Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Monday, June 3, 2019

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah dan Ringkas








Assalamualaikum semua. Harini merupakan hari ke-29 kita sebagai umat Islam berpuasa. Pejam celik, pejam celik dah nak ke penghujung Ramadan. Rasa sedih lah pulak, mudah-mudahan segala amal ibadat kita diterima oleh Allah S.W.T. InshaAllah malam ini akan diumumkan bilakah tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. 

Oklah, harini saya nak berkongsi resepi ayam masak kicap. Untuk resepi ayam masak kicap ni saya suka tambahkan kentang. Resepi ni versi saya, mungkin berbeza dengan resepi-resepi ayam masak kicap yang lain. Sebelum ni saya pernah berkongsi resepi Asam Pedas Ayam. Kepada para pengunjung yang nak melihat resepi versi saya bolehlah lihat di sini.



Bahan-bahan Ayam Masak Kicap

  1. Ayam - 1 kg (di potong -potong)
  2. Kentang - 3 biji 
  3. Bawang merah - 5 ulas
  4. Bawah putih - 5 ulas
  5. Halia - 2 inci
  6. Bawang besar - 1 biji (saiz sederhana)
  7. Kicap - 4 atau 5 sudu
  8. Sos tiram - 3 sudu
  9. Maggi cukup rasa - 2 atau 3 sudu kecil
  10. Gula - 1 sudu makan
  11. Air - secukupnya
  12. Minyak - secukupnya

Cara-cara memasak Ayam Masak Kicap
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk lumat. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam dan kentang yang telah dipotong-potong dan gaul hingga sebati. Biarkan dalam 2 hingga 3 minit.
  • Kemudian, tambahkan kicap, sos tiram dan sedikit air. Gaul hingga sebati.

  • Tambahkan Maggi cukup rasa dan gula untuk mengimbangi rasa. Kemudian, masukkan bawang besar yang telah dihiris-hiris dan kacau rata.
  • Masak sehingga ayam dan kentang betul-batul masak dan sedia untuk dihidang.



Info tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK



Sunday, May 26, 2019

Live Streaming Keputusan Final Piala Sudirman 2019 China vs Jepun




Pada edisi Piala Sudirman 2019 kali ini, China juara 10 kali bakal menentang Jepun di peringkat Final.  Jepun yang juga pasukan pilihan pertama berjaya meengalahkan Indonesia di semi final 3 - 1. Manakala, China menewaskan Thailand 3 - 0.

Berjayakah China menebus kekalahan mereka di final pada edisi yang lalu 2017 terhadap Korea, di mana Korea menang 3 - 2. Sama - sama kita saksikan.


Berikut merupakan barisan pemain pasukan China dan Jepun yang akan beraksi di final. Perlawanan akan bermula pada jam 1.00 pm waktu Malaysia.


Live streaming Final Piala Sudirman 2019 China vs Jepun






Saturday, May 25, 2019

Live Streaming Indonesia vs Jepang/Jepun Semifinal Piala Sudirman 2019




Saksikan live streaming atau siaran langsung Semifinal Piala Sudirman 2019 (25/5/2019). Indonesia vs Jepang akan bermain pada sore nanti dipartai kedua pada pukul 17.00 WIB.

Jangan lupa saksikan live streaming atau siaran langsung semi final Piala Sudirman 2019. Indonesia vs Jepun akan mula bermain petang nanti pada jam 6.00 petang.



Live streaming semifinal Piala sudirman 2019 yang berlangsung di Nanning, China, pertandingan bisa diakses pada tautan berikut:/Live streaming semifinal Piala Sudirman 2019 yang berlangsung di Nanning, China, perlawanan boleh diakses pada pautan berikut:

Thursday, May 23, 2019

Live Streaming Keputusan Suku Akhir Malaysia vs Japan Badminton Piala Sudirman 2019


Pasukan Malaysia berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Sudirman 2019 setelah berjaya menewaskan India di peringkat kumpulan. Malaysia akan bertemu dengan pasukan pilihan pertama iaitu Jepun. Perlawanan suku akhir di antara Malaysia dan Jepun akan berlangsung pada esok hari, 11 pagi waktu Malaysia 24 Mei 2019.


Berikut merupakan jadual perlawanan semua pasukan yang layak ke peringkat suku akhir.


Senarai pemain Malaysia yang diturunkan bagi perlawanan suku akhir menentang Jepun.

Perlawanan pertama, beregu negera Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi akan menentang beregu Jepun, Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda. Berdasarkan rekod pertemuan beregu Malaysia mendahului 2 - 0. Berdasarkan rekod pertemuan ini, beregu negara kita dilihat dapat menewaskan beregu Jepun ini.


LIVE STREAMING SUKU AKHIR BADMINTON PIALA SUDIRMAN 2019 MALAYSIA VS JEPUN



Tuesday, May 21, 2019

Live Streaming Keputusan Badminton Piala Sudirman 2019 Malaysia vs India

 

21 Mei 2019 - Malaysia akan menentang India (Peringkat kumpulan)
    • Bermula jam 11 am (waktu Malaysia) Court 1 (TV)
    • Malaysia vs India Badminton Piala Sudirman 2019
  • Berikut merupakan barisan pemain Malaysia yang akan diturunkan untuk menentang pasukan India. 




Live Streaming dan Live TV Piala Sudirman 2019 



Keputusan Penuh Piala Sudirman 2019 Kumpulan 1D Malaysia vs India




Malaysia telah berjaya menewaskan pasukan India dengan kutipan mata, Malaysia 3 dan India 2. Perlawanan bagi beregu campuran, pasukan Malaysia tewas di set penentuan. Pada awalnya pasukan Malaysia dilihat mampu memenangi perlawan itu namun nasib tidak memihak kepada beregu Malaysia, Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie apabila tewas 24 - 22 di set penentuan.

Cabaran diteruskan oleh pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia menentang Sameer Verma. Lee Zii Jia berjaya menyumbangkan mata penyamaan dengan India 1 - 1 setelah menang dalam perlawanan 2 set 21 -13 dan 21 - 15.

Namun, India kembali mendahului Malaysia setelah pemain perseorangan India, Pusarla V. Sindhu menewaskan Goh Jin Wei dalam 2 set 21 - 12 dan 21 - 8. Malaysia kembalikan menyamakan kedudukan apabila gandingan beregu lelaki negara Aaron Chia dan Teo Ee Yi menang dalam 2 set 22-20 dan 21-19. Perlawanan di antara beregu wanita Malaysia dan India adalah perlawanan penentuan. Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean berjaya menewaskan beregu India, Ashwini Ponnappa dan Reddy N. Sikki, 21 -11 dan 21-19. Pasukan Malaysia berjaya mnewaskan pasukan India 3 -2. Jika India tewas menentang China pada perlawanan seterusnya, pasukan negara secara automatik akan mara ke peringkat suku akhir Piala Sudirman 2019. 





Saturday, May 18, 2019

Keputusan Terkini Live Streaming Badminton Piala Sudirman 2019 Malaysia


Piala Sudirman ialah sebuah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu; perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI). Kejohanan pertama berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989.
Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini ditawarkan buat para pemain. Mereka hanya bermain sekadar mengharumkan nama negara yang diwakili dan juga memperoleh mata ranking dunia BWF.
Piala ini ditaja oleh PT Aqua Golden Mississippi Tbk, syarikat air galian Indonesia, yang semenjak 2000 bernaung dalam kumpulan Danone.
Pada edisi kali ini, edisi ke-16 skuad badminton negara akan dibarisi oleh pemain muda. Piala Sudirman kali ini diadakan di Nanning, China bermula pada 19 Mei 2019 sehingga 26 Mei 2019. Edisi kali ini, Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan 1D bersama China iaitu juara sepuluh kali Piala Sudirman. Selain itu, India berada dalam kumpulan yang sama 1D iaitu pasukan ke-8 terbaik dunia berbanding Malaysia pasukan terbaik ke-9 dunia.


Jadual Keputusan Malaysia Badminton Piala Sudirman 2019

  1. 19 Mei 2019 - Malaysia akan menentang China (Peringkat kumpulan)
    • Bermula jam 6 pm (waktu Malaysia) Court 1 (TV)
    • Malaysia vs China Badminton Piala Sudirman 2019

  1. 21 Mei 2019 - Malaysia akan menentang India (Peringkat kumpulan)
    • Bermula jam 11 am (waktu Malaysia) Court 1 (TV)
    • Malaysia vs India Badminton Piala Sudirman 2019

Live Streaming dan Live TV Piala Sudirman 2019 



Tuesday, May 7, 2019

Resepi Nasi Goreng Bujang Style Mudah dan Ringkas




Assalamualaikum semua. Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Alhamdulillah sekarang dah masuk hari yang kedua umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang sebelumnya. Alhamdulillah kelmarin Mrd bersahur dengan rakan serumah Mrd. Kami bercadang nak masak nasi goreng untuk sahur kelmarin. Jadi rakan serumah Mrd siap-siap masak nasi malam tu untuk masak nasi goreng. Then, memandang malam tu kitaorang bosan dan kiranya kitaorang freelah, jadi kami goreng terus nasi tu. Kira-kira dalam jam 11.00 pm kitaorang goreng nasi tu. Jadi sahur nanti kami tak perlu susah-susah nak masak dan telur pun kami goreng siap-siap. Memandangkan kawan Mrd orang asal Terengganu, dia banyak stok kerepok lekor keping. Jadi kami goreng keropok tu untuk dimakan bersama nasi goreng. Memang sangat-sangat sedap kombinasi nasi goreng, telur goreng mata dan keropok lekor keping.

Okay, jadi harini Mrd nak berkongsi resepi nasi goreng bujang style Mrd. Resepi ni mudah dan ringkas saja. Mari Mrd kongsikan bahan-bahan yang diperlukan untuk resepini dan cara-caranya.


Nasi Goreng Bujang Style


Bahan-bahan
  1. Nasi sejuk - 1 periuk (kitaorang masak dalam 3 cawan kecil)
  2. Bawang merah - 3 ulas (ditumbuk)
  3. Bawang putih - 3 ulas (ditumbuk)
  4. Bawang besar - 1 biji (dihiris-hiris kecil)
  5. Telur - sebiji
  6. Ikan bilis - dalam 1 genggam.
  7. Serbuk lada hitam - secukupnya
  8. Minyak masak- secukupnya
  9. Maggi Cukup Rasa - secukupnya



Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan dahulu. 
  2. Gunakan kuali dan minyak masak yang sama tetapi kurangkan minyak masak untuk menumiskan. Kemudian, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat serta bawang besar yang telah dihiris-hiris sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan telur dan gaul sehingga rata.
  4. Seterusnya, masukkan nasi sejuk dan gaul sehingga rata.
  5. Tambahkan serbuk lada hitam dan Maggi Cukup Rasa dan gaul hingga sebati.
  6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul hingga sebati.
  7. Setelah itu, matikan api dan nasi goreng sedia untuk dihidang.
  8. Boleh dihidang bersama telur goreng mata dan keropok lekor keping.



Sunday, May 5, 2019

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi




Assalamualaikum semua. Semoga sihat-sihat belaka kepada pengunjung blog Mrd ni. InshaAllah esok kita akan mula berpuasa. Mesti ramai yang pening nak masak apa untuk sahur dan berbukakan? Ok harini Mrd nak berkongsi resepi ayam masak lemak cili padi yang Mrd belajar daripada kawan Mrd seasa menyambung pengajian di IPTA. Maklumlah dulu masa belajar, Mrd suka masak dengan kawan-kwan di IPTA. Lagi-lagi bila Mrd dan kawan-kawan menyewa rumah berdekatan universiti sebab kena'tendang' oleh kolej kediaman, hahahaha.

Resepi ayam masak lemak cili padi ni antara makanan kegemaran Mrd. Tapi tulah tak boleh nak makan selalu, kena beringat jugak kalau makan makanan bersantan ni..hehhe. Bahan-bahan untuk resepi ni mudah saja tak complicated. Sangat sesuai dimasak oleh para bujang di luar sana. Untuk resepi masak lemak cili padi ni mengikut tekak dan cara Mrd. Mungkin tak sama dengan resepi asal atau original masak lemak cili padi.


Ayam Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan untuk ayam
  1. Ayam - 1 kg bahagian paha
  2. Serbuk kunyit - secukupnya
Bahan untuk ditumbuk/dikisar
  1. Bawang merah - 2 ulas
  2. Bawang putih - 2 ulas
  3. Kunyit hidup - 1 inci
Bahan-bahan lain
  1. Serai - 1 atau 2 batang
  2. Daun kunyit - 1 helai (dihiris halus-halus)
  3. Cili merah - 6-10 batang (dihiris -hiris) *mengikut kepedasan yang anda nak
  4. Santan kotak - 200 ml
  5. Maggi Cukup Rasa - secukupnya
  6. Air - dalam 200 ml

Cara-cara memasak
  1. Masukkan ayam yang telah dipotong-potong dan diperap dengan serbuk kunyit ke dalam kuali yang telah dihidupkan api perlahan.
  2. Kacau rata dan masak ayam sehingga ayam separuh masak.
  3. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar dan kacau bahan kisar bersama ayam sehingga rata.
  4. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  5. Selepas itu, tambahkan santan dan gaul rata. 
  6. Tambahkan Maggi Cukup Rasa, serai, cili padi dan daun kunyit dan gaul rata.
  7. Kemudian, kecil kan api dan biar sehingga kuah menjadi pekat dan minyak dah naik.
  8. Matikan api dan ayam masak lemak cili padi sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba semuanya.

Saturday, May 4, 2019

Live Streaming Semi Final Goh V Shem & Tan Wee Kiong vs Mohammad Ahsan & Hendra Setiawan New Zealand Badminton Open 2019




Credit to The Star Online

Badminton Terbuka New Zealand berlangsung pada 30 April sehingga 5 Mei 2019 merupakan HSBC BWF World Tour Super 300 dan jumlah wang kemenangan adalah USD 150,000/RM621,375. Pada harini merupakan semi final bagi terbuka ini. Malaysia mempunyai 2 wakil di semi final iaitu Chan Peng Soon/Goh Liu Ying bagi Beregu Campuran dan Goh V Shem/Tan Wee Kiong bagi beregu lelaki. Chan Peng Son/Goh Liu Ying (pilihan ke-2) telah berjaya mara ke peringkat final setelah menewaskan beregu daripada Indonesia, Hafiz Faizal/Gloria Emanuelle Widjaja yang merupakan pilihan ke-4 dalam acara ini. 

Perlawanan semi final New Zealand Badminton Open 2019 bagi beregu lelaki di antara beregu Malaysia iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menentang Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan akan berlangsung 2.40 pm waktu Malaysia. Sama-sama kita saksikan siapakah yang bakal melangkah ke peringkat akhir.

Untuk menonton live streaming KLIK DI SINI

Thursday, May 2, 2019

Resepi Sup Ayam Sedap dan Ringkas




Assalamualaikum semua. Tak sedarkan pejam celik, pejam celik tahun ni dah masuk bulan Mei dan dalam beberapa hari lagi bulan Ramadan akan tiba. Moga-moga Ramadan kali ini kita akan mempertingkatkan amal ibadat kita. Selalunya, kalau bulan Ramadan ni orang bujang Mrd ni selalu pening nak masak apa untuk berbuka dan sahur. Maklumlah orang bujang lagi-lagi masih bergelar seorang pelajarkan, nak beli makanan dekat luar hari-hari pun susah jugak sebab harga makanan sekarang agak mahal. Jadi Mrd kalau bulan puasa ni, Mrd suka masak. Kalau tahun lepas, Mrd memang selalu masak untuk berbuka dan bersahur, alhamdulillah memang dapat jimat. Ok, harini Mrd nak kongsi resepi yang ringkas, Sup Ayam. Resepi ni mudah saja, main campak-campak saja bahannya ke dalam periuk, hehehe. 

Bahan-bahan
  1. Ayam -  1/2 kilogram
  2. Ketang - 3 biji
  3. Lobak - 1 biji
  4. Halia - seinci
  5. Bawang merah - 3 ulas
  6. Bawang putih - 3 ulas
  7. Bawang besar - 1 biji (saiz sederhana)
  8. Sup bunjut - 1 
  9. Maggi Cukup Rasa - secukupnya
  10. Air - secukupnya
  11. Minyak masak - sedikit sahaja



Cara-cara

  1. Panasakan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk atau dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong-potong. Gaul-gaulkan dan biarkan dalam 2 ke 3 minit. 
  3. Masukkan air dan kacau rata. Kemudian, masukkan sup bunjut dan bawang besar yang telah dihiris-hiris dan kacau rata.
  4. Seterusnya, masukkan kentang dan lobak yang telah dipotong-potong. Masukkan Maggi cukup rasa dan kacau rata.
  5. Reneh sup tersebut sehingga ayam, kentang dan lobak masak.
  6. Setelah masak, sup ayam sedia untuk dihidang. 
  7. Anda boleh taburkan sup ayam ini dengan bawang goreng dan daun sup. (pilihan)


Saturday, April 6, 2019

Live Streaming Semi Final Badminton Malaysia Open 2019 Tan Kian Meng/Lai Pei Jing vs Wang Yilyu/Huang Dongping


Semi Final Terbuka Malaysia 2019 bagi acara beregu campuran, wakil Malaysia Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing akan menentang pemain dari China,Wang Yilyu dan Huang Dongping beregu pilihan kedua kejohanan yang telah menumpaskan beregu campuran negara pada peringkat suku akhir iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dalam 3 set yang sangat-sangat sengit.


Semoga hari ini Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing dapat memberikan permainan yang sangat baik dalam menentang beregu daripada China ini. Semoga mereka dapat melayakkan diri ke Final Terbuka Malaysia esok

Untuk menonton siaran langsung/live streaming semi final Terbuka Malaysia boleh klik link-link di bawah.

1) Badvidliv
2) Youtube - BadmintonWorld.tv
3) Youtube - Ba Malaysia


Thursday, March 28, 2019

Semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) Bujang 2019


  • Pembayaran BSH 2019 Sebanyak RM100 secara one – off bagi Kategori Bujang akan dibayar mulai 28 Mac 2019. Semakan status kelayakan boleh dibuat pada Menu Semakan Penerima Bujang. Pembayaran berkenaan akan dilakukan berdasarkan maklumat BSH 2018 seperti berikut:

Ada Akaun - Pengkreditan ke akaun pemohon berdasarkan maklumat akaun bank yang didaftarkan semasa Permohonan BSH 2018

Tiada Akaun – Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan Surat Makluman BSH 2019 yang akan diposkan kepada pemohon



  1. Cara membuat semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Bujang, sila tekan di sini
  2. Bagi semakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT), sila tekan di sini


Monday, March 4, 2019

Resepi Sup Telur Dadar Sedap dan Mudah




Resepi Sup Telur Dadar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Siapa di antara pengunjung blog Mrd yang pernah makan sup telur dadar? Resepi ni ringkas dan mudah untuk dimasak. Sesuai untuk dimasak oleh bujang macam Mrd ni. Jimat masa dan tenaga, resepi ni main campak-campak saja, hehehe. Kepada yang belum pernah makan masakan ni bolehlah cuba masak, InshaAllah tidak mengecewakan. Makan dengan nasi pun sedap, kalau ada yang nak makan dengan bihun pun boleh, jadi bihun sup telur dadar. Mrd akan kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk memasak.

Bahan-bahan:

Bahan untuk telur dadar: 
  1. Telur - 4 biji
  2. Maggi cukup rasa - secukupnya
  3. Lada hitam - secukupnya
  4. Minyak - secukupnya

Bahan-bahan untuk sup:
  1. Sup bunjut - 1 
  2. Bawang merah - 3 ulas
  3. Bawang putih - 4 ulas
  4. Halia - 2 inci
  5. Kentang - 2 biji
  6. Lobak - 1 biji
  7. Maggi cukup rasa - secukupnya
  8. Gula - 1 sudu kecil
  9. Air - 600 ml
*minyak untuk buat telur dadar dan menumis bawang dan halia.




Cara-cara memasak:
  1. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan lada hitam dan Maggi cukup rasa. Kacau hingga sebati.
  2. Panaskan minyak untuk membuat telur dadar. Masak telur dadar hingga kuning kecoklatan. Setelah telur dadar siap, hiris-hiris telur dadar dan ketepikan.
  3. Untuk membuat supnya pula. Panasakan sedikit minyak untuk menumis bawang dan halia. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris-hiris sehingga naik bau.
  4. Kemudian, tambahkan air dan masukkan sup bunjut. Masukkan kentang dan lobak yang telah dipotong-potong.
  5. Tambahkan Maggi cukup rasa dan gula bagi mengimbangi rasa. Reneh sup sehingga kentang dan lobak betul-betul masak.
  6. Setelah lobak dan kentang masak, masukkan telur dadar yang telah hiris-hiris tadi.
  7. Reneh sup dalam 2 hingga ke 3 minit dan angkat sup. Sup sedia untuk dihidang.




Penaja