Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Friday, July 28, 2017

Berwaspada Dengan Panggilan daripada 03-20719999 - Pesanan Polis




Baru-baru ini Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur telah menerima aduan berkaitan panggilan telefon 03-20719999 yang mendakwa daripada JSPTKL meminta penerima panggilan telefon tersebut untuk datang ke JSPTKL kerana telah terlibat dalam kemalangan. Namun, JSPTKL menafikan bahawa pihak pernah berbuat demikian, kata Ketua JSPTKL, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain.

Berikut merupakan laporan berita daripada Fazrik Kamarudin (Berita Harian Online)

KUALA LUMPUR: Jangan percaya jika dihubungi individu tertentu konon anda terbabit dengan kemalangan dan diminta memasukkan wang ke akaun konon untuk menyelesaikan kes.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) tidak pernah berbuat demikian, kata Ketuanya, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain.

Katanya, pihaknya menerima aduan berkaitan panggilan telefon menggunakan nombor 03-20719999, mendakwa dari JSPTKL meminta penerima panggilan datang ke JSPTKL kerana telah terbabit dalam kemalangan.

"Kemudian pemanggil akan mengarahkan penerima panggilan berkenaan untuk memasukkan sejumlah wang bagi menyelesaikan kes kemalangan mereka.

"JSPTKL tidak pernah mengenakan atau meminta apa-apa bayaran untuk diselesaikan berkaitan dengan kemalangan yang berlaku kecuali bayaran untuk salinan dokumen atas permohonan pengadu," katanya dalam satu kenyataan.

Bayaran dokumen itu pula, dikeluarkan resit rasmi kerajaan. Nadzri berkata, jika orang awam terbabit dalam kemalangan dan membuat laporan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, panggilan hanya akan dibuat oleh Pegawai Penyiasat sekiranya pihak kedua tidak tampil membuat laporan kemalangan selepas tempoh 24 jam.

"Orang ramai dinasihatkan agar menghubungi JSPTKL sekiranya menerima panggilan telefon dari individu yang menyamar sebagai Pegawai Polis Trafik dari nombor 03-20719999.

"Dapatkan juga nama dan nombor badan pegawai polis yang membuat panggilan dan nombor laporan kemalangan yang terbabit, kemudian sahkan semula dengan JSPTKL.

"Jangan sesekali memasukkan atau memberi wang untuk membuat sebarang pembayaran berhubung kes kemalangan trafik," katanya.

Beliau turut meminta orang awam tampil membuat laporan jika ada menerima panggilan palsu berkenaan.


No comments:

Post a Comment

Penaja