Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Saturday, May 4, 2019

Live Streaming Semi Final Goh V Shem & Tan Wee Kiong vs Mohammad Ahsan & Hendra Setiawan New Zealand Badminton Open 2019




Credit to The Star Online

Badminton Terbuka New Zealand berlangsung pada 30 April sehingga 5 Mei 2019 merupakan HSBC BWF World Tour Super 300 dan jumlah wang kemenangan adalah USD 150,000/RM621,375. Pada harini merupakan semi final bagi terbuka ini. Malaysia mempunyai 2 wakil di semi final iaitu Chan Peng Soon/Goh Liu Ying bagi Beregu Campuran dan Goh V Shem/Tan Wee Kiong bagi beregu lelaki. Chan Peng Son/Goh Liu Ying (pilihan ke-2) telah berjaya mara ke peringkat final setelah menewaskan beregu daripada Indonesia, Hafiz Faizal/Gloria Emanuelle Widjaja yang merupakan pilihan ke-4 dalam acara ini. 

Perlawanan semi final New Zealand Badminton Open 2019 bagi beregu lelaki di antara beregu Malaysia iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menentang Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan akan berlangsung 2.40 pm waktu Malaysia. Sama-sama kita saksikan siapakah yang bakal melangkah ke peringkat akhir.

Untuk menonton live streaming KLIK DI SINI

Thursday, May 2, 2019

Resepi Sup Ayam Sedap dan Ringkas




Assalamualaikum semua. Tak sedarkan pejam celik, pejam celik tahun ni dah masuk bulan Mei dan dalam beberapa hari lagi bulan Ramadan akan tiba. Moga-moga Ramadan kali ini kita akan mempertingkatkan amal ibadat kita. Selalunya, kalau bulan Ramadan ni orang bujang Mrd ni selalu pening nak masak apa untuk berbuka dan sahur. Maklumlah orang bujang lagi-lagi masih bergelar seorang pelajarkan, nak beli makanan dekat luar hari-hari pun susah jugak sebab harga makanan sekarang agak mahal. Jadi Mrd kalau bulan puasa ni, Mrd suka masak. Kalau tahun lepas, Mrd memang selalu masak untuk berbuka dan bersahur, alhamdulillah memang dapat jimat. Ok, harini Mrd nak kongsi resepi yang ringkas, Sup Ayam. Resepi ni mudah saja, main campak-campak saja bahannya ke dalam periuk, hehehe. 

Bahan-bahan
  1. Ayam -  1/2 kilogram
  2. Ketang - 3 biji
  3. Lobak - 1 biji
  4. Halia - seinci
  5. Bawang merah - 3 ulas
  6. Bawang putih - 3 ulas
  7. Bawang besar - 1 biji (saiz sederhana)
  8. Sup bunjut - 1 
  9. Maggi Cukup Rasa - secukupnya
  10. Air - secukupnya
  11. Minyak masak - sedikit sahaja



Cara-cara

  1. Panasakan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk atau dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong-potong. Gaul-gaulkan dan biarkan dalam 2 ke 3 minit. 
  3. Masukkan air dan kacau rata. Kemudian, masukkan sup bunjut dan bawang besar yang telah dihiris-hiris dan kacau rata.
  4. Seterusnya, masukkan kentang dan lobak yang telah dipotong-potong. Masukkan Maggi cukup rasa dan kacau rata.
  5. Reneh sup tersebut sehingga ayam, kentang dan lobak masak.
  6. Setelah masak, sup ayam sedia untuk dihidang. 
  7. Anda boleh taburkan sup ayam ini dengan bawang goreng dan daun sup. (pilihan)


Saturday, April 6, 2019

Live Streaming Semi Final Badminton Malaysia Open 2019 Tan Kian Meng/Lai Pei Jing vs Wang Yilyu/Huang Dongping


Semi Final Terbuka Malaysia 2019 bagi acara beregu campuran, wakil Malaysia Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing akan menentang pemain dari China,Wang Yilyu dan Huang Dongping beregu pilihan kedua kejohanan yang telah menumpaskan beregu campuran negara pada peringkat suku akhir iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dalam 3 set yang sangat-sangat sengit.


Semoga hari ini Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing dapat memberikan permainan yang sangat baik dalam menentang beregu daripada China ini. Semoga mereka dapat melayakkan diri ke Final Terbuka Malaysia esok

Untuk menonton siaran langsung/live streaming semi final Terbuka Malaysia boleh klik link-link di bawah.

1) Badvidliv
2) Youtube - BadmintonWorld.tv
3) Youtube - Ba Malaysia


Thursday, March 28, 2019

Semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) Bujang 2019


  • Pembayaran BSH 2019 Sebanyak RM100 secara one – off bagi Kategori Bujang akan dibayar mulai 28 Mac 2019. Semakan status kelayakan boleh dibuat pada Menu Semakan Penerima Bujang. Pembayaran berkenaan akan dilakukan berdasarkan maklumat BSH 2018 seperti berikut:

Ada Akaun - Pengkreditan ke akaun pemohon berdasarkan maklumat akaun bank yang didaftarkan semasa Permohonan BSH 2018

Tiada Akaun – Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan Surat Makluman BSH 2019 yang akan diposkan kepada pemohon



  1. Cara membuat semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Bujang, sila tekan di sini
  2. Bagi semakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT), sila tekan di sini


Monday, March 4, 2019

Resepi Sup Telur Dadar Sedap dan Mudah




Resepi Sup Telur Dadar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Siapa di antara pengunjung blog Mrd yang pernah makan sup telur dadar? Resepi ni ringkas dan mudah untuk dimasak. Sesuai untuk dimasak oleh bujang macam Mrd ni. Jimat masa dan tenaga, resepi ni main campak-campak saja, hehehe. Kepada yang belum pernah makan masakan ni bolehlah cuba masak, InshaAllah tidak mengecewakan. Makan dengan nasi pun sedap, kalau ada yang nak makan dengan bihun pun boleh, jadi bihun sup telur dadar. Mrd akan kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk memasak.

Bahan-bahan:

Bahan untuk telur dadar: 
  1. Telur - 4 biji
  2. Maggi cukup rasa - secukupnya
  3. Lada hitam - secukupnya
  4. Minyak - secukupnya

Bahan-bahan untuk sup:
  1. Sup bunjut - 1 
  2. Bawang merah - 3 ulas
  3. Bawang putih - 4 ulas
  4. Halia - 2 inci
  5. Kentang - 2 biji
  6. Lobak - 1 biji
  7. Maggi cukup rasa - secukupnya
  8. Gula - 1 sudu kecil
  9. Air - 600 ml
*minyak untuk buat telur dadar dan menumis bawang dan halia.




Cara-cara memasak:
  1. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan lada hitam dan Maggi cukup rasa. Kacau hingga sebati.
  2. Panaskan minyak untuk membuat telur dadar. Masak telur dadar hingga kuning kecoklatan. Setelah telur dadar siap, hiris-hiris telur dadar dan ketepikan.
  3. Untuk membuat supnya pula. Panasakan sedikit minyak untuk menumis bawang dan halia. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris-hiris sehingga naik bau.
  4. Kemudian, tambahkan air dan masukkan sup bunjut. Masukkan kentang dan lobak yang telah dipotong-potong.
  5. Tambahkan Maggi cukup rasa dan gula bagi mengimbangi rasa. Reneh sup sehingga kentang dan lobak betul-betul masak.
  6. Setelah lobak dan kentang masak, masukkan telur dadar yang telah hiris-hiris tadi.
  7. Reneh sup dalam 2 hingga ke 3 minit dan angkat sup. Sup sedia untuk dihidang.




Sunday, March 3, 2019

Resepi Sotong Masak Ala Tomyam Sedap dan Ringkas




Resepi Sotong Masak Ala Tomyam


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada pengunjung blog Mrd. Baru-baru ini Mrd ada berkongsi resepi Sambal Belacan, kepada yang nak tengok resepi tu boleh tekan Resepi Sambal Belacan. Harini Mrd nak berkongsi resepi Sotong Masak Ala Tomyam. Resepi ni adalah resepi yang Mrd pelajari daripada kakak Mrd. Ok, tanpa membuang masa mari Mrd kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara memasaknya. Anda juga boleh menggunakan sumber protein yang lain seperti udang, ikan, kerang dan ayam.


Bahan-bahan:
  1. Sotong - 1/2 kilo
  2. Bawang merah - 3 ulas (ditumbuk)
  3. Bawang putih - 3 ulas (ditumbuk)
  4. Pes Tomyam - 2 sudu kecil
  5. Maggi Cukup Rasa - secukupnya
  6. Gula - secukupnya
  7. Air - secukupnya
  8. Minyak masak - secukupnya untuk menumis




Cara-cara memasak:
  1. Bersihkan sotong dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan pes Tomyam dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau hingga sebati.
  5. Tambahkan Maggi Cukup Rasa dan gula untuk mengimbangi rasa mengikut selera masing-masing.
  6. Masak kuah sehingga pecah minyak dan barulah masukkan sotong yang telah dibersihkan. Seterusnya gaul rata. Masak sotong jangan terlalu lama kerana risau tekstur sotong akan menjadi liat. Masak dalam 2 hingga ke 3 minit.
  7. Setelah sotong sudah masak, angkat dan sedia untuk dihidang.



Resepi-resepi lain:

 

 


 

 

 


 

Tuesday, February 26, 2019

Resepi Sambal Belacan Sedap dan Mudah


Resepi Sambal Belacan Sedap dan Mudah


Assalamualaikum semuanya. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Sebelum ni Mrd banyak berkongsi resipi -resipi seperti ayam masak merah, bergedil jagung, ayam goreng oat dan lain- lain lagi. Harini Mrd nak kongsikan resepi sambal belacan Mak Mrd. Kepada para pengunjung yang selalu berkunjung ke blog Mrd, mesti tahu kebanyakkan resepi yang Mrd kongsikan adalah resepi yang Mrd belajar daripada Mak dan kakak-kakak Mrd. Mrd dulu time kecil suka tengok Mak masak untuk kenduri mahupun masak di rumah. Mak Mrd dulu seorang tukang masak, kalau ada jiran-jiran yang nak buat majlis kahwin atau akikah di kampung, Mak Mrd selalu diupah untuk menjadi tukang masak. Ok, berbalik kepada resepi sambal belacan ni, di bawah ni Mrd tunjukkan bahan-bahan dan cara-caranya.


Bahan - bahan Sambal Belacan


  1. Cili padi - 10 hingga 15 biji
  2. Bawang merah - 5 ulas
  3. Bawang putih - 5 ulas
  4. Tomato saiz sederhana - 2 biji
  5. Belacan - 2 inci/sebesar ibu  jari
  6. Limau kasturi - 3 hingga 5 biji
  7. Gula Melaka/gula - 1 sudu
  8. Garam - secukupnya
  9. Minyak masak - secukupnya


Cara-cara membuat Sambal Belacan 


  1. Panaskan minyak, goreng bawang merah, bawang putih yang telah dikupas dan tomato. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumbuk cili padi dan kemudian tumbuk sekali bahan-bahan yang telah digoreng tadi.
  3. Seterusnya, masukkan belacan yang telah dibakar dan tumbuk sehingga lumat.
  4. Tambahkan gula, garam dan perahan limau untuk mengimbangi rasa. Gaulkan kesemua bahan tadi sehingga sebati.
  5.  Sambal belacan sedia untuk dihidang.





Mrd selalu makan sambal ni dengan ikan goreng dan ayam penyet. Mrd juga suka makan pisang goreng panas dan cicah sambal belacan ni, memang sedap. Kepada sesiapa yang tak pernah makan pisang goreng dan cicah sambal belacan bolehlah cuba. 

Jangan lupa berikan sokongan dan subscribe Channel YouTube Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai. Terima kasih.



Anda juga boleh mencuba masak resepi Sambal Tempe Rangup.


Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK


Resipi-resipi Mrd's Kitchen









Friday, February 22, 2019

Resepi Sambal Tempe Rangup Sedap dan Mudah





Resepi Sambal Tempe Rangup Sedap dan Mudah

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Mrd nak tanya siapa di antara pengunjung blog Mrd yang suka makan tempe? Mesti ramaikan yang suka makan tempe. Harini Mrd nak kongsikan satu resepi kegemaran Mrd iaitu sambal tempe rangup. Resepi ni sangat-sangatlah mudah, orang-orang bujang macam Mrd amatlah sesuai masak resepi ni.


Bahan-bahan:
  1. Tempe - 4 paket kecil
  2. Bawang merah - 2 ulas (dikisar/ditumbuk)
  3. Bawang putih - 3 ulas (dikisar/ditumbuk)
  4. Sos cili - 3 sudu
  5. Sos tiram - 2 sudu
  6. Maggi Cukup Rasa - 1/2 sudu
  7. Gula - 2 sudu
  8. Minyak masak - secukupnya untuk menggoreng dan menumis




Cara-cara memasak:



  1. Potong tempe nipis-nipis dan kemudian goreng sehingga betul-betul garing.
  2. Setelah itu, angkat tempe tersebut dan ketepikan.
  3. Gunakan kuali yang baru, panaskan sedikit minyak lebih kurang dalam 4 ke 5 sudu untuk menumis.
  4. Tumis bawang merah, bawang putih yang telah dikisar/tumbuk  sehingga naik bau dan sedikit garing. 
  5. Seterusnya, tambahkan Sos cili dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  6. Kemudian, masukkan Maggi Cukup Rasa dan gula, kacau hingga sebati. Masak sehingga bahan-bahan tadi pecah minyak.
  7. Setelah bahan-bahan tumisan tadi sudah pecah minyak, masukkan tempe yang telah digoreng tadi. Kacau hingga sebati.
  8. Jika tempeh dan bahan-bahan tumisan telah sebati, angkat dan sedia untuk dihidang.






Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK


Resepi-resepi lain:










Thursday, February 21, 2019

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Sedap


Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Sedap


Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Hari ini Mrd nak berkongsi resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Sedap. Mrd ni merupakan penggemar makanan laut seperti udang, sotong, ketam dan lain-lain. Sotong goreng tepung ni salah satu makanan kegemaran Mrd. Kalau di 'hometown' Mrd makanan laut ni amatlah murah. Berbalik kepada resepi hari ini iaitu sotong goreng tepung, resepi ini amatlah mudah untuk dimasak. 

Bahan - bahan yang diperlukan:
  1. Sotong - 10 ekor (saiz sederhana)
  2. Tepung gandum - 1 cawan
  3. Tepung jagung - 1/4 cawan
  4. Maggi cukup rasa - secukupnya
  5. Serbuk lada hitam - secukupnya
  6. Serbuk kari/serbuk cili - secukupnya
  7. Telur - 2 biji
  8. Minyak masak - untuk menggoreng



Cara-cara memasak:
  1. Bersihkan sotong dan hiris sotong tersebut.
  2. Kacau telur di dalam mangkuk untuk mencelup sotong dan ketepikan. 
  3. Seterusnya, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, Maggi cukup rasa dan serbuk kari/serbuk cili ke dalam mangkuk yang baru dan gaulkan sebati. Bahan-bahan tepung ini untuk bahan menyaluti sotong.
  4. Kemudian, celupkan sotong ke dalam telur tadi dan seterusnya, salutkan sotong yang telah dicelupkan telur ke dalam bahan tepung.
  5. Panaskan minyak, setelah minyak cukup panas, goreng sotong tersebut. Goreng sehingga berwarna keperang-perangan. Angkat sotong goreng tepung tersebut dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba semuanya.



Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK



Resepi-resepi lain:










Penaja