Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Tuesday, January 30, 2018

Tukar Minyak Hitam (Minyak Enjin) Proton Saga FLX


Asssalamualaikum semua pengunjung blog saya. Harini saya nak kongsikan pengalaman saya menukar minyak hitam (engine oil) untuk kereta Proton Saga FLX (enjin CamPro). Selalunya saya akan tukar minyak hitam di bengkel-bengkel biasa sahaja. Saya selalu guna minyak Shell Helix HX7 10W-40, untuk minyak ni selepas 5000 km kena tukar atau selepas 3 bulan. Kadang-kadang ada bengkel sarankan selepas 7000 km baru ganti minyak enjin. Tapi kalau guna minyak Shell Helix HX7 10W-40 ni saya akan tukar setelah capai 7000 km.


Untuk tukar minyak hitam ni, kena tukar sekali dengan oil filter.  Selalunya untuk minyak hitam  4 liter (Shell Helix HX7 10W-40) + oil filter + upah, caj yang dikenakan dalam RM160.

Mekanik tengah mengeluarkan semua minyak hitam


Lepas dah keluarkan semua minyak hitam, mekanik buka oil filter yang lama



Minyak hitam dan oil filter yang digunakan





Anda boleh cek menggunakan kod yang terdapat di penutup botol, sama ada minyak hitam Shell ni original atau tiruan. Kita kena berhati-hati sebab kadang-kadang ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjual minyak enjin/hitam yang tidak original. 

Untuk para pengunjung blog saya yang ingin tahu pengalaman saya membaiki paip ekzos kereta myvi yang patah di bengkal yang membuat service welding boleh klik > 

Baiki Paip Ekzos Kereta Myvi Patah





Cara menyemak sama ada minyak enjin/minyak hitam Shell original atau tiruan



 Source from Shell website 


Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK


Sunday, December 17, 2017

Live Streaming Keputusan Final Lee Chong Wei vs Viktor Axelsen Dubai World Superseries Finals 2017

Lee Chong Wei akan menentang pemain daripada Denmark Viktor Axelsen diperlawananan akhir Dubai World Superseries Finals. Lee Chong Wei mara ke final setelah menewaskan pemain daripada Korea, Son Wan Ho dalam 2 set, 21-17 & 21-11. Manakala Viktor Axelsen telah menewaskan Shi Yuqi di semi final juga dalam 2 set 21-12 & 21-8.



LIVE STREAMING KEPUTUSAN FINAL DUBAI WORLD SUPERSERIES FINALS 2017

To watching click HERE

LIVE SCORE click HERE

Thursday, November 30, 2017

Resepi Spaghetti Aglio E Olio Mudah dan Sedap


Assalamualaikum. Apa khabar semua pengunjung blog Mrd, sihat. Semoga semuanya sihat-sihat saja. Ok, harini Mrd nak kongsikan resepi spaghetti yang sangat ringkas tetapi sedap, Spaghetti Aglio E Olio. Spaghetti ni Mrd sangat suka berbanding spaghetti bolognese dan carbonara. Lagi-lagi resepi sangat mudah untuk dimasak, jimat masa dan tenaga. Resepi ini mengikut citarasa saya, kepada anda yang nak ubah resepi ni bolehlah tambah bahan-bahan yang anda nak.

Bahan-bahan untuk masak Spaghetti Aglio E Olio

  1. Spaghetti - 1 bungkus
  2. Olive oil/minyak zaitun - 5-6
  3. Minyak masak - sedikit 
  4. Bawang putih - 8 -9 ulas
  5. Serbuk lada hitam - 1 sudu teh
  6. Sosej - 6 batang

Cara-cara masak Spaghetti Aglio E Olio

    1. Panaskan air di dalam periuk, dan masukkan spaghetti. Tambahkan sedikit minyak masak ke dalam air tadi. (Supaya spaghetti tak melekat-lekat).
    2. Setelah spaghetti masak, toskan airnya dan ketepikan seketika.
    3. Panaskan minyak zaitun, dan tumis bawang putih yang telah dicincang-cincang. Tumis sehingga naik bau.
    4. Masukkan sosej yang telah dipotong-potong. Kacau hingga sebati.
    5. Kemudian, masukkan spaghetti tadi. Gaul hingga sebati.
    6. Tambahkan sedikit air rebusan spaghetti tadi dan gaul sebati.
    7. Akhir sekali, masukkan serbuk lada putih dan gaul hingga sebati.
    8. Spagetti Aglio E Olio sedia untuk dihidang.

Kepada anda yang nak gunakan udang dalam resepi ni pun boleh. Memgikut selera anda masing-masing. Kepada anda yang dah cuba masak resepi ni boleh kongsikan dekat ruangan komen di bawah.

Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK




Sunday, November 26, 2017

Live Streaming Keputusan Final Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Hong Kong Open 2017



Perlawanan di antara Lee Chong Wei dan Chen Long di Final Perseorangan Lelaki Badminton Terbuka Hong Kong 2017.

To watching click this link Lee Chong Wei vs Chen Long

Lee Chong Wei vs Chen Long

Result 21-14 & 21-19. Dato Lee Chong Wei win against Chen Long in Men's Singles Final Hong Kong Super series 2017.

Saturday, November 25, 2017

Pemohonan dan kemas kini Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi tahun 2018 telah dibuka

Credit to Laman Web Bantuan Rakyat 1 Malaysia


Menurut sumber Berita Harian Online melaporkan bahawa kerajaan telah memaklumkan bahawa permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun dahadapan 2018 bakal dibuka mulai pada 27 November sehingga 31 Disember 2017 ini. Kementerian Kewangan telah menyatakan, bagi permohonan secara manual atau pengisian borang, Borang BR1M 2018 boleh diambil di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN.

  • Permohon BR1M juga bola memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my/ Portal ini juga boleh digunakan untuk permohonan atau mengemas kini maklumat secara online/atas talian.
  • Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia dan pemohon ya ng gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 hendaklah membuat permohonan yang baharu bagi BR1M 2018.
  • Untuk penerima BR1M pada tahun 2017 (sedia ada), hendaklah mengemaskini sekiranya ada sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun.

Peringatan

  • Kementerian Kewangan menyatakan bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial lain.
  • Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah NR1M 2018, yang diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/
  • Sebarang pertanyaan lajut boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau e-mel kepada br1m@treasury.gov.my

ANDA BELI BARANG DI LAZADA & INGIN DAPAT DUIT ANDA KEMBALI, BERBELANJALAH DI SHOPBACK. UNTUK MENDAFTAR PERGI KE LAMAN WEB SHOPBACK.


  • Cara Semak Status (SENARAI HITAM Imigresen) Perjalanan ke Luar Negara klik DI SINI
  • Cara Mudah Menyemak Saman Trafik PDRM, JPJ dan AES Secara Online dan SMS klik DI SINI
  • Semakan dan permohonan Secara Online Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun Hadapan klik DI SINI



Wednesday, November 22, 2017

Harga 4 Kepala Ikan RM600 "Periksa dahulu menu dan lihat harganya sebelum membuat tempahan"



Seorang pengguna laman sosial Facebook telah memuat naik status berkenaan harga kepala ikan yang dimakan di sebuah restoran iaitu berhargaRM600 untuk 4 mangkuk kari kepala ikan merah. Harga setiap mangkuk berharga lebih kurang RM150.

Menurut mStar Online yang menghubungi pengadu, ini bukan kali pertama beliau makan kari kepala ikan di restoran mamak tersebut dan menyatakan bahawa harga yang biasa dicaj kepada pelanggan adalah di antara RM50 dan RM 80 semangkuk.


Beliau menyarankan, di mana-mana restoran pun, kita kena periksa dahulu menu dan lihat harganya sebelum membuat tempahan, lebih-lebih lagi restoran mamak yang jarang menyediakan menu dan harga. "Jadi, anda kena minta menu terlebih dahulu terutamanya nak makan kari kepala ikan. Untuk berita penuh boleh ke mStar Online

Berikut merupakan aduan/status yang dimuat naik oleh beliau di laman sosial Facebook.



*Sumber Fb Faudzy Asrafudeen dan mStar Online.


Monday, November 13, 2017

Keputusan 12 Lagu Yang Layak ke Anugerah Juara Lagu 32



Berikut merupakan senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 32. Pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32 akan dilangsungkan pada tahun hadapan dan tarikh akan diberitahu kelak. Lagu manakah yang bakal bergelar juara lagu? Sama-sama kita nantikan...


  1. Sejati - Faizal Tahir & Caliph Busker
  2. Tergantung sepi - Haqiem Rusli
  3. Jampi - Hael Husaini
  4. Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah
  5. Amboi - Altimet
  6. Lebih sempurna- Syamel
  7. Aku yang sebenar - Hazama & Penglipurlara
  8. Akhirnya cinta - Salma
  9. Menahan rindu - Wany Hasrita
  10. Aku cinta - Syamel & Ernie Zakri
  11. Bayang - Khai Bahar
  12. Warkah untukku - Ara Johari

Sunday, October 29, 2017

5 Pasar Raya Giant Bakal Ditutup Pada 5 November 2017 Ini

Credit to C & N UNITED website (gambar sekadar hiasan)
Pasar Raya Giant merupakan salah satu pilihan utama rakyat Malaysia untuk berbelanja. Namun baru-baru ini sumber daripada berita online theSundaily menyatakan bahawa  5 cawangan pasar raya Giant bakal ditutup pada 5 November ini.
Menurut pemilik jenama Giant, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, 5 Pasar Raya Giant yang bakal ditutup adalah cawangan Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama mulai 5 November 2017 ini.

Berikut merupakan petikan berita daripada theSundaily berkaitan penutupan 5 cawangan Pasar Raya Giant.


PETALING JAYA: Giant brand owner GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd said it will cease operations of five Giant stores located in Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu and Selayang Lama on Nov 5, 2017 at the expiration of leases at these premises.
According to its website, GCH Retail, which is also the owner of Cold Storage, Mercato and Jasons Food Hall, currently operates 54 Giant stores nationwide.
In a statement today, the group said it has reviewed its operations and the decision was made to improve efficiencies and productivity.
At the same time, the group said, it will relocate its Giant store in Bercham, Perak to an expanded premise, and will double the size of the store to provide more offerings and range of products for its customers.
“In addition, by the end of this year, GCH Retail will be relaunching a new exciting concept store by Cold Storage in KLCC.
“The group will continue to deploy its resources to raise the bar to create positive retail experiences for our customers. We look forward to serve our customers in all our stores located across the country,” it said in the statement.
GCH Retail did not respond to queries for additional information as at press time. (Source theSundaily 26 October 2017)



ANDA BELI BARANG DI LAZADA & INGIN DAPAT DUIT ANDA KEMBALI, BERBELANJALAH DI SHOPBACK. UNTUK MENDAFTAR PERGI KE LAMAN WEB SHOPBACK.


  • Cara Semak Status (SENARAI HITAM Imigresen) Perjalanan ke Luar Negara klik DI SINI
  • Cara Mudah Menyemak Saman Trafik PDRM, JPJ dan AES Secara Online dan SMS klik DI SINI
  • Semakan dan permohonan Secara Online Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun Hadapan klik DI SINI

Saturday, October 28, 2017

Gambar-Gambar Ini Pasti Menyentuh Hati Anda Sebagai Seorang Anak



Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Harini Mrd nak kongsikan gambar yang baru-baru ini viral iaitu gambar  seorang anak yang memeluk bapanya dengan penuh kasih sayang yang membuatkan ramai netizen sebak. Gambar tersebut telah diambil oleh seorang pengguna Facebook iaitu Restoris A. Fatiha pada 18 Oktober 2017 yang lalu. 


Melihat gambar-gambar tersebut menyebabkan Mrd juga berasa sebak. Mrd sebak apabila mengenangkan allahyarham bapa Mrd yang telah meninggal dunia pada 2010. Kepada yang masih mempunyai ibu bapa sayangilah ibu bapa anda sebelum terlambat. Sayangilah dan berbaktilah kepada mereka, balaslah jasa dan pergobanan kedua ibu bapa kita selama ini.  

Berikut merupakan post di laman Facebook  Restoris A. Fatiha.




Penjawat Awam Bakal Menerima Bayaran Khas Sebanyak RM1500 - Bajet 2018


Baru-baru ini Perdana Menteri kita telah membentangkan Bajet 2018. Pasti ramai penjawat awam dan pesara kerajaan tersenyum lebar apabila mendengar Bajet 2018 dibentangkan. Melalui bajet yang dibentangkan penjawat awam bakal menerima bayaran khas RM1500. Manakala, pesara kerajaan bakal menerima RM750.


Berikut merupakan petikan berita daripada Berita Harian Online daripada Faris Fuad.


KUALA LUMPUR: Penjawat awam akan menerima bayaran khas berjumlah RM1,500, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata, bayaran itu akan disalurkan dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari depan, dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri..
"Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250t lagi menjelang Aidilfitri," katanya.

Friday, October 27, 2017

Resepi Ayam Goreng Oat Sedap dan Mudah


Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Lama sudah rasanya Mrd tak post resepi di blog Mrd ni. Maklumlah sekarang tengah sibuk, maklumlah masih bergelar seorang pelajar jadi banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan. Harini Mrd nak berkongsi satu resepi ayam goreng iaitu ayam goreng oat. Mrd ni sebenarnya penggemar ayam goreng, lagi lagi ayam goreng yang rangup dan pedas. Masak ayam goreng oat ni mungkin sama sahaja caranya cumanya, kita salutkan ayam dengan oat sebelum menggoreng.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1.  Ayam - 1 kg (mana-mana bahagian pun boleh)
  2. Tepung gandum - 10 sudu
  3. Tepung jagung - 2 sudu
  4. Serbuk kari/cili - 2 sudu
  5. Serbuk lada hitam - 1 sudu kecil
  6. Maggi Cukup Rasa - 2 sudu kecil
  7. Air - secukupnya
  8. Oat - Secukupnya
  9. Minyak masak - Secukupnya


Cara-cara masak ayam goreng oat:

  1. Basuh ayam yang telah dipotong-potong mengikut kehendak masing-masing. Ketepikan terlebih dahulu.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung, Maggi Cukup Rasa, serbuk kari/cili, serbuk lada hitam dan air ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. Jangan masukkan terlalu banyak air, nanti bancuhan tepung terlalu cair.
  3. Setelah siap membuat bancuhan tepung ayam goreng, celupkan satu demi satu ayam ke dalam bancuhan tersebut dan salutkan dengan oat.
  4. Panasakan minyak untuk menggoreng, setelah minyak betul-betul panas, goreng ayam yang telah disalutkan oat sebentar tadi.
  5. Goreng ayam sehingga warna bertukar keemasan. Angkat ayam dan toskan minyaknya. Ayam goreng oat sedia untuk di hidang.

Selamat mencuba semua, kalau ada apa-apa pertanya bolehlah ajukan di ruang komen di bawah. Kepada yang telah mencuba resepi ni bolehlah kongsikan hasilnya dengan Mrd. :) Hehehhe




Resepi-resepi lain:








Wednesday, October 25, 2017

Ranking Universiti di Malaysia 2018 Berdasarkan QS WORLD UNIVERSITY RANKING ASIA 2018


Berikut merupakan ranking TOP 20 Universiti di Malaysia berdasrkan QS World University Rankings (ASIA). Setinggi-tinggi tahniah kepada 5 universiti kerana berjaya menduduki ranking TOP 50 universiti di Asia iaitu Universiti Malaya (24), Universiti Putra Malaysia (36), Universiti Kebangsaan Malaysia (43), Universiti Sains Malaysia (46) dan Universiti Teknologi Malaysia (49).


Tahniah juga diucapkan kepada universiti-universiti yang lain yang berjaya menduduki TOP 300 di Asia. Semoga semua univerisiti di Malaysia berusaha untuk mengekalkan pencapaian yang agak memeberangsakan ini dan sentiasa maju dari masa ke masa.


Saturday, October 14, 2017

LIVE STREAMING KEPUTUSAN FINAL (MALAYSIA vs CHINA) BWF World Junior Mixed Team Championships 2017



Berikut merupakan keputusan penuh Final Malaysia menentang China BWF World Junior Mixed Team Championship 2017. Malaysia tewas 1-3, namun semangat pemain badminton junior negara patut dipuji. Semoga pemain junior akan sentiasa mempertingkatkan mutu permainan dari masa ke masa.



Tuesday, September 19, 2017

Resepi Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah

Cara Memasak Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah


Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd tak berkongsi resepi dalam blog ni. Maklumlah sibuk sebagai seorang pelajar. Pada harini Mrd akan berkongsi resepi masakan kegemaran Mrd iaitu ayam masak merah. Ini memang menu wajib kalau hari raya menjelang ataupun keluarga Mrd buat kenduri.
Resepi ni boleh dikatakan Mrd belajar daripada mak dan kakak Mrd. 

Jangan lupa sokong dan subscribe YouTube Channel Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai. Terima kasih.





Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan kisar
  • Bawang merah (5-6 ulas)
  • Bawang putih (5-6 ulas)
  • Halia (3 cm)
  • Serai (1 batang)
Bahan lain
  • Ayam (1 kg) dilumurkan kunyit dan garam
  • Cili boh (300 ml)
  • Kulit kayu manis (1 batang)
  • Bunga lawang (2 kuntum)
  • Bawang besar (1 biji)
  • Gula (Secukupnya)
  • Maggi Cukup Rasa (Secukupnya)
  • Sos cili (3-5 sudu)
  • Minyak masak untuk menggoreng ayam dan menumis.


Cara-cara memasak ayam masak merah:
  1. Goreng terlebih dahulu ayam yang telah dilumurkan kunyit dan garam. Goreng ayam tersebut sekejap sahaja (separuh masak). Angkat ayam tersebut dan ketepikan terlebih dahulu.
  2. Panaskan minyak (secukupnya) untuk menumis bahan kisar dan rempah. Tumis bahan kisar dan kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan cili boh, sos cili, gula dan Maggi cukup rasa dan gaul hingga sebati. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah mengikut kehendak anda.
  5. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar. Gaul hingga hirisan bawang besar layu. 
  7. Ayam masak merah sedia untuk dihidang.



Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK







Resepi-resepi lain:






  

Thursday, August 24, 2017

LIVE STREAMING BADMINTON KEPTUSAN FINAL / AKHIR BERPASUKAN LELAKI MALAYSIA vs INDONESIA SUKAN SEA 2017


Final Berpasukan Lelaki Badminton SUKAN SEA 2017 di antara Malaysia dan Indonesia. Siapakah yang bakal menjuarai berpasukan lelaki tahun ini sama-sama kita saksikan.

Untuk live streaming klik link ini https://www.youtube.com/watch?v=E2Qps6I3K2w

Monday, August 21, 2017

LIVE STREAMING KEPUTUSAN & JADUAL BOLA SEPAK MALAYSIA SUKAN SEA 2017


Live streaming Malaysia menentang Myanmar pada 21 Ogos 2017, 8.45 PM.

Untuk live streaming klik DI SINI

Punca Skuad Sepak Takraw Wanita Indonesia Menarik Diri Sukan SEA KL 2017


Skuad Sepak Takraw Regu Wanita Indonesia telah menarik diri dalam perlawanan menentang Malaysia di Sukan SEA KL 2017 ini. Puncanya adalah disebabkan tidak berpuasa hati dengan beberapa keputusan pegawai perlawanan. Berikut merupakan petikan berita daripada stadium Astro - Astro Arena (20 Ogos 2017).

Gara-gara tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pegawai perlawanan, Indonesia mengambil keputusan keluar gelanggang ketika menentang Malaysia dalam acara sepak takraw regu wanita Sukan SEA Ke-29 di Stadium Tertutup Titiwangsa, malam ini.

Selepas Malaysia memenangi set pertama 22-20, Indonesia kelihatan tertekan walaupun mendahului set kedua 16-10 kerana beberapa kali servis tekongnya dibatalkan pegawai perlawanan.

Ketika perlawanan rancak berlangsung pada kedudukan itu, pegawai perlawanan, Mohd Radhi Che Mei dari Singapura, sekali lagi menyalahkan tekong itu, sekaligus membawa keputusan regu Indonesia untuk keluar gelanggang dan enggan meneruskan perlawanan.

Sekalipun perbincangan diadakan dengan pengadil beberapa kali memanggil mereka masuk ke gelanggang semula, kem Indonesia tetap dengan keputusan itu dan kelihatan jurulatihnya, Asry Syam, berang sambil berlalu pergi.

Tindakan tersebut menghadiahkan Malaysia kemenangan percuma untuk meraih dua mata, dan menjadikan pingat perak dalam genggaman skuad bimbingan Mohd Fikri Mohd Nor.

Sekiranya Malaysia menumpaskan juara bertahan, Thailand, dalam perlawanan ketiga esok, skuad negara merangkul pingat emas acara regu wanita.

Terdahulu hari ini, Malaysia yang membariskan Nor Farhana Ismail, Siti Nor Suhaida Jafri dan Nurul Izzatul Hikmah Md Zulkifli menewaskan Filipina 21-13, 21-17 dalam tempoh 53 minit.

Acara regu wanita ini hanya disertai empat negara, iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Dengan menggunakan format liga sepusingan, setiap kemenangan akan meraih dua mata dan kutipan tertinggi akan menentukan kedudukan pingat.

Untuk rekod, dalam Sukan SEA di Singapura dua tahun lalu, Malaysia berkongsi pingat gangsa dengan Vietnam, sementara Thailand dan Myanmar masing-masing meraih emas dan perak. Sumber Stadium Astro by Astro Arena


  • Untuk KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT SUKAN SEA 2017 klik DI SINI
  • Untuk CARA SEMAK & MEMOHON WANG TAK DITUNTUT (WTD) klik DI SINI

Saturday, August 19, 2017

SUKAN SEA 2017 Senarai Kedudukan Pungutan Pingat Malaysia Terkini

KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT SUKAN SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017
MALAYSIA, SINGAPURA/SINGAPORE, INDONESIA, BRUNEI





Sukan Asia Tenggara 2017, dikenali secara rasminya sebagai Sukan Asia Tenggara ke-29 dan secara umumnya sebagai Kuala Lumpur 2017 merupakan temasya sukan berperingkat rantau asia tenggara yang akan diadakan di Kuala LumpurMalaysia dari 19hb hingga 30hb Ogos 2017. Ia akan menjadi kali keenam Sukan Asia Tenggara itu diadakan di Malaysia, selepas tahun 1965197119771989 dan 2001. Apabila Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan Asia Tenggara pada tahun 2017, ia akan menjadi 16 tahun selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan dwi-tahunan tersebut. -Sumber Wikipedia-



Kedudukan Pungutan pingat akan dikemaskini dari masa ke masa.


  • Untuk KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT TERKINI SUKAN SEA KL 2017 klik DI SINI
  • Untuk Cara Semak dan Tuntut Wang Tidak Dituntut klik DI SINI

Wednesday, August 16, 2017

KEPUTUSAN BOLA SEPAK SUKAN SEA KL 2017 MALAYSIA vs SINGAPURA


Harini ini, Rabu merupakan perlawanan di antara pasukan kebangsaan menentang Singapura yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor bermula pada jam 8.45 malam.

Berikut merupakan keputusan perlawanan ke 2 kumpulan A untuk acara bola sepak Sukan SEA 2017, pasukan Malaysia menentang Singapura.

Malaysia 2-1 Singapura
37' Amiruldin
68' Nor Azam
74' Thanavalan

Pada minit ke 37, pasukan Singapura/ Singapore berjaya menjaringkan gol sekaligus mendahului Malaysia 0-1. Namun, pada separuh masa ke-2 di minit ke 68 Nor Azam berjaya menjaringkan gol penyamaan 1-1 dan 6 minit kemudian, Thanavalan pula menambah lagi satu jaringan buat pasukan Malaysia untuk mendahului 2-1. Kedudukan 2-1 kekal sehingga masa perlawanan tamat.


Penaja