Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Sunday, September 8, 2019

Live Streaming Keputusan Final Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Choi Solgyu/Seo Seung Jae Yonex Terbuka Taiwan 2019





Hari ini akan berlangsung perlawanan  Final Terbuka Taiwan 2019 beregu lelaki di antara Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan Choi Solgyu/Seo Seung Jae beregu daripada Korea Selatan. Beregu negara layak ke peringkat final selepas menewaskan Mathias Boe/Mads Conrad-Peterson 18-21, 21-11 dan 21-12 di peringkat semi final. Manakala beregu Korea Selatan menundukkan beregu Taiwan Lee Yang/Wang Chi-Lin iaitu beregu pilihan kedua kejohanan, 19-21, 25-23 dan 23-21.


Mari sama-sama kita berikan sokongan kepada beregu negara kita. Perlawanan dijadualkan pada 4.00 petang.
Untuk menonton live streaming klik di bawah:

Youtube BadmintonWorld.tv (must use VPN Proxy Master)

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Goh V Shem/ Tan Wee Kiong (MAS) vs Choi Solgyu/ Seo Seung Jae (KOR)

21-19, 15-21 dan 23-21

Tahniah diucapkan kepada beregu negara kerana berjaya merangkul kejuaraan Yonex Terbuka Taiwan 2019.


Friday, August 23, 2019

Live Streaming Keputusan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying vs Yuta Watanabe/Arisa Higashino Suku Akhir Badminton Kejohanan Dunia 201

Beregu campuran negara Chan Peng Soon Goh Liu Ying berjaya mara ke peringkat sukuakhir Badminton Kejohanan Dunia 2019. Lawan mereka di suku akhir adalah beregu daripada Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino.

Untuk menonton klik di bawah

Live Streaming Keputusan Lee Zii Jia vs Kento Momota Suku Akhir Badminton Kejohanan Dunia 2019



Semalam telah berlangsung peringkat ke-3 Badminton Kejohanan Dunia 2019 di Basel, Switzerland. Perseorang lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke peringkat suku akhir setelah berjaya menewaskan pemain daripada Jepun, Kenta Nishimoto dalam tiga perlawanan, 21-15, 11-21 dan 22-20. Lawan Lee Zii Jia di peringkat suku akhir adalah pemain nombor 1 dunia dan juga juara dunia pada tahun lalu, Kento Momota.


Perlawanan hari ini di antara Lee Zii Jia dengan Kento Momota akan dijadualkan pada jam 6.00 pm. Mari semua rakyat Malaysia, sama-sama kita memberikan sokongan kepada Lee Zii Jia.

Untuk menonton klik di bawah




Suku Akhir Beregu Campuran

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying vs Yuta Watanabe/Arisa Higashino

Monday, August 19, 2019

Live Streaming Keputusan Malaysia vs Australia Final Piala AFF B-18 2019




Pada hari ini akan berlangsung perlawanan final Piala AFF B-18 di antara Malaysia dan Australia. Pasukan Malaysia layak ke final setelah menewaskan pasukan Indonesia 4-3 pada 17 Ogos 2019. Manakala, Australia mengalahkan pasukan Myanmar 2-1. Mari sama-sama kita saksikan dan berikan sokongan kepada pasukan Malaysia.

Perlawanan final akan berlangsung bermula jam 8.30 pm ini.




Klik di SINI untuk menonton live streaming Final Piala AFF B-18 2019.

Anda boleh menonton live di Astro Arena

Monday, August 5, 2019

Kedudukan BWF World Rankings Top 10 Perseorangan Lelaki 2019





Berikut merupakan kedudukan BWF World ranking 2019 (minggu ke-31) top 10 bagi perseorangan lelaki. Untuk mengetahui ranking top 10, tonton video di bawah.






Saturday, August 3, 2019

Live Streaming Keputusan Semi Final Lee Zii Jia vs Chou Tien Chen Badminton Thailand Open 2019



Badminton Thailand Open 2019/Badminton Terbuka Thailand 2019 telah masuk ke peringkat semi final pada hari ini. Malaysia mempunyai satu wakil yang berjaya melayakkan diri ke peringkat semi final ini iaitu perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang berjaya menundukkan perseorangan daripada Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dalam tiga set perlawanan, 11-21, 21-14 dan 21-13. Manakala 2 lagi wakil negara telah terkandas di peringkat suku akhir iaitu perseorangan wanita, Sonia Cheah yang telah tewas ditangan pemain daripada China, Chen Yufei dalam 2 set, 21-15 dan 21-8. Beregu lelaki negara iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong telah tewaskan oleh beregu daripada China, Li Junhui dan Liu Yuchen, 21-16 dan 21-19.

Pada peringkat semi final, Lee Zii Jia bakal bertemu dengan pemain perseorangan daripada Chinese Taipei/Taiwan, Chou Tien Chen. Semoga Lee Zii Jia dapat memberikan aksi yang terbaik menentang Chou Tien Chen pada hari ini. Untuk menonton live streaming perlawanan di antara mereka, sila klik link di bawah.

Youtube BadmintonWorld.tv (must use VPN Proxy Master)

Friday, August 2, 2019

Live Streaming Keputusan Suku Akhir Goh V Shem/Tan Wee King vs Li Junhui/Liu Yuchen Badminton Thailand Open 2019


Badminton Thailand Open 2019 telah bermula pada 30 Julai 2019 dan pada hari ini telah memasuki peringkat suku akhir. Satu wakil beregu lelaki telah layak ke suku akhir iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong. Beregu negara layak ke suku akhir setelah menewaskan beregu daripada China, Han Cheng Kai dan Zhou Hao Dong yang merupakan beregu di kedudukan ke-6 ranking dunia. Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menewaskan beregu China tersebut dengan 3 set, 19-21, 21-16 dan 21-18. Di peringkat suku akhir beregu negara akan turun menentang beregu nombor dua dunia, Li Junhui dan Liu Yuchen daripada China.

Pada peringkat suku akhir, tiga wakil Malaysia melayakkan diri iaitu perseorangan wanita, Sonia Cheah, beregu lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong serta perseorangan lelaki Lee Zii Jia.


Untuk menonton secara live streaming boleh klik link di bawah:



Live Streaming Keputusan Suku Akhir Lee Zii Jia vs Shesar Hiren Rhustavito Badminton Thailand Open 2019




Pada hari ini akan berlangsung perlawanan suku akhir Badminton Thailand Open 2019 di antara pemain perseorangan negara dengan pemain daripada Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito yang juga merupakan pemain di kedudukan ke-34 dunia. Berdasarkan ranking dunia Lee Zii Jia iaitu pemain di ranking yang ke-17 dunia dilihat mampu mengalahkan pihak lawan. Namun itu semua perbandingan di atas kertas. Semoga Lee Zii Jia dapat mempersembahkan aksi yang cemerlang dalam perlawanan suku akhir ini dan mampu untuk mara ke semi final Badminton Thailand Open World Tour Super 500. Pada peringkat suku akhir, tiga wakil Malaysia melayakkan diri iaitu perseorangan wanita, Sonia Cheah, beregu lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong serta perseorangan lelaki Lee Zii Jia.


Untuk menonton secara live streaming boleh klik link di bawah:



Thursday, August 1, 2019

Live Streaming Keputusan Suku Akhir Badminton Thailand Open 2019 Sonia Cheah vs Chen Yufei




Perseorang wanita negera, Sonia Cheah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Badminton Thailand Open 2019 setelah berjaya menewaskan perseorangan China, He Bing Jiao yang juga menduduki ranking ke-6 dunia, dalam 2 set perlawanan, 21-14 dan 21-12. Dalam perlawanan suku akhir akhir, Sonia Cheah akan menentang perseorangan wanita China, Chen Yufei yang juga merupakan pemain no.4 dunia. 

Semoga Sonia Cheah dapat menunjukkan aksi yang baik dalam perlawanan suku akhir nanti. Untuk menonton secara live streaming boleh klik link di bawah:



Saturday, July 27, 2019

Live Streaming Keputusan Semi Final Chan Peng Soon/Goh Liu Ying vs Wang Yilyu/Huang Dongping Badminton Japan Open 2019




Perlawanan semi final di antara beregu Malaysia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menentang beregu China, Wang Yilyu dan huang Dongping. Mari sama-sama kita saksikan.

Untuk menonton klik di bawah:

Youtube BadmintonWorld.tv (must use VPN Proxy Master)

Keputusan Perlawanan

Pasangan beregu negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying terkandas di peringkat semi final setelah dikalahkan oleh beregu China, Wang Yilyu dan Huang Dongping. Beregu China tersebut memenangi perlawanan semi final ini dengan 2 set, 21-10 dan 21-6. Apa-apa pun semoga Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dapat meningkatkan prestasi mereka untuk kejohanan badminton yang akan datang. 

Friday, July 26, 2019

Live Streaming Keputusan Aaron Chia/Soh Wooi Yik vs Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo Suku Akhir Badminton Japan Open 2019




Perlawanan suku akhir Badminton Japan Open di antara beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menentang beregu nombor satu dunia daripada Indonesia,, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo. Mampukah beregu Malaysia menewaskan beregu nombor satu dunia ini, mari sama-sama kita saksikan. Semoga beregu negara memberikan yang terbaik mereka dalam perlawanan suku akhir ini. Perlawanan dijangkakan bermula pada jam 3.00 pm.



Untuk menonton livee streaming klik di bawah.


Keputusan Perlawanan

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia/Soh Wooi Yik terpaksa akur dengan beregu lelaki nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo setelah tewas 3 set dalam pelawanan suku akhir Badminton Terbuka Japan 2019. Beregu negara tewas 14-21, 24-22 dan 15-21. Walaupun tewas, beregu negara seharusnya diberikan pujian kerena menunjukkan aksi yang memberangsangkan dalam pertemuan dengan beregu lelaki nombor satu dunia ini.

Thursday, July 25, 2019

Resepi Filet Ayam Goreng Rangup



Assalamualaikum semua pengunjung blog saya. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Harini saya nak kongsikan satu resepi iaitu Filet Ayam Goreng Rangup. Sebelum ni saya selalu tengok dekat restoren-restoran mereka sajikan filet ayam goreng ni untuk Chicken Chop. Saya memang suka makan Chicken Chop terutamanya yang deep fried. Selalunya dekat restoran, mereka akan buat dua jenis filet ayam goreng untuk chicken chop ni. Yang pertama mereka akan salutkan ayam menggunakan tepung dan yang kedua salutkan dengan breadcrumbs. Kalau Chicken Chop saya lebih prefer filet ayam goreng yang disalutkan breadcrumbs. Disebabkan saya lebih prefer filet ayam goreng disalutkan breadcrumbs, jadi saya nak cuba buat sendiri. Memandangkan haritu saya betul-betul teringin nak makan filet ayam goreng ni. Jadi, saya akan kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Dada ayam - 1 saiz sederhana
  2. Telur - 2 biji
  3. Breadcrumbs - 1 packet
  4. Maggi cukup rasa/garam - Secukupnya
  5. Bawang putih - 6 ulas
  6. Serbuk lada hitam - secukupnya
  7. Sos tiram - 4 sudu
  8. Minyak masak untuk menggoreng.



Cara-cara memasak:
  1. Pertama sekali, hiris/filet isi dada ayam kepada beberapa filet ayam. 
  2. Lumur filet ayam tersebut dengan bawang putih yang telah ditumbuk, sos tiram dan serbuk lada hitam. Perap dalam 10 - 15 minit.
  3. Kemudian, masukkan breadcrumbs ke dalam pinggan dan campurkan sedikit maggi cukup rasa/garam (untuk bahan salutan filet ayam goreng).
  4. Sebelum meneruskan proses yang seterusnya, sila panaskan minyak untuk menggoreng.
  5. Kemudian, salutkan filet ayam yang diperap tadi dengan telur yang telah dikacau rata. 
  6. Setelah itu, salutkan pula ayam tadi dengan breadcrumbs.
  7. Goreng filet ayam tadi sehingga bertukar warna seperti gambar di bawah.
  8. Ulang proses salutan dan menggoreng tadi sehingga semua filet ayam habis.




Anda boleh hidangkan filet ayam goreng ni bersama dengan kentang goreng dan sos black pepper. Selamat mencuba semuanya.


Tuesday, July 23, 2019

Cara Isi Minyak Kereta dengan Menebus Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas





Assalamualaikum semua pengunjung blog saya. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Harini saya nak kongsikan tentang Kad Mesra Petronas. Mesti kebanyakkan daripada kita mempunyai Kad Mesra Petronas kan. Kad yang selalu kita gunakan untuk mengisi minyak atau membeli barang di stesen minyak Petronas. Kepada sesiapa yang ada menggunakan kad mesra Petronas ni, saya nak nasihatkan jangan lupa tebus mata ganjaran yang anda dapat selama ini.

Baru-baru ini saya semak nilai mata ganjaran yang terkumpul bagi kad mesra Petronas lebih kurang 2400 mata ganjaran. Setiap 100 mata ganjaran bernilai RM 1. Jadi, bila nak isi minyak di stesen minyak Petronas, saya nak isi minyak guna mata ganjaran kad mesra. Juruwang kata boleh tebus sebanyak RM 24 dan nilai tu bagi saya agak banyaklah. Jadi saya decide nak tebus RM15 sahaja. Baki mata ganjaran tu boleh guna time dah terdesak, hehehe. Maklumlah student lagikan. Tak sia-sia selama ni isi minyak dan swipe kad mesra untuk dapatkan mata ganjaran. 



Untuk pengetahuan anda semua, mata ganjaran Kad Mesra anda akan luput jika tiada sebarang transaksi (penambahan atau penebusan) dalam tempoh 6 bulan.  Selain itu, jika mata ganjaran tidak ditebus dalam tempoh 3 tahun. Oleh itu, anda semua jan
gan lupa untuk menebus mata ganjaran Kad Mesra anda. 

Untuk menebus mata ganjaran ni, boleh lakukan dengan 2 cara:


Kaunter pembayaran

  • Maklumkan kepada juruwang/chasier yang anda nak isi minyak kereta guna mata ganjaran.
  • Juruwang/chasier akan maklumkan ada berapa mata ganjaran yang ada. 100 mata ganjaran bersamaan RM 1. 
  • Selepas itu, anda boleh tentukan berapa anda nak tebus dan beritahu juruwang nombor pam minyak. 
  • Juruwang akan proses dan akan beri anda resit.
  • Anda sedia untuk isi minyak kereta anda.



Di Pam Minyak

  • Sila masukkan Kad Mesra anda ke dalam slot kad kredit/debit di pam minyak tersebut.
  • Kemudian, tunggu arahan "Sila keluarkan kad",keluarkan kad anda dari slot tersebut.
  • Tekan butang untuk memilih bahasa
  • Permintaan anda sedang diproses. Tunggu sehingga permintaan anda diluluskan.
  • Setelah itu, angkat nozel dan mulakan pengisian minyak anda.
  • Sila isi minyak mengikut jumlah yang anda inginkan dan berhenti setelah mencapai jumlah tersebut.
  • Letakkan kembali nozel ke pam selepas pengisian minyak dibuat.
  • Tunggu resit anda dikeluarkan dan selesai.


Info tambahan: Pam nozel akan berhenti secara automatik apabila mata ganjaran Kad Mesra anda tidak mencukupi atau mencapai nilai maksimum penebusan mata ganjaran. Oleh itu, anda tidak perlu risau terlebih isi. Selain itu, anda juga boleh menebus mata ganjaran di kedai mesra Petronas. Sila tunjukkan kad mesra di kaunter semasa membuat pembayaran. Mudahkan.


Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK

Penaja