paralimpik Malaysia di Paralimpik Rio 2016 terus cemerlang menghadiahkan Malaysia emas yang ketika di temasya tersebut. Abdul Latif Romly mencipta rekod baru dunia dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran). Beliau mencatatkan 7.60 m pada lompatan ynag kelima. Rekod dunia terdahulu juga miliknya iaitu 7.35 m yang dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha Qatar pada tahun 2015. Pencapaian ini adalah suatu yang membanggakan buat skuad kebangsaan Malaysia di sukan Paralimpik Rio 2016. Tahniah Makmal Informasi kepada atlet-atlet paralimpik negara kerana berjaya menyumbangkan 3 emas buat Malaysia kerana sebelum ini negara kita tidak pernah memenangi sebarang pingat emas di sukan Olimpik mahupun di Sukan Paralimpik.

Sunday, September 11, 2016

Cara Mudah Menyemak Saman Trafik PDRM, JPJ dan AES Secara Online dan SMS




Secara Online

1. Laman Web Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Untuk cek saman JPJ melalui online anda hanya perlu ke Laman Web Rasmi JPJ. Anda boleh meyemak saman secara online tanpe perlu mendaftar terlebih dahulu. Tetapi laman web ini hanya boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh JPJ.


  • Pergi ke laman Semakan Saman JPJ di link http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis.
  • Kemudian di "Pilihan Carian" pilih samada NOMBOR ID SAHAJA atau NOMBOR ID & NOMBOR KENDERAAN.
  • Selepas itu, pilih Kategori ID. Isikan No. ID & No. Pendaftaran Kenderaan serta kod sekuriti (captcha).
  • Klik "Semak" dan keputusan semakan akan dipaparkan di bahagian bawah.

2. Laman Web MyEG 

Melalui laman web ini kita dapat menyemak saman yang telah dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES (Automated Enforcement System)
  • Pergi ke link https://www.myeg.com.my/
  • Anda perlu mendaftar terlebih dahulu jika anda menggunakan servis ini untuk pertama kali..
  • Kemudian, Login menggunakan nama dan kata laluan anda ketika mendaftar.
  • Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Bagi saman Automated Enforcement System (AES) sila pilih JPJ.
  • Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.
  • MYEG juga ada menyediakan perkhidmatan yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baharu. Perkhidmatan servis ini adalah secara percuma.
TERKINI

Polis Diraja Malaysia telah memberi diskaun sebanyak 50% untuk saman yang dikeluarkan oleh PDRM bermula 18 Januari 2020. Anda boleh membuat pembayaran secara 'online' di MyEg. 


Melalui SMS 

Semakan saman juga boleh dibuat menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS. Caj penghantaran sebanyak RM0.15 akan dikenakan untuk setiap penghantaran manakala RM0.20 untuk caj penerimaan. Gambar di bawah menunjukkan cara-cara untuk membuat semakan saman PDRM dan JPJ melalui SMS.

  • Saman POLIS


  • Saman JPJ



Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK

Penaja