Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Thursday, February 21, 2019

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Sedap


Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Sedap


Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Hari ini Mrd nak berkongsi resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Sedap. Mrd ni merupakan penggemar makanan laut seperti udang, sotong, ketam dan lain-lain. Sotong goreng tepung ni salah satu makanan kegemaran Mrd. Kalau di 'hometown' Mrd makanan laut ni amatlah murah. Berbalik kepada resepi hari ini iaitu sotong goreng tepung, resepi ini amatlah mudah untuk dimasak. 

Bahan - bahan yang diperlukan:
  1. Sotong - 10 ekor (saiz sederhana)
  2. Tepung gandum - 1 cawan
  3. Tepung jagung - 1/4 cawan
  4. Maggi cukup rasa - secukupnya
  5. Serbuk lada hitam - secukupnya
  6. Serbuk kari/serbuk cili - secukupnya
  7. Telur - 2 biji
  8. Minyak masak - untuk menggoreng



Cara-cara memasak:
  1. Bersihkan sotong dan hiris sotong tersebut.
  2. Kacau telur di dalam mangkuk untuk mencelup sotong dan ketepikan. 
  3. Seterusnya, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, Maggi cukup rasa dan serbuk kari/serbuk cili ke dalam mangkuk yang baru dan gaulkan sebati. Bahan-bahan tepung ini untuk bahan menyaluti sotong.
  4. Kemudian, celupkan sotong ke dalam telur tadi dan seterusnya, salutkan sotong yang telah dicelupkan telur ke dalam bahan tepung.
  5. Panaskan minyak, setelah minyak cukup panas, goreng sotong tersebut. Goreng sehingga berwarna keperang-perangan. Angkat sotong goreng tepung tersebut dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba semuanya.



Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK



Resepi-resepi lain:










Thursday, February 14, 2019

Resepi Bergedil Jagung Mudah dan Sedap


Resepi  Bergedil Jagung 



Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd tak kongsi resepi di blog ni. Harini Mrd nak kongsikan resepi bergedil jagung. Bergedil jagung ni antara makanan yang selalu keluarga Mrd masak untuk makan tengah hari dan makan malam. Kiranya antara menu kegemaran keluarga Mrd. Mrd kalau makan bergedil jagung ni, Mrd suka makan sambil cicah dengan sambal kicap. Tersangatlah sedap makan dengan nasi panas-panas.

Bahan - bahan yang diperlukan:

  1. Jagung - 5 biji (diambil isi)
  2. Bawang merah - 4 ulas
  3. Bawang putih - 4 ulas
  4. Serbuk lada hitam/putih - secukupnya
  5. Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
  6. Tepung jagung - 3 sudu
  7. Tepung gandum - 6 sudu
  8. Garam - secukupnya
  9. Gula - secukupnya
  10. Air - sedikit
  11. Minyak - untuk menggoreng


Cara memasak bergedil jagung

  1. Gunakan jagung yang telah diambil isi dan masukkan ke dalam bekas.
  2. Tambahkan bawang merah dan putih yang telah ditumbuk, masukkan serbuk lada hitam/putih,serbuk kunyit dan gaulkan.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan sedikit air. Selepas itu, gaulkan sebati.
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng adunan bergedil jagung.
  5. Gunakan sudu untuk mencedok adunan tadi dan goreng adunan tersebut.
  6. Goreng sehingga warna perang keemasan dan angkat bergedil jagung tersebut dan sedia untuk dihidang. Sesuai dimakan bersama sambal kicap dengan nasi panas. Selamat mencuba.



Resepi-resepi lain:









Sunday, October 21, 2018

Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Sedap



Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd tak berkongsi resepi dekat blog ni. Kali ni Mrd nak berkongsi resepi Asam Pedas Ayam. Asam Pedas ni antara makanan kegemaran Mrd. Baru-baru ni Mrd nonton telemovie TV3 Cinta Sesedap Rasa, dalam telemovie tu mak kepada lelaki ni letakkan syarat kepada bakal isteri anaknya iaitu kena pandai masak asam pedas. Bestlah cerita tu, Mrd terliur tengok asam pedas dalam cerita tu, itu yang Mrd teringin nak makan asam pedas. Semalam Mrd masak Asam Pedas Ayam ni dengan housemate Mrd. Alhamdulillah, terlunas keinginan nak makan asam pedas.. hahahhaha.

Resepi Asam Pedas Ayam Mrd ni mungkin berlainan daripada resepi asal asam pedas, jadi resepi Mrd ni mengikut style Mrd, bujang style lah katakan...hahhaa

Bahan-bahan yang diperlukan:

A) Bahan-bahan untuk ditumbuk (dikisar pun boleh)
  1. Bawang merah - 6 ulas
  2. Bawang putih - 9 ulas
  3. Bawang besar - 1 biji
  4. Halia - 4 cm
  5. Kunyit hidup - 3 cm
  6. Belacan - 2 cm
  7. Cili padi - 5 biji (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
B) Bahan-bahan lain
  1. Cili boh - 5 sudu
  2. Daun kesum - dalam 3 tangkai
  3. Bunga kantan - 2 batang
  4. Bendi - 8 
  5. Air asam jawa - segengam asam jawa yang dilarutkan di dalam 250 ml air
  6. Minyak - secukupnya (untuk menumis)
  7. Garam & gula - secukupnya
  8. Air - secukupnya
  9. Ayam - 1 1/2 bahagian dada ayam

Langkah-langkah memasak Asam Pedas Ayam.
  1. Panasakan minyak untuk menumis bahan-bahan (A). Tumis bahan-bahan A tersebut dan tumis sekali dengan cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong-potong dan gaulkan. Biarkan selama 2-3 minit.
  3. Masukkan air asam jawa dan gaul hingga sebati, biarkan dalam 2-3 minit. Kemudian, tambahkan bunga kantan yang telah di belah dua dan daun kesum.
  4. Kemudian, masukkan air untuk mengubah kepekatan kuat mengikut kesesuaian anda.
  5. Masukkan garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Kemudian, gaul hingga sebati dan biarkan dalam 4-5 minit.
  6. Jika ayam dah masak, anda tambahkan bendi dah biarkan dalam beberapa minit dengan menggunakan api yang kecil. 
  7. Selepas dibiarkan beberapa minit anda boleh matikan api dan Asam Pedas Ayam sedia untuk dihidang.



Ini video, selepas bendi dimasukkan ke dalam asam pedas dan dimasak mengunakan api yang kecil.


Selamat mencuba semua.


Resepi-resepi lain:







Thursday, November 30, 2017

Resepi Spaghetti Aglio E Olio Mudah dan Sedap


Assalamualaikum. Apa khabar semua pengunjung blog Mrd, sihat. Semoga semuanya sihat-sihat saja. Ok, harini Mrd nak kongsikan resepi spaghetti yang sangat ringkas tetapi sedap, Spaghetti Aglio E Olio. Spaghetti ni Mrd sangat suka berbanding spaghetti bolognese dan carbonara. Lagi-lagi resepi sangat mudah untuk dimasak, jimat masa dan tenaga. Resepi ini mengikut citarasa saya, kepada anda yang nak ubah resepi ni bolehlah tambah bahan-bahan yang anda nak.

Bahan-bahan untuk masak Spaghetti Aglio E Olio

  1. Spaghetti - 1 bungkus
  2. Olive oil/minyak zaitun - 5-6
  3. Minyak masak - sedikit 
  4. Bawang putih - 8 -9 ulas
  5. Serbuk lada hitam - 1 sudu teh
  6. Sosej - 6 batang

Cara-cara masak Spaghetti Aglio E Olio

    1. Panaskan air di dalam periuk, dan masukkan spaghetti. Tambahkan sedikit minyak masak ke dalam air tadi. (Supaya spaghetti tak melekat-lekat).
    2. Setelah spaghetti masak, toskan airnya dan ketepikan seketika.
    3. Panaskan minyak zaitun, dan tumis bawang putih yang telah dicincang-cincang. Tumis sehingga naik bau.
    4. Masukkan sosej yang telah dipotong-potong. Kacau hingga sebati.
    5. Kemudian, masukkan spaghetti tadi. Gaul hingga sebati.
    6. Tambahkan sedikit air rebusan spaghetti tadi dan gaul sebati.
    7. Akhir sekali, masukkan serbuk lada putih dan gaul hingga sebati.
    8. Spagetti Aglio E Olio sedia untuk dihidang.

Kepada anda yang nak gunakan udang dalam resepi ni pun boleh. Memgikut selera anda masing-masing. Kepada anda yang dah cuba masak resepi ni boleh kongsikan dekat ruangan komen di bawah.

Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK




Friday, October 27, 2017

Resepi Ayam Goreng Oat Sedap dan Mudah


Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Lama sudah rasanya Mrd tak post resepi di blog Mrd ni. Maklumlah sekarang tengah sibuk, maklumlah masih bergelar seorang pelajar jadi banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan. Harini Mrd nak berkongsi satu resepi ayam goreng iaitu ayam goreng oat. Mrd ni sebenarnya penggemar ayam goreng, lagi lagi ayam goreng yang rangup dan pedas. Masak ayam goreng oat ni mungkin sama sahaja caranya cumanya, kita salutkan ayam dengan oat sebelum menggoreng.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1.  Ayam - 1 kg (mana-mana bahagian pun boleh)
  2. Tepung gandum - 10 sudu
  3. Tepung jagung - 2 sudu
  4. Serbuk kari/cili - 2 sudu
  5. Serbuk lada hitam - 1 sudu kecil
  6. Maggi Cukup Rasa - 2 sudu kecil
  7. Air - secukupnya
  8. Oat - Secukupnya
  9. Minyak masak - Secukupnya


Cara-cara masak ayam goreng oat:

  1. Basuh ayam yang telah dipotong-potong mengikut kehendak masing-masing. Ketepikan terlebih dahulu.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung, Maggi Cukup Rasa, serbuk kari/cili, serbuk lada hitam dan air ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. Jangan masukkan terlalu banyak air, nanti bancuhan tepung terlalu cair.
  3. Setelah siap membuat bancuhan tepung ayam goreng, celupkan satu demi satu ayam ke dalam bancuhan tersebut dan salutkan dengan oat.
  4. Panasakan minyak untuk menggoreng, setelah minyak betul-betul panas, goreng ayam yang telah disalutkan oat sebentar tadi.
  5. Goreng ayam sehingga warna bertukar keemasan. Angkat ayam dan toskan minyaknya. Ayam goreng oat sedia untuk di hidang.

Selamat mencuba semua, kalau ada apa-apa pertanya bolehlah ajukan di ruang komen di bawah. Kepada yang telah mencuba resepi ni bolehlah kongsikan hasilnya dengan Mrd. :) Hehehhe




Resepi-resepi lain:








Tuesday, September 19, 2017

Resepi Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah

Cara Memasak Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah


Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd tak berkongsi resepi dalam blog ni. Maklumlah sibuk sebagai seorang pelajar. Pada harini Mrd akan berkongsi resepi masakan kegemaran Mrd iaitu ayam masak merah. Ini memang menu wajib kalau hari raya menjelang ataupun keluarga Mrd buat kenduri.
Resepi ni boleh dikatakan Mrd belajar daripada mak dan kakak Mrd. 

Jangan lupa sokong dan subscribe YouTube Channel Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai. Terima kasih.





Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan kisar
  • Bawang merah (5-6 ulas)
  • Bawang putih (5-6 ulas)
  • Halia (3 cm)
  • Serai (1 batang)
Bahan lain
  • Ayam (1 kg) dilumurkan kunyit dan garam
  • Cili boh (300 ml)
  • Kulit kayu manis (1 batang)
  • Bunga lawang (2 kuntum)
  • Bawang besar (1 biji)
  • Gula (Secukupnya)
  • Maggi Cukup Rasa (Secukupnya)
  • Sos cili (3-5 sudu)
  • Minyak masak untuk menggoreng ayam dan menumis.


Cara-cara memasak ayam masak merah:
  1. Goreng terlebih dahulu ayam yang telah dilumurkan kunyit dan garam. Goreng ayam tersebut sekejap sahaja (separuh masak). Angkat ayam tersebut dan ketepikan terlebih dahulu.
  2. Panaskan minyak (secukupnya) untuk menumis bahan kisar dan rempah. Tumis bahan kisar dan kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan cili boh, sos cili, gula dan Maggi cukup rasa dan gaul hingga sebati. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah mengikut kehendak anda.
  5. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar. Gaul hingga hirisan bawang besar layu. 
  7. Ayam masak merah sedia untuk dihidang.



Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK







Resepi-resepi lain:






  

Penaja