Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Monday, March 9, 2020

Resepi Cheddar Cheese Corn Dog



Assalamualaikum semuanya. Harini saya nak kongsikan cara-cara membuat corn dog. Corn dog ni antara makanan yang viral dan Corn dog ni pun memang makanan kegemaran saya. Untuk resepi ni saya gunakan Cheddar Cheese, tapi kalau anda nak gantikan dengan Mozzarella Cheese pun boleh. Untuk resepi yang saya kongsikan ini boleh buat dalam 6-8 corn dog.

Bahan-bahan:

Adunan tepung:
  1. Tepung naik sendiri - 1 cawan
  2. Telur - 1 biji
  3. Gula -1 sudu makan
  4. Garam - 1 sudu kecil
  5. Air- 1/4 cawan

Bahan-bahan lain
  1.  Sosej - 3@4 batang
  2.  Cheddar Cheese - secukupnya
  3.  Cucuk sate - untuk cucuk sosej dan Cheddar Cheese

Cara-cara membuat Cheddar Cheese Corn Dog boleh lihat di Youtube saya Mrd's Kitchen 

Selamat mencuba semuanya. Terima kasih.



Thursday, March 5, 2020

Men's Doubles BWF World Ranking 2020


The BWF World Ranking is the official ranking of the Badminton World Federation for badminton players who participate in tournaments sanctioned by Badminton World Federation. It is used to determine the qualification for the World Championships and Summer Olympic Games as well as BWF World Tour tournaments.


The world number one for Men's doubles is Marcus Fernaldi Gideon and Kevin Sanjaya Sukamuljo (Indonesia) with the points 104,453. While, Hendra Setiawan and Mohammad Ahsan (Indonesia) at the rank two and Li Jun Hui and Liu Yu Chen (China) at the rank three with 101,757 points and 82,930 points respectively.

The latest Top 25 Men's Doubles Ranking 2020 as shown in the figure below.





Latest Men's Single BWF World Ranking click HERE

Saturday, February 29, 2020

Men's Single BWF World Ranking 2020


The BWF World Ranking is the official ranking of the Badminton World Federation for badminton players who participate in tournaments sanctioned by Badminton World Federation. It is used to determine the qualification for the World Championships and Summer Olympic Games as well as BWF World Tour tournaments.

The latest Top 15 Men's Single Ranking 2020 as shown in the figure below.





For latest Men's Doubles BWF World Ranking 2020 click HERE

Saturday, February 22, 2020

Live Streaming Semi Final Aaron Chia Soh Wooi Yik vs Kim Astrup Anders Skaarup Rasmussen Barcelona Spain Masters 2020


Wakil beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya melangkah ke semi final Barcelona Spain Masters 2020. Mereka menundukkan beregu daripada Jerman, Mark Lamfuss dan Marvin Seidel dengan mata 21-18 dan 21-13 dalam masa 30 minit perlawanan. 



Di peringkat semi final, beregu negara akan menentang beregu daripada Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen. Satu lagi wakil negara di peringkat semi final iaitu Liew Darren, perseorangan negara tewas di tangan Viktor Axelsen, 21-10 dan 21-19.Berikut merupakan jadual perlawanan bagi semi final Barcelona Spain Masters 2020. 




Untuk menonton live streaming klik link di bawah.



Thursday, February 20, 2020

Jawatan Kosong 2020 Pegawai Pertanian Gred G41 dan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 di Jabatan Pertanian Malaysia


Jabatan Pertanian sedang mencari calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:

1) Pegawai Pertanian Gred G41
2) Penolong Pegawai Pertanian Gred G29

Lokasi kekosongan: Seluruh Negeri
Tarikh tutup permohonan: 26 Februari 2020 (Rabu - jam 11.59 malam)




Syarat Kelayakan dan Syarat Bahasa Melayu

Pegawai Pertanian Gred G41
  • Ijazah Sarjana Muda Sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklag memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.




Penolong Pengawai Pertanian Gred G29
  • Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklag memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.



Cara Permohonan

  • Calon-calon perlulah membuat permohonan secara dalam talian di Portal SPA
  • Bagi pemohon kali pertama, sebelum membuat permohonan calon-calon haruslah membuat akaun di Portal SPA dan kemudian mengisi segala maklumat yang diperlukan ke dalam sistem pendaftaran permohonan SPA.
  • Bagi calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Semua calon disarankan untuk merujuk iklan penuh jawatan kosong di Jabatan Pertanian Malaysia sebelum membuat permohonan. 

Sunday, February 16, 2020

Live Streaming Final Men's Team Malaysia vs Indonesia Badminton Asia Team Championships 2020


Pasukan negara layak ke peringkat final Badminton Asia Team Championships 2020 setelah menumpaskan Jepun 3-0 di semi final. Lawan yang bakal pasukan negara temui adalah Pasukan Indonesia. Pasukan Indonesia berjaya ke final apabila menundukkan India 3-2.



Berikut merupakan senarai pemain yang akan beraksi di peringkat final bagi pasukan Malaysia dan Indonesia. 



Perlawanan final Badminton Asia Team Championships 2020 di antara Malaysia dan Indonesia akan bersiaran pada 4.00 pm hari ini.

Live TV

  • Astro Arena CH 801/Astro Arena CH 802HD
  • Astro Supersports CH 814 HD



Live Score Badminton Asia Team Championships 2020 Malaysia vs Indonesia klik di sini. 

Live Streaming Badminton Asia Team Championships 2020 Malaysia vs Indonesia klik link di bawah.


Saturday, February 15, 2020

Live Streaming Semi Final Men's Team Malaysia vs Japan Badminton Asia Team Championships 2020


Kejohanan Badminton Asia Berpasukan bagi tahun 2020, pasukan negara berjaya melangkah ke semi final bagi kedua-dua kategori berpasukan lelaki dan wanita. Pasukan wanita negara berjaya mara ke peringkat semi final setelah menewaskan Taiwan 3-1. Manakala, pasukan lelaki berjaya menundukkan pasukan daripada Korea dengan mata 3-0.



Di peringkat semi final, pasukan wanita negara akan bertemu dengan pasukan Jepun. Sebelum ini, pasukan wanita negara tewas tipis 2-3 dengan pasukan Jepun dalam peringkat kumpulan. Pasukan lelaki negara juga akan turun menentang Jepun di peringkat semi final.

Berikut merupakan para pemain yang akan turun menentang Jepun pada petang ini.



Sama-sama kita saksikan perlawanan di antara Malaysia dan Jepun. Kepada Rakyat Malaysia, mari sama-sama kita berikan sokongan kepada para pemain negara kita.

Live Score Badminton Asia Team Championships 2020 Men's Team klik di sini

Live streaming Badminton Asia Team Championships 2020 Men's Team Malaysia vs Japan klik di bawah.



Live Streaming Semi Final Women's Team Malaysia vs Japan Badminton Asia Team Championships 2020


Pada Kejohanan Badminton Asia Berpasukan bagi tahun 2020, pasukan negara berjaya melangkah ke semi final bagi kedua-dua kategori berpasukan lelaki dan wanita. Pasukan wanita negara berjaya mara ke peringkat semi final setelah menewaskan Taiwan 3-1. Mana kala, pasukan lelaki berjaya menundukkan pasukan daripada Korea dengan mata 3-0.



Di peringkat semi final, pasukan wanita negara akan bertemu dengan pasukan Jepun. Sebelum ini, pasukan wanita negara tewas tipis 2-3 dengan pasukan Jepun dalam peringkat kumpulan. Mampukah pasukan wanita negara menewaskan Jepun pada peringkat semi final ini? Sama-sama kita saksikan dan memberikan sokongan kepada para pemain.

Live Score Badminton Asia Team Championships 2020 Women's Team klik di sini

Live streaming Badminton Asia Team Championships 2020 Women's Team Malaysia vs Japan klik di sini

Friday, February 14, 2020

Live Streaming Quarter Final Malaysia vs Korea Badminton Asia Team Championships 2020


Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020 Suku Akhir sedang berlangsung bagi kategori lelaki iaitu Malaysia menentang Korean. Malaysia berjaya menjadi juara kumpulan selepas menewaskan Kazakhstan dan India.



Pada hari ini, pasukan Malaysia menurunkan Lee Zii Jia sebagai perseorangan pertama dan Cheam Jun Wei sebagai perseorangan kedua. Leong Jun Hao akan turun sebagai perseorangan ketiga. Bagi acara beregu pula, Aaron Chia dan Soh Woi Yik akan turun sebagai beregu pertama manakal Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin sebagai beregu kedua.

Siaran langsung perlawanan di antara Malaysia menentang Korea sedang berlangsung di ASTRO Arena 801 bermula 4 petang tadi.

Live Score Badminton Asia Championships 2020 di sini

Live Streaming Badminton Asia Championships 2020 Malaysia vs Korea klik di sini

Sunday, January 26, 2020

Live Streaming Ong Yew Sin Teo Ee Yi vs Huang Kai Xiang Liu Cheng Final Princess Sirivannavari Thailand Masters 2020




Pada hari ini akan berlangsung peringkat Final Princess Sirivannavari Thailand Masters 2020. Malaysia mempunyai satu wakil di peringkat final iaitu Ong Yew Sin Dan Teo Ee Yi beregu lelaki profesional negara. Mereka layak ke final setalah menumpaskan wakil daripada Taiwan.

Peringkat final ini mereka akan turun menentang beregu daripada China, Huang Kai Xiang dan Liu Cheng bagi merebut gelaran juara Thailand Masters 2020 kali ini. Beregu China tersebut berjaya mara ke final setelah menewaskan satu lagi wakil beregu lelaki professional negara di Semi final iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.


Semoga Ong Yew Sin Dan Teo Ee Yi berjaya menjuarai bagi kategori beregu lelaki Thailand Masters edisi kali ini. Edisi sebelum ini 2019, telah dijuarai oleh beregu negara Goh V Shem Dan Tan Wee Kiong. Dia beregu campuran negara, Tan Kain Meng  &  Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat & Lai Shevon Jemie telah tumpas di peringkat semi final sekaligus, Malaysia tidak dapat mempertahankan kejuaraan bagi beregu campuran 2019, yang dimenangi Oleh Chan Peng Soon Dan Goh Liu Ying.


Berikut merupakan jadual perlawanan bagi Final Princess Sirivannavari Thailand Masters 2020. 



Untuk menonton live streaming Final Princess Sirivannavari Thailand Masters 2020 klik DI SINI

Saturday, January 25, 2020

Live Streaming Goh V Shem Tan Wee Kiong vs Huang Kai Xiang Liu Cheng Semi Final Princess Sirivannavari Thailand Masters 2020


Pada hari ini akan berlangsung peringkat Semi final Princess Sirivannavari Thailand Masters 2020. Pasukan Malaysia mempunyai empat wakil di peringkat semi final ini iaitu dua beregu lelaki Dan dia beregu campuran. Bagi beregu lelaki yang akan beraksi di Semi final adalah Gon V Shem & Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin & Teo Ee Yi. Goh V Shem Dan Tan Wee Kiong akan turun menentang beregu daripada negara tembok besar China, Huang Kai Xiang Dan Liu Cheng. Mana kala, Ong Yew Sin Dan Teo Ee Yi akan menentang wakil daripada Taiwan, Lee Jhe-Huei Dan Yang Po-Hsuan. 

Beregu Campuran negara Tan Kian Meng Dan Lai Pei Jing akan menentang beregu daripada Indonesia yang juga beregu pilihan keempat, Hafiz Faizal Dan Gloria Emanuelle Widjaja. Manakala, Goh Soon Huat dan Lai Shevon Jemie akan turun menentang Marcus Ellis dan Lauren Smith, beregu daripada England. 

Bagi edisi Thailand Masters 2019, beregu campuran dan beregu lelaki menjadi milik beregu negara iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying (berggu campuran) serta Goh V Shem dan Tan Wee Kiong. Mampukan para pemain negara mempertahankan gelaran tersebut pada edisi 2020 kali ini. Mari sama-sama kita saksikan Dan berikan sokongan kepada para pemain negara. 

Berikut merupakan jadual perlawanan Semi final Princess Sirivannavari Thailand Masters 2020. 



Untuk menonton live streaming perlawanan semi final Princess Sirivannavari Thailand Masters 2020, sila klik link di bawah.


Perlawanan di Indoor Stadium Huamark 2

Saturday, January 18, 2020

PDRM Beri Diskaun Saman 50%, Pembayaran Secara Online Bermula 18 Januari 2020


Pembayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara dalam talian akan dilaksanakan dengan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus bermula dari 18 Jan hingga 1 Feb ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.
Beliau berkata tahun ini pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini.
“Tapi kali ini saya cuba beri diskaun istimewa iaitu sebanyak 50 peratus. Ini tidak pernah kami buat maka saya fikirkan ‘bayaran dalam talian’ yang tidak memerlukan anda semua berbaris sehingga berjam lamanya.
Anda semua boleh membuat pembayaran secara dalam talian dengan MyEg dan Rilex.com,” katanya pada sidang media khas sempena pencapaian 2019 dan perancangan 2020 PDRM di Bukit Aman di sini, hari ini.
Selain itu, Azisman berkata sejumlah 5,763 kes kemalangan maut telah dilaporkan pada tahun 2019 berbanding 5,870 kes pada 2018.
“Ini merupakan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) JSPT yang kami berjaya turunkan sebanyak 107 jumlah kemalangan maut, atau 1.8 peratus. Walaupun jumlah kecil tapi ini KPI kita, dan kami berharap jumlah ini semakin berkurang setiap tahun,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata seramai 1,503 pegawai dan anggota PDRM dikenakan tindakan oleh JIPS atas pelbagai kesalahan tatatertib pada tahun lepas.
“Daripada jumlah itu, seramai 110 yang dikenakan tindakan tatatertib membabitkan pegawai kanan manakala 1,393 lagi adalah anggota biasa.
“Selain itu, sebanyak 2,232 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan tatatertib dengan 898 daripadanya sudah diselesaikan,” katanya.
Zamri berkata sepanjang tahun lepas, pihaknya menerima sebanyak 3,773 aduan membabitkan aduan salah laku tatatertib dan kesalahan jenayah seperti peras ugut, penyalahgunaan dadah serta pelacuran melalui 16 saluran termasuk emel dan panggilan telefon.
Dalam perkembangan lain, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata PDRM berjaya menjimatkan sebanyak RM1.5 juta hasil penutupan sebahagian balai polis komuniti di seluruh negara.
Beliau berkata penutupan sebahagian balai polis komuniti adalah atas faktor kos sewaan yang tinggi dan keselamatan anggota.
— Sumber daripada BERNAMA

Cara Pembayaran Saman Secara Online

Anda boleh membuat Pembayaran Secara online di MyEg. Sebelum membuat pembayaran mesti mempunyai akaun MyEg.

Anda perlu membuat akaun MyEg terlebih dahulu. 

 Kemudian log in ke MyEg

Klik pada logo PDRM

Klik semak dan bayar saman PDRM

Masukkan nombor kad pengenalan anda untuk menyemak Saman PDRM. Selepas itu, senarai Saman Anda akan terpapar dan anda boleh membuat pembayaran saman tersebut secara online. 

Live Streaming Keputusan Aaron Chia Soh Wooi Yik vs Marcus Fernaldi Gideon Kevin Sanjaya Sukamuljo Semi Final Daihatsu Indonesia Masters 2020



Pada hari ini akan berlangsung peringkat Semi final Daihatsu Indonesia Masters 2020. Pasukan negara mempunyai dua wakil di peringkat semi final iaitu beregu lelaki Aaron Chia & Soh Wooi Yik dan beregu campuran Tan Kian Meng & Lai Pei Jing.


Aaron Chia & Soh Wooi Yik akan turun menentang jaguh nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon & Kevin Sanjaya Sukamuljo. Aaron Chia & Soh Wooi Yik layak ke semi final setelah menundukkan beregu senegara Ong Yew Sin & Teo Ee Yi, 28-26 dan 21-19. Manakala, Marcus Fernaldi Gideon & Kevin Sanjaya Sukamuljo menewaskan beregu muda negara Goh Sze Fei & Nur Izzudin, 21-13 dan 23-21.


Berikut merupakan jadual perlawanan bagi Semi final Daihatsu Indonesia Masters 2020.


Pelawanan di antara Aaron Chia & Soh Wooi Yik vs Marcus Fernaldi Gideon &  Kevin Sanjaya Sukamuljo dijangkakan akan bermula pada 8.00pm waktu Malaysia.

Untuk menonton Live Streaming, klik DI SINI (gunakan VPN) 

Penaja