Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog. Nak tanya ni korang dah start puasa 6 Syawal kah? Siapa yang start lagi, baik start sekarang sebab nanti pejam celik- pejam celik dah habis bulan Syawal. Then, tak sempat nak puasa 6. Mari sama-sama kita mengejar ganjaran pahala berpuasa 6 hari di bulan Syawal.
Kepada pengunjung tetap blog saya ni, mesti tahu saya suka post tentang badminton, resepi masakan, pasal kereta dan isu-isu semasa. Tapi kali ni saya nak fokus post tentang resepi masakan. Harini saya nak kongsikan resepi sambal tempe ikan bilis rangup. Masakan ni merupakan salah satu makan kegemaran saya. Kalau makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Sebelum ni saya ada kongsikan resepi Sambal Tempe Rangup, tapi kali ni saya nak tambah ikan bilis pula dalam resepi ni. Di bawah ni saya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk memasak sambal tempe ikan bilis.
Bahan-bahan:
- Tempe - 1 paket
- Ikan bilis - Segenggam
- Bawang merah - 3 ulas (dikisar/ditumbuk)
- Bawang putih - 3 ulas (dikisar/ditumbuk)
- Cili boh - 6 sudu
- Sos cili - 3 sudu
- Maggi Cukup Rasa - 1/2 sudu
- Gula - 2 sudu
- Minyak masak - secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Cara-cara memasak:
- Potong tempe nipis-nipis dan kemudian goreng sehingga betul-betul garing. Kemudian, goreng juga ikan bilis sehingga garing.
- Setelah itu, ketepikan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
- Gunakan kuali yang baru, panaskan sedikit minyak untuk menumis.
- Tumis bawang merah, bawang putih yang telah dikisar/tumbuk dan cili boh sehingga naik bau dan sedikit garing.
- Kemudian, masukkan Maggi Cukup Rasa dan gula, kacau hingga sebati. Masak sehingga bahan-bahan tadi pecah minyak.
- Setelah bahan-bahan tumisan tadi sudah pecah minyak, masukkan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau hingga sebati.
- Jangan masak terlalu lama kerana ingin mengekalkan kerangupan tempe tadi. Jika tempeh dan bahan-bahan tumisan telah sebati, angkat dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba semuanya. Nanti kalau anda dah masak masakan ni, bolehlah kongsikan hasilnya dengan saya.
Info tambahan
Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK
No comments:
Post a Comment