Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Sunday, May 8, 2016

KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) SARAWAK 2016

                                     *Sumber daripada FB Bernama Radio

                                     *Sumber daripada FB Bernama Radio

                                      *Sumber daripada FB Bernama Radio

                                     *Sumber daripada FB Bernama Radio

Barisan Nasional menang majoriti 72 kerusi, DAP - 7 kerusi dan PKR - 3 kerusi.Untuk maklumat keputusan setiap kerusi yang dipertandingkan bolehlah lawat Facebook Bernama Radio

Resepi Aiskrim Coki-coki


Assalamulaikum semua. Lama dah Mrd tak berkongsi resepi maklumlah lately ni Mrd rajin update pasal badminton saja. Sebab Mrd ni peminat sukan badminton. Bagi yang mengikuti blog Mrd, korang boleh tengok banyak Mrd update pasal sukan badminton Malaysia kebelakangan ni. Sekarang pun dah tak sabar nak tunggu Piala Thomas 2016 yang bakal berlangsung pertengahan bulan Mei. Harap Malaysia mengulangi pencapaian mara ke final seperti Piala Thomas 2014 di New Delhi India.







Okaylah, berbalik kepada perkongsian resepi Aiskrim Coki-coki, bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  1. Coki-coki (apa-apa jenama) 
  2. Susu pekat manis - 1 tin
  3. Susu cair - 1 tin
  4. Air masak - 4 tin
  5. Garam - 1 sudu kecil
  6. Tepung jagung - 1 sudu
  7. Plastik aiskrim


Cara-cara
  1. Panasakan air di dalam periuk dan masukkan susu pekat, susu cair, garam dan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Masak semua bahan-bahan tadi sehingga mendidih.
  2. Setelah itu, tapiskan bahan-bahan tadi. Biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum di masukkan ke dalam plastik aikrim.
  3. Semetara menunggu campuran aiskrim sejuk, isikan plastik aiskrim dengan coki-coki dan ratakannya. 
  4. Masukkan campuran asikrim tadi ke dalam plastik aiskrim satu persatu dan ikat. Setelah siap semuanya, bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk. Nanti kalau dah keras bolehlah makan.


Selamat mencuba semuanya. :)




Sadiq Khan Muslim Pertama Sebagai Datuk Bandar London

Sadiq Khan

Sadiq Khan dipilih sebagai Datuk Bandar London. Hal ini menjadikan beliau seorang ahli politik muslim pertama sebagai Datuk Bandar London selepas menang besar ke atas calon Parti Konservatif, Tory Zac Goldsmith, dengan memperoleh 1,310,143 undi berbanding 994, 614.

Baca selebihnya di ISMAWEB


BN Menang 72 kerusi daripada 82 kerusi di Sarawak

Tan Sri Adenan Satem

Barisan Nasional (BN) di Sarawak yang diterajui oleh Tan Sri Adenan Satem berjaya mengekalkan pemerintahan di Sarawak selepas menang 87.8% kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ke-11 yang dilaksanakan pada hari Sabtu kelmarin. 

Kemenangan BN ini adalah mandat dan kepercayaan rakyat Sarawak yang diberikan kepada Tan Sri Adenan Satem yang mengambil alih jawatan Ketua Menteri daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 2014 yang lalu.



SENARAI PARTI YANG MEMENANGI KERUSI PRN Sarawak KE-11

Barisan Nasional (BN) - 72 kerusi
DAP - 7 kerusi
PKR - 3 kerusi

Sumber Facebook Pilihan Raya Negeri Sarawak


Friday, May 6, 2016

MALAYSIA SERTAI KESEMUA KATEGORI BADMINTON DI OLIMPIK RIO 2016

Pemain Badminton Malaysia yang Layak ke Olimpik Rio 2016


Perseorangan Lelaki - Lee Chong Wei

Perseorangan Wanita - Tee Jing Yi

Beregu Lelaki - Goh V Shem & Tan Wee Kiong

Beregu Wanita - Vivian Hoo & Woon Khei Wei

Beregu Campuran - Chan Peng Soon & Goh Liu Ying

Thursday, May 5, 2016

RANKING TERKINI PERSEORANGAN WANITA (BWF WORLD RANKING 2016)

RATCHANOK INTANON MERAMPAS TAKHTA PEMAIN NO.1 DUNIA DARIPADA CAROLINA MARIN


Ranking terkini 28 April 2016


Ranking pertama pemain badminton perseorangan wanita kini menjadi milik Ratchanok Intanon daripada Thailand, setelah memintas kutipan mata Carolina Marin daripada Sepanyol. Kejayaan Ratchanok Itanon menduduki tangga pertama ranking dunia setelah beliau berjaya membuat kemenangan hatrik dalam YONEX SUNRISE India Open, CELCOM AXIATA Malaysia Open dan QUE Singapore Open 2016.

Sumber daripada BWF WORLD RANKING


PERMOHONAN BIASISWA MyBrain15 DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MEI 2016

Biasiswa MyBrain15



Assalamualaikum, ada berita baik kepada bakal dan pelajar Sarjana yang tidak sempat memohon MyBrain15 yang sebelum ini tarikh tutup permohonan 30 April telah buka semula dan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2016. Biasiswa ini terbahagi kepada 2 iaitu untuk pelajar Master (MyMaster) dan pelajar PhD (MyPhD). Untuk memohon bolehlah pergi laman web MyBrain15.

Berikut adalah kenyatan Bahagian Biasiswa, KPT di Facebook MyBrain15 KPT

Salam, 
Tuan/Puan,

Dimaklumakan bahawa permohonan MyBrain15 telah dibuka semula dan dilanjutkan tempoh permohonan sehingga 31 Mei 2016 berkuatkuasa mulai 29 April 2016. 

Harap maklum.
Bahagian Biasiswa, KPT
5 Mei 2016

Wednesday, May 4, 2016

RANKING TERKINI BEREGU LELAKI (BWF WORLD RANKING 2016)

RANKING TERKINI BWF BEREGU LELAKI 2016





   
                                   
                                      


Ranking terkini 28 April 2016


Sumber daripada BWF World Rankings 


RANKING TERKINI PEMAIN PERSEORANG LELAKI (BWF WORLD RANKING 2016)

RANKING TERKINI BWF PERSEORANGAN LELAKI 2016





Ranking terkini 28 April 2016




Graduan Perubatan dicadangkan untuk Berkhidmat di Kementerian Lain - Timbalan Pengarah Kesihatan

                                                                              Source from Mondo Portal

Sedutan berita daripada Bernama.com

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Kementerian Kesihatan mencadangkan agar graduan perubatan boleh berkhidmat di kementerian lain dalam menangani masalah kekurangan perjawatan bagi pegawai perubatan baharu di hospital kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S. Jeyaindran berkata cadangan itu sebagai alternatif ekoran ramai graduan perubatan terpaksa menunggu lama sebelum mereka dapat berkhidmat di hospital kerajaan.

“Pada waktu dulu, sistem memperuntukkan agar graduan perubatan perlu bekerja di kementerian kesihatan sahaja, tetapi sekarang apabila berlaku lambakan graduan perubatan, mungkin kita perlu berfikiran secara terbuka dan di luar kotak.

“Perlu difikirkan adakah graduan ini hanya boleh bekerja di bahagian klinikal atau bekerja di kementerian lain seperti yang diamalkan di negara lain termasuk India yang membolehkan graduan perubatan mereka berkhidmat di agensi berlainan meskipun memiliki ijazah perubatan,” katanya kepada pemberita.

Beliau menyempurnakan majlis sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan yang bertemakan ‘Workplace Stress: A Collective Challenge’ di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Pada majlis itu HKL turut memperkenalkan program ‘Return To Work - Doctors’ Support Group’ untuk pegawai perubatan yang mengalami tekanan kerja yang mereka akan dibantu dengan dirujuk kepada Pakar Psikiatri untuk diberi bimbingan sebelum kembali bekerja.

Dr Jeyaindran berkata cadangan graduan perubatan diambil bekerja di tempat lain dibuat kerana terdapat juga ramai graduan perubatan yang tidak tahan tekanan telah terkandas sewaktu ‘housemanship’ sehingga menyebabkan proses pengambilan pegawai perubatan baharu di hospital kerajaan turut terganggu.

“Setiap tahun kita terima 5,000 graduan perubatan menjalankan latihan tetapi daripada jumlah itu nisbah 1:5 mengambil keputusan berhenti kerana tekanan kerja dan tidak mempunyai minat mendalam.

“Sebab itu kita mahu mereka ini yang ada ijazah perubatan tidak mensia-siakannya kebolehan mereka dan dapat berkhidmat sebagai penjawat awam di kementerian lain,” katanya.

Sehubungan itu, menurutnya KKM sedang membincangkan perkara itu bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mencari dan mencapai keputusan situasi ‘menang-menang’.

“Kita telah mula berbincang, sejak dua bulan lalu dan  pelbagai perkara di ambil kira dan perlu diselaraskan termasuk perihal gaji sekiranya cadangan itu dilaksanakan,” katanya.
Ditanya mengenai perkara yang menjadi viral di laman sosial mengenai kos perubatan pesakit yang meningkat, Dr Jeyaindran  menafikan perkara itu dan sebaliknya berkata isu berkenaan mungkin mempunyai kaitan dengan propaganda pihak insurans.

“Itu mungkin anggaran kos daripada pihak insurans atau sesiapa sahaja dan mungkin anggaran daripada pihak hospital swasta (tetapi fi hospital swasta masih tertakluk dalam Akta Fi). Kalau kita sendiri (hospital kerajaan) tidak ada kenaikan kerana kita mempunyai Akta Fi (Perubatan),” katanya.

Selain itu, katanya KKM sedang menilai sama ada akta fi tersebut perlu dikaji semula kerana kos perubatan di hospital swasta masih murah berbanding di negara jiran sekali gus kesempatan itu dimanfaatkan oleh warga asing untuk mendapatkan rawatan.

“Bagi saya sendiri akta fi ini perlu dikaji kerana warga asing mendapatkan rawatan dengan kos lebih murah berbanding di negara mereka dan kita pula tidak mendapat kos yang sepatutnya,” katanya. — Bernama

#Mrd agak terkejut bila mendengar berita ini, sebab Mrd sangka Malaysia masih kekurangan doktor. Ramai juga kawan Mrd yang menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Semoga ada jalan penyelesaian lain dalam menangani masalah ini sebab ini baru cadangan belum lagi mendapat kata putus. Para pelajar perubatan teruskan mengorak langkah untuk mencapai cita-cita kalian. Jangan pula ada yang putus asa, Mrd tahu bidang perubatan memang sangat-sangatlah susah. Apa-apa pun doakan yang terbaik saja dalam hal ini.

Tuesday, May 3, 2016

Aleppo is Burning, Pray for Syria


Sedutan Berita daripada Utusan Online :Syria Umum Gencatan Senjata Sementara
                                                                Aleppo terkecuali, terus 'bermandi darah

BEIRUT 30 April - Tentera Syria 'mengumumkan’ gencatan senjata sementara di beberapa kawasan di negara itu khususnya di Damsyik dan wilayah utara termasuk di pinggir bandar Ghouta serta Latakia.

     Menurut kenyataan pihak tentera, tempoh bertenang itu bermula hari ini iaitu sehari di timur Ghouta manakala tiga hari dilaksanakan di Latakia, namun belum ada penjelasan dibuat mengapa gencatan senjata terbabit hanya berlangsung secara sementara.

     Bagaimanapun, pelaksanaan gencatan senjata itu menimbulkan persoalan apabila bandar Aleppo dikecualikan dengan pihak tentera memberi alasan bandar tersebut masih dipenuhi `pengganas’.

“Aleppo dikecualikan kerana masih banyak pengganas di sana yang tidak henti melancarkan serangan. Sebab itu kawasan di sana adalah berbeza (dikecualikan gencatan),” jelas kenyataan itu semalam.

      Kumpulan penentang menguasai daerah-daerah di timur bandar Aleppo sejak 2012, manakala tentera kerajaan menguasai kawasan perumahan di bahagian barat bandar tersebut.
Serangan udara di bandar itu sejak minggu lalu menyaksikan seramai 250 orang terbunuh, insiden yang dilihat mencabul gencatan senjata yang dicapai pada 27 Februari lalu.

      Dalam serangan di sebuah hospital di Aleppo pada Rabu lalu, jumlah mereka yang terkorban dilaporkan meningkat kepada lebih 50 orang. Sementara itu, tentera Syria dan puak penentang dilaporkan saling berbalas serangan di Aleppo semalam.Serangan udara tentera dilihat membedil beberapa kawasan strategik, mengorbankan 11 nyawa. Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, serangan balas puak penentang di kawasan-kawasan yang dikuasai tentera kerajaan di bandar berkenaan menyaksikan sekurang-kurangnya 13 orang awam terbunuh.

“Langit seakan-akan runtuh di Aleppo. Bandar ini berdepan perang yang cukup kejam,” kata Ketua Misi Doctors Without Borders (MSF) di Syria, Muskilda Zancada. Di bandar Qamishli, timur laut Syria pula, lima anggota polis terbunuh manakala empat lagi cedera dalam serangan pengebom berani mati. – AFP/REUTERS





Kepada yang ingin menderma bolehlah menderma seperti maklumat dalam gambar dibawah


Perkembangan lebih lanjut tentang keganasan di Syria bolehlah melawat Facebook Syria Care - Malaysia

Senarai Pemain Badminton Malaysia ke Piala Thomas & Uber 2016

Datuk Lee Chong Wei & Goh Liu Ying Ketuai Senarai Pemain ke Piala Thomas & Uber



Oleh Mrd

Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton perseorangan negara akan mengetuai 9 pemain lain ke Piala Thomas 2016 yang akan berlangsung di Kunshan, China selama 8 hari yang bermula 15 Mei sehingga 22 Mei 2016. Pada edisi Piala Thomas 2014 di New Delhi, India, Malaysia memenangi naib juara setelah tewas dengan Jepun 2-3. Pada edisi kali ini barisan pemain yang akan berentap di Piala Thomas adalah Lee Chong Wei, Iskandar Zulkharnain, Chong Wei Feng, Goh Soon Buat, Tan Wee Kiong-Goh V Shem, Two ee Yi-Ong Yew Sin & Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. 

Bagi Piala Uber 2016, Goh Liu Ying akan mengetuai pemain lain iaitu Tee King Yi, Goh Jin Wei, Ho Yen Mei, Sonia Cheah, Vivian Hoo-Woon The Wei, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean Dan Amelia Anscelly. Pada edisi Piala Uber kali ini Malaysia di undi dalam Group A bersama pemenang 13 kali Piala Uber iaitu China, Sepanyol Dan Denmark. Manakala untuk Piala Thomas 2016, Malaysia di undi dalam Group C bersama Korea Selatan, England Dan Jerman. 

Semoga pemain Malaysia dapat beraksi dengan baik pada edisi kali ini. Malaysia Boleh.

SUBJEK TERAS PROGRAM SAINS TUMBUHAN & PENGURUSAN (PLANT RESOURCE SCIENCE & MANAGEMENT PROGRAMME) UNIMAS

CORE COURSES IN PLANT RESOURCE SCIENCE AND MANAGEMENT PROGRAMME


Assalamulaikum semua. Harini Mrd nak berkongsi tentang subjek teras yang bakal diambil oleh pelajar Sains Tumbuhan dan Pengurusan (UNIMAS). Informasi ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

YEAR 1

SEM 1
  1. Biodiversity*
  2. Analytical Chemistry 1
  3. General Genetics
  4. Statistics for Biology 1*
SEM 2
  1. Plant Physiology
  2. Biochemistry
  3. Statistics for Biology 2*
  4. Microbiology
  5. Soil Science

YEAR 2

SEM 1
  1. Plant Systematics
  2. Soil Fertility & Management
  3. Mycology
  4. Principles of Pest Management
  5. Forest Science and Management
SEM 2
  1. Plant Propagation
  2. Taxonomy of Vascular Plant
  3. Plant Breeding and Improvement
  4. Plant Molecular Systematics
  5. Scientific Communication*

YEAR 3

SEM 1
  1. Plantation Crop Management
  2. Wood Science and Protection Technology
  3. Remote Sensing and GIS*
  4. Post Harvest Technology
  5. Forest Plantation Management
  6. Final Year Project 1*
SEM 2
  1. Environmental Impact Assessment*
  2. Advance Crop Protection and Management
  3. Plant Chemotaxonomy
  4. Nature-based Recreation & Ecotourism
  5. Final Year Project 2*
SEM 3
  1. Industrial Training

*shared courses offered by Faculty or other Department

Source from Student Handbook FRST UNIMAS Session 2012/2013

Penaja