Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Monday, July 10, 2017

Resepi Sambal Kuah Kacang - Mudah dan Sedap


Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Macam mana sambutan hari raya anda semua? Meriah. Dah berapa rumah terbuka yang korang dah pegi? Mesti sedap-sedap juadah rumah terbuka yang anda pegi kan. Kalau Mrd pegi rumah terbuka, paling excited kalau ada sambal kuah kacang dengan lontong. Mrd suka sangat makan kuah kacang ni, lagi lagi kalau makan dengan sate dan lontong, memang menambah sampai dua tiga kali. Mak Mrd dulu tukang masak kalau ada kenduri-kenduri kahwin di kampung Mrd. Time kecil dulu, mak Mrd pernah buat kuah kacang ni , memang teringat-ingat sampai sekarang ni. Mak Mrd juga dulu  suka masak daging kuah kacang time kenduri kahwin. Rindunya dengan masakan mak. Tapi sekarang mak dah tak sihat, so tak dapat dah nak merasakan makanan mak. Sekarang ni, tiba masanya kami adik beradik pula yang masak untuk Mak. Dapatlah kami berbakti untuk Mak. Alhamdulillah.  

Harini, Mrd nak berkongsi resepi sambal kuah kacang. Resepi ni mungkin tidak sama dengan resepi-resepi yang sedia ada. Sebab kadang-kadang Mrd ni masak ikut selera tekak Mrd. hehehe. Resepi yang ni Mrd tak letak santan. 

Okaylah ni bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sambal kuah kacang.

  1. Bawang merah - 4 ulas
  2. Bawang putih - 4 ulas
  3. Cili padi - 6-8 biji
  4. Cili boh - 200 ml
  5. Kacang - 150 gram
  6. Gula - 3 sudu
  7. Maggi Cukup Rasa - 2 sudu kecil
  8. Garam - 1 sudu kecil
  9. Minyak masak - Secukupnya
  10. Air - sedikit

Cara-cara membuat Sambal Kuah Kacang 
  1. Panasakan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau. 
  2. Kemudian, masukkan cili boh dan kacau sehingga sebati. 
  3. Masukkan kacang (digoreng terlebih dahulu) yang telah di kisar (jangan kisar terlalu halus) dan gaul hingga sebati.
  4. Tambahkan gula, garam dan Maggi Cukup Rasa untuk mengimbangi rasa. Kacau hingga sebati.
  5. Tambahkan air untuk mengubah kepekatan kuah mengikut kehendak anda. Kacau hingga sebati.
  6. Masak kuah kacang sehingga pecah minyak.
  7. Setelah sambal kuah kacang pecah minyak, matikan api dan sambal sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba. 






Saturday, July 8, 2017

Sambal Ikan Bilis & Kacang Mudah dan Sedap


Assalamualaikum semua. Rasanya tidak terlambat lagi kalau Mrd nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zabir Dan Batin kepada pengunjung-pengunjung blog Mrd. Hari selasa yang lepas Mrd dah kembali ke Universiti untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sebelum nak balik ke Sarawak ni, Mrd terfikir nak buat makanan yang boleh Mrd bawa dan tahan lama. Mrd pun teringat resepi Sambal Ikan Bilis Mak Mrd. Mrd pun buatlah Sambal Ikan Bilis & Kacang. Resepi ni adalah olahan daripada resepi Nak Mrd. Resepi yang ni lagi ringkas dan mudah. Jadi harini Mrd akan berkongsi resepi ni untuk anda semua.

Bahan A
  1. Ikan bilis 500 g
  2. Kacang 200 g

Bahan B (Kisar)
  1. Bawang merah 5-6 ulas
  2. Bawang Putih 5-6 ulas
  3. Halia - 2@3 inci
  4. Bawang besar 1 biji
  5. Cili boh 250ml
  6. Cili merah besar 3 biji
  7. Belacan 3 cm

Bahan C
  1. Gula 3-4 sudu (secukupnya)
  2. Garam 1 sudu (secukupnya)
  3. Maggi Cukup Rasa 3 sudu kecil (secukupnya)
  4. Minyak masak (secukupnya)

Cara-cara memasak Sambal Ikan Bilis & Kacang
  1. Panaskan minyak. Goreng Ikan Bilis Dan Kacang terlebih dahulu. Pastikan goreng ikan bilis sehingga betul-betul garing.  Setelah selasai menggoreng kedua-duanya, ketepikan.
  2. Kemudian, panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan B yang telah dikisar (kisar bahan-bahan ini sekali dengan cili boh, jadi anda tidak perlu menambahkan air semasa mengisar bahan B). Tunis sehingga naik bau.
  3. Setelah baik bau masukkan gula, garam dan maggi cukup rasa secukupnya. Kacau hingga sebati. 
  4. Masak sambal ini sehingga benar-benar pecah minyak. Setelah sambal sudah pecah minyak, masukkan kacang dan ikan bilis tadi. Gaul hingga sebati.
  5. Masak Sambal Ikan Bilis ini lebih kurang dalam 20 minit sambil di gaul hingga sebati.
  6. Setelah itu, matikan api dan sambal ikan bilis dan kacang sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba. 

Jangan lupa sokong dan Subscribe YouTube Channel Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai.













Sunday, June 18, 2017

KEPUTUSAN PENUH (RESULTS) FINAL BCA INDONESIA OPEN SUPERSERIES PREMIER 2017



Keputusan Penuh Final BCA Superseries Premier Terbuka Indonesia 2017


Beregu Wanita
Chen Qingchen/Jia Yifan (China) vs Chang Ye Na/Lee So Hee (Korea)
21-19, 15-21 & 21-10

Perseorangan Lelaki
Kidambi Srikanth (India) vs Kazumasa Sakai (Japan)
21-11 & 21-19

Perseorangan Wanita
Sayaka Sato (Japan) vs Sung Ji Hyun (Korea)
21-13, 17-21 & 21-14

Beregu Lelaki
Mathias Boe/Cartsen Mogensen (Denmark) vs Li Junhui/Liu Yuchen (China)
19-21, 21-19 & 18-21

Beregu Campuran
Zheng Siwei/Chen Qingchen (China) vs Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia)
20-22 & 15-21




Friday, June 16, 2017

Sambal Tumis Ikan Sardin Sedap dan Ringkas


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sekarang ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Semoga kita dapat meningkat amal ibadat kita pada 10 malam terkahir ini. Sekarang ni Mrd masih berada di Sarawak lagi, maklumlah tengah sambung belajar, lagi 4 hari Mrd akan balik ke Sabah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kalau ikutkan dah dekat setahun Mrd tak balik ke Sabah. Mrd tak sabar sangat-sangat nak balik raya tahun ni sebab rindu dengan Mak, adik-beradik dan anak-anak buah. Okay, harini sebenarnya Mrd nak kongsikan satu resepi ringkas iaitu Sambal Tumis Ikan Sardin. Memandangkan Mrd ni suka makan makanan yang agak pedas, jadi Mrd olah cara masak ikan sardin yang biasa. Untuk masak resepi ni, bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan
  1. Sardin dalam tin - 1@2 tin
  2. Bawang merah - 2 ulas
  3. Bawang putih - 2 ulas
  4. Bawang besar - 1 biji
  5. Cili boh - 5@6 sudu
  6. Maggi Cukup Rasa - 2 sudu kecil (secukupnya)
  7. Gula - 1 sudu  (secukupnya)
  8. Sedikit minyak untuk menumis
  9. Sedikit air

Cara memasak Sambal Tumis Ikan Sardin
  1. Tumbuk sehingga lumat bawang merah, bawang putih dan separuh bawang besar.
  2. Panasakan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk lumat tadi sehingga naik bau.
  3. Setelah itu, masukkan cili boh dan kacau hingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan ikan sardin dan sedikit sahaja kuah sardin dan gaul hingga sebati, Kemudian, tambahkan gula, Maggi cukup Rasa dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah mengikut kehendak anda.
  6. Masak kuah sehingga pecah minyak.
  7. Seterusnya, masukkan lebihan bawang besar yang telah dipotong-potong dan gaul hingga sebati.
  8. Setelah bawang besar sedikit layu, angkat dan Sambal Tumis Ikan Sardin sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba. 



Jangan lupa Subscribe danskong YouTube Channel saya, Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai. Terima kasih.

Saturday, June 3, 2017

Resepi Sambal Kentang Sedap dan Mudah


Assalam hari ni Mrd nak kongsikan cara-cara membuat sambal kentang yang sedap dan mudah. Alhamdulillah dah masuk seminggu kita menunai ibadah puasa untuk tahun ni. Sekarang ni Mrd masih belajar di sebuah IPTA dan berjauhan dengan family, jadi sepanjang bulan Ramadhan ni Mrd kena fikirlah apa yang nak dimasak untuk berbuka. Kadang-kadang Mrd beli makanan dekat bazar, tapi memandangkan nak berjimat, jadi kita kena masak jugalah. Maklumlah ekonomi sekarang tengah tak berapa nak stabil. Nak dijadikan cerita tadi, untuk buka puasa tadi Mrd lambat nak masak untuk berbuka. Mrd start masak untuk berbuka 30 minit sebelum berbuka, so kenalah masak masakan yang ringkas saja. Mujur kawan Mrd dah masak nasi, so tinggal nak masak lauk saja lagi. Mrd pun terfikir nak buat Sambal Kentang. Ini pertama kali Mrd masak Sambal Kentang ni. Sebenarnya resepini Mrd selalu masak untuk Sambal telur atau ayam, tapi kali ni Mrd gantikan dengan kentang pula. Resepi ni untuk hidangan 2@3 orang.

Jadi bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  1. Kentang - 3 biji
  2. Bawang merah - 3 ulas
  3. Bawang besar - 1 biji
  4. Cili boh - 7@8 sudu
  5. Maggi Cukup Rasa - 1 sudu
  6. Gula - 2 sudu
  7. Belacan - Sedikit sahaja 
  8. Minyak masak - Secukupnya
  9. Sedikit air

Cara-cara membuat Sambal Kentang

  1. Panasakan minyak dan goreng kentang yang telah dipotong-potong (mengikut kehendak anda).
  2. Goreng kentang sehingga berwarna keemasan. Kemudian, angkat kentang dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak di dalam kuali tadi, untuk menumis bawang merah dan bawang besar yang telah ditumbuk sehingga lumat. Tumis sehingga naik bau.
  4. Seterusnya, tambahkan cili boh dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan belacan, gula dan Maggi cukup rasa dan gaul hingga sebati.
  6. Anda boleh tambahkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah sambal (mengikut kehendak anda).
  7. Masak kuah sambal sehingga pecah minyak.
  8. Setelah kuah pecah minyak, masukkan kentang yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.
  9. Matikan api, dan Sambal Kentang pun sedia untuk dihidang.
*Anda juga boleh tambahkan bawang putih ke dalam bahan tumisan. Memandangkan Mrd dah kehabisan bawang putih, jadi Mrd hanya gunakan bawang merah dan bawang besar sahaja. Bagi yang suka lagi pedas, boleh tambahkan cili padi yang dihiris-hiris atau ditumbuk lumat.

Selamat mencuba semuanya. 



Friday, May 26, 2017

Resepi Ayam Masak Sos - Sedap dan Mudah


Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd dah tak update resepi dekat blog ni. Sebelum ni Mrd ada kongsikan resepi Sosej Masak Sos Cili Bujang Style dan untuk resepi ini anda boleh juga tukarkan dengan resepi yang akan saya kongsikan harini.  Harini Mrd nak kongsikan resepi ringkas Ayam Masak Sos. Anda boleh gantikan ayam dengan sosej, fishball atau apa-apa protein yang lain.

Kepada semua para pengunjung blog saya jangan lupa support dan Subscribe YouTube Channel Mrd's Kitchen. Terima masih. Antara video masakan yang lebih kurang dengan Resipi ni korang boleh jenguk di Channel YouTube saya iaitu Sambal Tumis Telur Rebus Goreng dan Resipi Ayam Masak Sos






Bahan-bahan:
  • Ayam - 3-4 ketul
Bahan yang ditumbuk/kisar
  • Bawang merah - 3 ulas
  • Bawang putih - 2 ulas
  • Bawang besar - 1 biji
Bahan yang dipotong/dihiris
  • Halia - 2 inci
  • Cili padi - 2 @ 3 biji
Bahan lain 
  • Sos cili - 4 @ 5 sudu
  • Sos tiram - 3 sudu
  • Air - sedikit
  • Minyak masak - secukupnya 
  • Garam - Secukupnya
  • Gula - secukupnya

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam terlebih dahulu. Goreng ayam sekejap sahaja (setengah masak). Kemudian angkat ayam tersebut.
  2. Gunakan sedikit (4-5 sudu) minyak menggoreng ayam tersebut untuk menumis bahan kisar (bawang merah, putih, dan besar). Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili dan halia yang telah dihiris-hiris. Kacau rata.
  4. Tambahkan sos cili dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  5. Tambah sedikit air dan kacau hingga sebati. Masukkan garam dan gula untuk mengimbangi rasa. Kacau rata.
  6. Masak kuah sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul hingga sebati.
  8. Angkat ayam setelah beberapa minit di dalam kuali dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba. Jika ada soalan, boleh ajukan dekat ruangan komen di bawah. Bolehlah juga kongsikan hasil resepi ini jika anda telah cuba masak resepi ni. :)

Anda juga boleh cuba resepi Asam Pedas Ayam versi Mrd.



Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK





Resepi-resepi lain:












Wednesday, August 3, 2016

RESEPI TELUR MASAK SOS BUJANG STYLE


Assalamualaikum semua. Lamanya sudah saya tak kongsikan resepi di blog ni. Maklumlah hidup seorang student, kadang kala sibuk memanjang sampai takda masa nak update blog saya ni. Saya ni bukanlah tukang masak yang hebat, cuma sekadar untuk berkongsi resepi-resepi ringkas saya, maklumlah masih bujang. Hehehe. Oklah harini saya nak berkongsi resepi yang juga sangat ringkas seperti resepi-resepi yang telah saya kongsikan dulu iaitu resepi Telur Masak Sos ataupun sesetengah orang panggil Telur Masak Merah. Resepi sangat mudah dan cuma mengambil masa dalam 20-25 minit untuk membuatnya. Itu anggaran amsa sayalah. hehehe. Oklah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ni seperti :

  1. Telur - 2 biji
  2. Bawang merah - 2 ulas
  3. Bawang putih - 2 ulas
  4. Bawang besar - 1 biji (kecil)
  5. Sos cili - 3 sudu
  6. Cili boh - 4 sudu
  7. Gula - Secukupnya
  8. Maggi Cukup Rasa - Secukupnya
  9. Air - Sedikit air (dalam 100 ml)
  10. Minyak masak - Sekucupnya

Langkah-langkah
  1. Mula-mula panaskan minyak dan goreng telur terlebih dahulu.
  2. Setelah siap menggoreng kedua-dua telur, letakkan ke dalam pinggan dan biarkan terlebih dahulu.
  3. Kemudian, panaskan minyak lagi dan tumis bawang merah (2 ulas), bawang putih (ulas) dan bawang besar (1/2 biji) yang telah ditumbuk sehingga lumat. Tumis sehingga naik bau.
  4. Kemudian, masukkan sos cili dan cili boh. Kacau hingga sebati.
  5. Setelah kuah menggelegak masukkan gula dan Maggi Cukup Rasa untuk mengimbangi rasa. Kacau hingga sebati.
  6. Untuk mengubah kepekatan kuah, masukkan sedikit air. Gaulkan hingga sebati.
  7. Masak kuah sehingga pecah minyak.
  8. Setelah pecah minyak, masukkan telur dan 1/2 biji lebihan bawang besar yang dihiris-hiris ke dalam kuah dan gaulkan perlahan-perlahan sehingga semuanya sebati.
  9. Akhir sekali dan Telur Masak Sos sedia untuk dihidang. 

Tuesday, July 5, 2016

Juadah Hari Raya Aidilfitri 2016 - My favorite Ayam Masak Merah

Assalamualaikum. Selamat menyambut Hari Raya Raya Aidilfitri semua. Harini saya nak berkongsi juadah hari raya yang baru saja selesai saya dan family masak tadi. Antara juadahnya adalah Ayam Masak Merah, Kari Ayam, Ayam Masak Kicap, Daging Masak Blackpepper, Kuah Kacang dan yang paling utama untuk juadah orang Bugis Buras dan Tumbuk. Mesti ramai di antara korang yang first time dengar Buras dan Tumbuk kan. Kedua-dua makanan ni adalah makanan tradisional orang Bugis. Buras ni ialah nasi yang di campurkan santan dan dibungkus dengan daun pisang. Kemudian dimasak berjam-jam. Biasanya saya dulu masak buras dari pagi sampai ke malam. Tumbuk pulak ia macam lemang, tapi ni beras pulut yang dibungkus dengan daun pisang. Cara masaknya juga sama dengan Buras. Nanti saya sambung lagi berkaitan makanan tu.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Saturday, June 18, 2016

RESEPI AISKRIM COKI-COKI MALAYSIA


Assalamulaikum semua. Lama dah Mrd tak berkongsi resepi maklumlah lately ni Mrd rajin update pasal badminton saja. Sebab Mrd ni peminat sukan badminton. Bagi yang mengikuti blog Mrd, korang boleh tengok banyak Mrd update pasal sukan badminton Malaysia kebelakangan ni. Sekarang pun dah tak sabar nak tunggu Piala Thomas 2016 yang bakal berlangsung pertengahan bulan Mei. Harap Malaysia mengulangi pencapaian mara ke final seperti Piala Thomas 2014 di New Delhi India.










Okaylah, berbalik kepada perkongsian resepi Aiskrim Coki-coki, bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  1. Coki-coki (apa-apa jenama) 
  2. Susu pekat manis - 1 tin
  3. Susu cair - 1 tin
  4. Air masak - 4 tin
  5. Garam - 1 sudu kecil
  6. Tepung jagung - 1 sudu
  7. Plastik aiskrim


Cara-cara membuat aiskrim coki-coki:

  1. Panasakan air di dalam periuk dan masukkan susu pekat, susu cair, garam dan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Masak semua bahan-bahan tadi sehingga mendidih.
  2. Setelah itu, tapiskan bahan-bahan tadi. Biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum di masukkan ke dalam plastik aikrim.
  3. Semetara menunggu campuran aiskrim sejuk, isikan plastik aiskrim dengan coki-coki dan ratakannya. 
  4. Masukkan campuran asikrim tadi ke dalam plastik aiskrim satu persatu dan ikat. Setelah siap semuanya, bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk. Nanti kalau dah keras bolehlah makan.




Selamat mencuba :) Kepada bolehlah kongsikan macam mana hasil aiskrim coki-coki anda.

Sunday, May 8, 2016

Resepi Aiskrim Coki-coki


Assalamulaikum semua. Lama dah Mrd tak berkongsi resepi maklumlah lately ni Mrd rajin update pasal badminton saja. Sebab Mrd ni peminat sukan badminton. Bagi yang mengikuti blog Mrd, korang boleh tengok banyak Mrd update pasal sukan badminton Malaysia kebelakangan ni. Sekarang pun dah tak sabar nak tunggu Piala Thomas 2016 yang bakal berlangsung pertengahan bulan Mei. Harap Malaysia mengulangi pencapaian mara ke final seperti Piala Thomas 2014 di New Delhi India.







Okaylah, berbalik kepada perkongsian resepi Aiskrim Coki-coki, bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  1. Coki-coki (apa-apa jenama) 
  2. Susu pekat manis - 1 tin
  3. Susu cair - 1 tin
  4. Air masak - 4 tin
  5. Garam - 1 sudu kecil
  6. Tepung jagung - 1 sudu
  7. Plastik aiskrim


Cara-cara
  1. Panasakan air di dalam periuk dan masukkan susu pekat, susu cair, garam dan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Masak semua bahan-bahan tadi sehingga mendidih.
  2. Setelah itu, tapiskan bahan-bahan tadi. Biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum di masukkan ke dalam plastik aikrim.
  3. Semetara menunggu campuran aiskrim sejuk, isikan plastik aiskrim dengan coki-coki dan ratakannya. 
  4. Masukkan campuran asikrim tadi ke dalam plastik aiskrim satu persatu dan ikat. Setelah siap semuanya, bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk. Nanti kalau dah keras bolehlah makan.


Selamat mencuba semuanya. :)




Tuesday, April 26, 2016

Resepi Cekodok Pisang Gebu

CEKODOK PISANG @ JEMPUT-JEMPUT PISANG




Assalamualaikum semua. Semua sihat tak harini? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Panas sangat cuaca sekarang ni. Mrd sekarang dekat Kota Samarahan, cuaca silih berganti. Harini panas terik, esok lusa hujan lebat. So, kepada rakan-rakan yang berada di sekitar Kota Samarahan, jagalah kesihatan sebab time-time macam ni lah kita senang nak demam. Minggu lepas supervisor Master Mrd demam sebab cuaca tak menentu.

Okay berbalik pada resepi yang Mrd nak kongsikan harini ialah Cekodok Pisang Gebu. Sedap ni kalau dapat makan time minum petang sambil minum teh panas. Resepi ni kakak Mrd yang ajarkan Mrd. Dulu Mrd buat cekodok pisang tak sedap sebab terlalu lembik and tak gebu. So, kakak Mrd ajar tambahkan soda bikarbonat ke dalam aduanan cekodok tu. Nnati time goreng elok ja cekodok tu kembang dan berbentuk bulat. Tapi takdalah bulatnya perfect sangat. Ada jugaklah yang lonjong, bujur dan etc. Hahahhahaha.

Bahan-bahan:
  1. Tepung gandum - 3 cawan
  2. Pisang - 4 biji
  3. Gula - 1 sudu
  4. Garam - Sedikit
  5. Soda bikarbonat - 1 sudu kecil
  6. Air - Secukupnya

Cara-cara membuat cekodok pisang @jemput-jemput pisang:
  1. Kupaskan kulit pisang dan masukkan pisang ke dalam bekas besar. Kemudian, lenyek-lenyekkan pisang tersebut.
  2. Masukkan tepung gandum, gula, garam dan soda bikarbonat. Gaul hingga sebati.
  3. Tambahkan air ke dalam adunan secukupnya. Jangan letak air terlalu banyak sebab takut terlalu cair.
  4. Kemudian, panaskan minyak dan goreng adunan cekodok tadi.
  5. Goreng sehingga warna bertukar kecoklatan.
  6. Setelah semua adunan cekodok siap digoreng, cekodok sedia untuk dihidang. 

Selamat mencuba. :) 

Wednesday, April 20, 2016

Resepi Sayur Campur dan Jagung Muda Masak Sos Mudah dan Ringkas



Assalamualaikum semua. Diharap semuanya sihat-sihat belaka. Harini Mrd nak berkongsi satu resepi iaitu Jagung Kecil  & Sayur Campur Masak Sos. Resepi ni saya ambil daripada resepi kakak saya. Saya banyak belajar memasak daripada kakak-kakak saya. Resepi ni sangat simple sebab tidak memerlukan banyak bahan. Sayur campur yang Mrd gunakan dalam resepi ni ialah sayur campur yang dalam paket tu. Yang ada lobak, jagung dan kacang peas.









Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  1. Jagung muda 6-8 biji
  2. Sayur campur paket (Lobak, jagung dan kacang peas) 1 mangkuk kecil
  3. Sosej 3 batang
  4. Bawang merah 2 ulas
  5. Bawang putih 2 ulas
  6. Sos cili 8 sudu
  7. Sos tiram 2 sudu
  8. Maggi Cukup Rasa 1 sudu kecil
  9. Minyak masak Secukupnya
  10. Air Sedikit

Cara-cara: 
  1. Pertama sekali potong-potong jagung muda & sosej mengikut bentuk yang anda inginkan.
  2. Kemudian, basuh sayur campur, jagung muda & sosej yang telah dipotong-potong tadi.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah & bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram dan Maggi Cukup Rasa dan gaul hingga sebati. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan sayur campur, jagung muda & sosej tersebut dan gaul hingga sebati.
  6. Tambahkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah (mengikut kepekatan kuah yang anda inginkan). Kemudian, gaul hingga sebati,
  7. Setelah kuah dah menggelegak dan sayur pun dah masak, matikan api dan angkat.
  8. Jagung Muda & Sayur Campur Masak Sos sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba semuanya :)



Saturday, April 16, 2016

Resepi Masakan Simple: Murtabak Maggi Bawang


Assalamualaikum, harini Mrd ingin berkongsi satu resepi ringkas iaitu Murtabak Maggi Bawang. Baru saja semalam Mrd masak murtabak ni dengan kawan Mrd. Hari-hari kalau makan dekat kafe, kosonglah dompet Mrd. Maklumlah student kena berjimat. Kalau tak berjimat dari awal semester, mesti hujung-hujung sem makan Maggi. Dahlah hujung-hujung sem dah start musin exam  dan makan pulak hari-hari Maggi. Memang tak bagus untuk kesihatan lagi-lagi time tu nak exam. Dulu Mrd, selalu macam tu. Kadang jawab soalan exam smabil perut berkeroncong. Malu dengan kawan sebelah atau pensyarah yang lalu meja Mrd. Berkeroncong perut Mrd tu, bukannya sekejap. Sampai nak habis waktu peperiksaan masih berbunyi. Hahahha. Oleh itu, para student berjimat cermatlah dari awal sem lagi, supaya tak jadi macam kes Mrd.

Okay berbalik kepada resepi ni, sebenarnya pertama kali Mrd masak murtabak Maggi ni ketika tahun pertama di universiti. Ketika itu, ada minggu keusahawanan untuk subjek EBX 0032 (Asas Pembudayaan Keusahawanan). Oleh itu, kumpulan Mrd ketika itu bercadang nak buat murtabak Maggi sebab senang. Semasa menjual murtabak ni, kira laku juga lah. Modal yang diperlukan sikit saja sebab hanya menggunakan Maggi Kari dan sebiji telur. Tapi kali ni Mrd olah sedikit resepi ni supaya takdalah ringkas sangat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah: (Hidangan untuk 2 orang)

  1. Maggi Kari - 2 bungkus
  2. Telur - 3 biji
  3. Pati Ayam - 1 kiub
  4. Bawang besar -1 biji
  5. Minyak masak - Secukupnya
  6. Sos cili - Secukupnya

Cara-cara: 
  1. Rebus mee Maggi terlebih dahulu dan kemudian toskan air panas tersebut dan masukkan mee ke dalam mangkuk besar.
  2. Tambahkan serbuk Maggi Kari, pati ayam, dan bawang besar yang dihiris-hiris. Gaulkan hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan telur dan kacau hingga sebati.
  4. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan adunan murtabak tadi menggunkan api sederhana.
  5. Setelah bahagian bawah murtabak dah bertukar warna keperangan, terbalik pula untuk menggoreng bahagian atasanya pula.
  6. Ulang langkah 4 & 5 sehingga adunan murtbak habis.
  7. Angkat murtabak dan hidangkan dengan sos cili dan hirisan bawang besar seperti gambar di bawah.

Selamat mencuba resepi ringkas ini. :)




Thursday, April 14, 2016

TELUR MASAK KICAP BUJANG STYLE




Assalamualaikum, apa khabar, semuanya sihat harini? Semoga semua dalam keadaan sihat pada harini. Pada harini Mrd nak berkongsi satu resepi simple iaitu Telur Masak Kicap Bujang Style. Resepi Mrd memang selalunya simple sebab Mrd ni masih bujang dan masih study lagi, jadi Mrd masak yang termampu saja. Bagi para bujang dan student di luar sana yang suka masak dan berjimat boleh lah mencuba resepi ringkas ni. Kelmarin Mrd masak ni untuk makan malam. Sedap makan dengan nasi panas-panas.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  1. Telur 2 biji
  2. Bawang besar 1 biji
  3. Kicap manis 7-8 sudu
  4. Sos cili 2 sudu
  5. Maggi Cukup Rasa 1 sudu kecil
  6. Gula 1 sudu kecil
  7. Sedikit air
  8. Minyak masak untuk menggoreng telur dan menumis

Cara-cara
  1. Goreng telur terlebih dahulu.
  2. Tumis bawang besar yang telah dihiris-hiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap manis, soc cili, Manggi Cukup Rasa dan gula. Kacau hingga sebati.
  4. Tambahkan sedikit air untuk mengubah kepekatan yang anda kehendaki.
  5. Masak sehingga kuah menggelegak dan bawang besar layu. Matikan api.
  6. Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan kacaukan.
  7. Setelah itu, Telur Masak Kicap Bujang Style sedia untu dihidang.



*Anda juga boleh menambah bawang merah, bawang putih dan halia dalam bahan tumisan masakan ini. Memandangkan bahan-bahan Mrd tidak mencukupi, jadi Mrd hanya gunakan bawang besar sebagai bahan tumisan. SELAMAT MENCUBA :)

Wednesday, April 13, 2016

Ikan Dori Goreng Tepung 'Sweet and Sour' (Simple Version)




Assalamualaikum semua. Harini Mrd nak berkongsi resepi Ikan Dori Goreng Tepung 'Sweet and Sour' (Simple Version). Sejak akhir-akhir ni family saya suka makan filet ikan Dori. Ini sebernarnya resepi daripada kakak saya. Dulu tak pernah tahu pun Ikan Dori tu apa. Ikan Dori ni selalu di jual frozen dekat supermarket

Okay, untuk resepi ni saya akan kongsikan Sweet and Sour yang simple version punya. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Ikan Dori Goreng Tepung
  1. Filet Ikan Dori - 1 kg (dipotong-potong)
  2. Tepung Goreng Paket (apa-apa jenama) - 1 Paket
  3. Tepung Jagung - 2 sudu
  4. Telur - 2 biji 

Sos Sweet and Sour
  1. Sos cili - 3 sudu
  2. Sos tomato - 3 sudu
  3. Sos tiram - 2 sudu
  4. Maggi Cukup Rasa - Secukupnya
  5. Gula - Secukupnya
  6. Air - Sedikit
Bahan Tumis
  1. Bawang merah - 2 ulas (ditumbuk lumat)
  2. Bawang putih - 2 ulas (ditumbuk lumat)
Bahan-bahan lain
  1. Cili padi - 5-7 biji
  2. Sayur campur paket (Lobak, jagung dan kacang peas) - 1 mangkuk kecil

CARA-CARA:

  1. Mula-mula celupkan ikan dori yang telah dipotong-potong ke dalam telur yang telah dikacau. Ikan dicelupkan di dalam telur supaya tepung melekat dengan cantik nanti. Kalau tak celupkan dengan telur susah tepung nak melekat.
  2. Masukkan satu persatu ikan dori yang telah dicelupkan telur tadi ke dalam tepung goreng (Tepung Goreng Paket + Tepung Gandum)
  3. Kemudian, goreng ikan dori tersebut sehingga warna menjadi keperangan. Setelah semua ikan dori telah di goreng letakkan di atas pinggan yang dilapikkan tisu supaya lebihan minyak dapat diserap oleh tisu tersebut.
  4. Kemudian, sedia untuk membuat sosnya pula. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  5. Tambahkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan gula untuk mengimbangi rasa dan kacau hingga sebati. 
  7. Kemudian, masukkan cili padi (dihiris-hiris) dan sayur campur dan kacau hingga sebati. 
  8. Kemudian tambahkan air untuk mengubah kepekatan yang dikehendaki.
  9. Masak sos tersebut sehingga menggelegak.
  10. Matikan api dan masukkan ikan dori goreng tepung tadi dan gaul hingga sebati. 
  11. Angkat dan Ikan Dori Goreng Tepung Sweet and Sour sedia untuk dihidang. 


Selamat mencuba. :)




Tuesday, April 12, 2016

RESEPI SOSEJ MASAK SOS CILI BUJANG STYLE


Sosej Masak Sos Cili Bujang Style

Assalamualaikum, harini Mrd ingin berkongsi satu resepi ringkas iaitu, Sosej Masak Sos Cili. Bahan-bahan untuk resepi ini sangatlah ringkas. Memandangkan saya seorang pelajar universiti, saya selalu masak untuk berjimat memandangkan harga makanan di kebanyakkan kafe yang ada di universiti sekarang ni agak mahal disebabkan banyak harga barang mentah yang telah naik dengan GST lagi. Oleh itu, memasak sendiri adalah salah satu cara untuk berjimat dalam keadaan ini.



Berbalik kepada resepi saya tadi, bahan-bahan yang diperlukan adalah

  1. Sosej - 1 bungkus (12 batang)
  2. Sos cili - 6 sudu
  3. Maggi Cukup Rasa/ Garam - Secukupnya
  4. Bawang besar - 1 biji
  5. Minyak masak - Secukupnya (untuk menggoreng sosej dan menumis bawang besar)
  6. Gula - Sedikit (untuk mengimbangi rasa)
  7. Air - Sedikit sahaja
Dalam resepi ini saya hanya menggunakan bawang besar sahaja, sebab terlupa nak beli bawang putih dan bawang merah. Hehhehehe.


Langkah-langkah
  1. Goreng kesemua sosej terlebih dahulu.
  2. Kemudian, tumis bawang besar yang telah dihiris-hiris sehingga naik bau,
  3. Masukkan sos cili, Maggi Cukup Rasa dan gula. Gaul hingga sebati. 
  4. Tambahkan sedikit air dan gaul hingga sebati. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Setelah pecah minyak masukkan sosej dan gaulkan hingga sebati.
  6. Setelah semuanya sebati dan kuah dah menggelegak, matikan api dan Sosej Masak Sos Cili sedia untuk dihidang.
Sosej Masak Sos Cili Bujang Style

Hidangan ini sangatlah ringkas sesuai untuk orang bujang macam saya ni. Tak banyak guna bahan-bahan dan mudah saja nak masak. Paling best kalau makan masakan ni dengan nasi panas-panas. Actually resepi ni saya ringkaskan, jadi kalau nak lagi sedap bolehlah tambahkan cili boh, sedikit belacan dan bawang merah dan bawang putih. Memang akan lebih sedap. Memandang Mrd ni masih seorang student, jadi ini saja yang mampu untuk dimasak. 

Kepada yang berminat nak masak resepi ni boleh lah mencuba dan bolehlah kongsikan hasilnya. Selamat mencuba. Kalau tak berapa nak sedap jangan marah saya ya,,, heheheheheh :P. Sebab saya masih lagi amatur dalam bab-bab memasak ni.

ANDA JUGA BOLEH CUBA TUKARKAN RESEPI SOS CILI UNTUK SOSEJ NI, MENGGUNA RESEPI SEPERTI DI LINK INI





Info tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK





Penaja