Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Wednesday, February 20, 2019

Bantuan Sara Hidup (BSH) RM100 Bagi Golongan Bujang



Bantuan Sara Hidup RM100 Bagi Orang Bujang

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan BSH RM100 akan diberikan kepada golongan bujang. Bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta.

Berikut merupakan petikan penuh daripada Sinar Harian Online mengenai BSH kepada golongan bujang.

NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100 untuk golongan bujang yang belum berkahwin dan yang bekerja tetapi berpendapatan rendah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebagai permulaan, pembayaran RM100 akan disalurkan kepada setiap individu yang berdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.

“Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.


“Bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan RM300 juta,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Berhubung dengan bayaran selanjutnya, beliau berkata, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Mengulas lanjut katanya, BSH untuk golongan muda diberikan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa terdekat.

Bahkan katanya, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan supaya turut dibantu anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi berpendapatan kecil.
Sumber daripada Sinar Harian Online

Thursday, February 14, 2019

Resepi Bergedil Jagung Mudah dan Sedap


Resepi  Bergedil Jagung 



Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd tak kongsi resepi di blog ni. Harini Mrd nak kongsikan resepi bergedil jagung. Bergedil jagung ni antara makanan yang selalu keluarga Mrd masak untuk makan tengah hari dan makan malam. Kiranya antara menu kegemaran keluarga Mrd. Mrd kalau makan bergedil jagung ni, Mrd suka makan sambil cicah dengan sambal kicap. Tersangatlah sedap makan dengan nasi panas-panas.

Bahan - bahan yang diperlukan:

  1. Jagung - 5 biji (diambil isi)
  2. Bawang merah - 4 ulas
  3. Bawang putih - 4 ulas
  4. Serbuk lada hitam/putih - secukupnya
  5. Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
  6. Tepung jagung - 3 sudu
  7. Tepung gandum - 6 sudu
  8. Garam - secukupnya
  9. Gula - secukupnya
  10. Air - sedikit
  11. Minyak - untuk menggoreng


Cara memasak bergedil jagung

  1. Gunakan jagung yang telah diambil isi dan masukkan ke dalam bekas.
  2. Tambahkan bawang merah dan putih yang telah ditumbuk, masukkan serbuk lada hitam/putih,serbuk kunyit dan gaulkan.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan sedikit air. Selepas itu, gaulkan sebati.
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng adunan bergedil jagung.
  5. Gunakan sudu untuk mencedok adunan tadi dan goreng adunan tersebut.
  6. Goreng sehingga warna perang keemasan dan angkat bergedil jagung tersebut dan sedia untuk dihidang. Sesuai dimakan bersama sambal kicap dengan nasi panas. Selamat mencuba.



Resepi-resepi lain:









Tuesday, December 11, 2018

Live Streaming Keputusan Final Piala AFF Suzuki 2018 Malaysia vs Vietnam 2nd Leg

AFF Suzuki Cup 2018 Final Malaysia vs Vietnam 


Perlawanan final 1st Leg Piala Aff Suzuki yang berlangsung pada 11 Disember 2018 di Stadium Putra Bukit Jalil di antara Malaysia dan Vietnam. Perlawanan pada malam ini dijadualkan bermula pada 8.45pm. Untuk menyaksikan live streaming boleh klik di SINI

Kedudukan selepas perlawanan final 1st leg:

🇲🇾 2-2 🇻🇳

2nd leg (15 Disember 2018)

Perlawanan 2nd leg akan berlangsung di My Dinh National Stadium, Hanoi, Vietnam. Semoga Malaysia memberikan yang terbaik untuk final 2nd leg di Vietnam. 



Untuk menyaksikan live streaming boleh klik di SINI



Sunday, December 2, 2018

Live Streaming Final Badminton GWANGJU Korea Masters 2018 Lee Zii Jia vs Son Wan-Ho


Live streaming Final perseorangan lelaki Gwangju Korea Masters 2018
 antara pemain negara Lee Zii Jia menentang pemain daripada Korea Selatan, Son Wan-Ho.

Untuk menonton klik DI SINI 

Sunday, October 21, 2018

Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Sedap



Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd tak berkongsi resepi dekat blog ni. Kali ni Mrd nak berkongsi resepi Asam Pedas Ayam. Asam Pedas ni antara makanan kegemaran Mrd. Baru-baru ni Mrd nonton telemovie TV3 Cinta Sesedap Rasa, dalam telemovie tu mak kepada lelaki ni letakkan syarat kepada bakal isteri anaknya iaitu kena pandai masak asam pedas. Bestlah cerita tu, Mrd terliur tengok asam pedas dalam cerita tu, itu yang Mrd teringin nak makan asam pedas. Semalam Mrd masak Asam Pedas Ayam ni dengan housemate Mrd. Alhamdulillah, terlunas keinginan nak makan asam pedas.. hahahhaha.

Resepi Asam Pedas Ayam Mrd ni mungkin berlainan daripada resepi asal asam pedas, jadi resepi Mrd ni mengikut style Mrd, bujang style lah katakan...hahhaa

Bahan-bahan yang diperlukan:

A) Bahan-bahan untuk ditumbuk (dikisar pun boleh)
  1. Bawang merah - 6 ulas
  2. Bawang putih - 9 ulas
  3. Bawang besar - 1 biji
  4. Halia - 4 cm
  5. Kunyit hidup - 3 cm
  6. Belacan - 2 cm
  7. Cili padi - 5 biji (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
B) Bahan-bahan lain
  1. Cili boh - 5 sudu
  2. Daun kesum - dalam 3 tangkai
  3. Bunga kantan - 2 batang
  4. Bendi - 8 
  5. Air asam jawa - segengam asam jawa yang dilarutkan di dalam 250 ml air
  6. Minyak - secukupnya (untuk menumis)
  7. Garam & gula - secukupnya
  8. Air - secukupnya
  9. Ayam - 1 1/2 bahagian dada ayam

Langkah-langkah memasak Asam Pedas Ayam.
  1. Panasakan minyak untuk menumis bahan-bahan (A). Tumis bahan-bahan A tersebut dan tumis sekali dengan cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong-potong dan gaulkan. Biarkan selama 2-3 minit.
  3. Masukkan air asam jawa dan gaul hingga sebati, biarkan dalam 2-3 minit. Kemudian, tambahkan bunga kantan yang telah di belah dua dan daun kesum.
  4. Kemudian, masukkan air untuk mengubah kepekatan kuat mengikut kesesuaian anda.
  5. Masukkan garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Kemudian, gaul hingga sebati dan biarkan dalam 4-5 minit.
  6. Jika ayam dah masak, anda tambahkan bendi dah biarkan dalam beberapa minit dengan menggunakan api yang kecil. 
  7. Selepas dibiarkan beberapa minit anda boleh matikan api dan Asam Pedas Ayam sedia untuk dihidang.



Ini video, selepas bendi dimasukkan ke dalam asam pedas dan dimasak mengunakan api yang kecil.


Selamat mencuba semua.


Resepi-resepi lain:







Friday, October 19, 2018

Live Streaming Keputusan Goh Soon Huat/Shenvon Jemie Lai vs Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai Suku Akhir Quater Final Badminton Denmark Open 2018

Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai, beregu campuran negara akan menentang beregu daripada Thailand iaitu Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai di Suku akhir Badminton Terbuka Denmark 2018. Rekod pertemuan di antara kedua pasangan beregu ini ialah 4-1, di mana beregu negara berjaya memenangi 4 daripada 5 perlawanan. Pertemuan terakhir mereka ketika di Badminton Terbuka Singapura, di mana Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai berjaya memenangi perlawanan 21-18 dan 21-14.

Untuk live streaming perlawanan klik di sini

Sunday, October 7, 2018

Live Streaming Keputusan Final Lee Zii Jia (Malaysia) vs Riichi Takeshita (Japan) Yonex Chinese Taipei Open 2018

Photo credit to TheStar Online


Lee Zii Jia berjaya melangkah ke final Badminton Terbuka Taiwan 2018  setelah berjaya menumpaskan pemain pilihan pertama kejohanan Chou Tien Chen pemain tuan rumah Taiwan dan juga selaku pemain no. 4 dunia. Lee Zii Jia berjaya ke final setelah mengharungi 3 set dan pada set ketiga tentangan sengit diberikan oleh kedua-dua pemain tetapi akhirnya Zii Jia berjaya mengutip mata terakhir 24-22. Keputusan penuh separuh akhir antara Lee Zii Jia dan Chou Tien Chen; 17-21, 21-14 & 24-22. 


Lawan Zii Jia di final nanti adalah pemain daripada Jepun, Riichi Takeshita yang berjaya menumpasakan Jan O Jorgensen pemain berasal daripada Denmark. Riichi Takeshita juga memenangi perlawan separuh akhir dalam 3 set dan keputusan penuh; 21-17, 16-21 & 26-24.

LIVE STREAMING 

Untuk menonton secara live boleh klik link di sini

Lee Zii Jia (MAS) vs Riichi Takeshita (JPN)

21-17, 16-21 & 21-11

Saturday, July 7, 2018

Live Streaming Keputusan Semi Final Lee Chong Wei vs Kento Momota Indonesia Open 2018



Perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki di antara Lee Chong Wei dan Kento Momota pemain daripada Jepun, pada Badminton Terbuka Indonesia 2018.

Untuk menonton live streaming KLIK DI SINI atau INI

Sunday, July 1, 2018

Live Streaming Keputusan Final Lee Chong Wei vs Kenta Momota Malaysia Open 2018

Credit to The Star Online

Perlawanan perseorangan lelaki Final Terbuka Malaysia 2018/ Malaysia Open 2018 di antara Lee Chong Wei dan Kenta Momota pemain daripada Jepun. Mampukah Lee Chong Wei menambahkan koleksi kemenangan Badminton Terbuka Malaysia 2018.

Untuk menonton live streaming klik DI SINI. Untuk menonton di Youtube klik DI SINI


KEPUTUSAN PENUH
Lee Chong Wei vs Kento Momota
21-17, 23-21

Tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei kerana berjaya memenangi Badminton Terbuka Malaysia 2018 untuk kali yang ke-12. 


Saturday, June 30, 2018

Live Streaming Keputusan Semi Final Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto Malaysia Open 2018


Di peringkat semi final perseorangan lelaki, Lee Chong Wei akan menentang Tommy Sugiarto daripada Indonesia. Siapakah yang bakal layak ke final? Sama- sama kita saksikan.

Untuk menonton live Klik DI SINI

Saturday, June 23, 2018

Live Streaming Keputusan South Korea vs Mexico Group F 2018 FIFA World Cup Russia


Perlawanan di antara South Korea vs Mexico di peringkat kumpulan F. Negara manakah yang bakal memenangi perlawanan ini sama-sama kita saksikan.




Untuk menonton live streaming klik DI SINI

Thursday, May 24, 2018

Live Streaming Keputusan Suku Akhir Malaysia vs Indonesia Piala Thomas 2018


Skuad badminton negara bakal menentang Indonesia pada harini ini 24 Mei 2018 di suku akhir Piala Thomas 2018. Malaysia selaku naib juara kumpulan D setelah tewas di tangan Denmark semalam dengan perlawanan yang sengit semalam 2-3.

Malaysia 1 - 3 Indonesia

Untuk menonton Live streaming klik DI SINI

Wednesday, May 23, 2018

Live Streaming Keputusan Malaysia vs Denmark Piala Thomas 2018 Badminton

Keputusan Piala Thomas 2018 Malaysia vs Denmark 2018

Credit to Lamanwebinf



Skuad badminton lelaki Malaysia akan meneruskan cabaran dalam Piala Thomas Bangkok 2018 dengan menentang juara bertahan Denmark untuk menentukan juara kumpulan D.



Kedudukan Penuh


Malaysia 2 - 3 Denmark


Malaysia terpaksa akur di atas kemenangan Denmark bagi penentuan juara peringkat Kumpulan D. Apa-apa pun semoga para pemain badminton Malaysia dapat meningkatkan mutu permainan di peringkat suku akhir nanti. Malaysia akaakan menentang skuad badminto lelaki Indonesia di suku akhir.

Untuk menonton Live Streaming KLIK DI SINI

Penaja