Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Sunday, October 29, 2017

5 Pasar Raya Giant Bakal Ditutup Pada 5 November 2017 Ini

Credit to C & N UNITED website (gambar sekadar hiasan)
Pasar Raya Giant merupakan salah satu pilihan utama rakyat Malaysia untuk berbelanja. Namun baru-baru ini sumber daripada berita online theSundaily menyatakan bahawa  5 cawangan pasar raya Giant bakal ditutup pada 5 November ini.
Menurut pemilik jenama Giant, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, 5 Pasar Raya Giant yang bakal ditutup adalah cawangan Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama mulai 5 November 2017 ini.

Berikut merupakan petikan berita daripada theSundaily berkaitan penutupan 5 cawangan Pasar Raya Giant.


PETALING JAYA: Giant brand owner GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd said it will cease operations of five Giant stores located in Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu and Selayang Lama on Nov 5, 2017 at the expiration of leases at these premises.
According to its website, GCH Retail, which is also the owner of Cold Storage, Mercato and Jasons Food Hall, currently operates 54 Giant stores nationwide.
In a statement today, the group said it has reviewed its operations and the decision was made to improve efficiencies and productivity.
At the same time, the group said, it will relocate its Giant store in Bercham, Perak to an expanded premise, and will double the size of the store to provide more offerings and range of products for its customers.
“In addition, by the end of this year, GCH Retail will be relaunching a new exciting concept store by Cold Storage in KLCC.
“The group will continue to deploy its resources to raise the bar to create positive retail experiences for our customers. We look forward to serve our customers in all our stores located across the country,” it said in the statement.
GCH Retail did not respond to queries for additional information as at press time. (Source theSundaily 26 October 2017)



ANDA BELI BARANG DI LAZADA & INGIN DAPAT DUIT ANDA KEMBALI, BERBELANJALAH DI SHOPBACK. UNTUK MENDAFTAR PERGI KE LAMAN WEB SHOPBACK.


  • Cara Semak Status (SENARAI HITAM Imigresen) Perjalanan ke Luar Negara klik DI SINI
  • Cara Mudah Menyemak Saman Trafik PDRM, JPJ dan AES Secara Online dan SMS klik DI SINI
  • Semakan dan permohonan Secara Online Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun Hadapan klik DI SINI

Saturday, October 28, 2017

Gambar-Gambar Ini Pasti Menyentuh Hati Anda Sebagai Seorang Anak



Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Harini Mrd nak kongsikan gambar yang baru-baru ini viral iaitu gambar  seorang anak yang memeluk bapanya dengan penuh kasih sayang yang membuatkan ramai netizen sebak. Gambar tersebut telah diambil oleh seorang pengguna Facebook iaitu Restoris A. Fatiha pada 18 Oktober 2017 yang lalu. 


Melihat gambar-gambar tersebut menyebabkan Mrd juga berasa sebak. Mrd sebak apabila mengenangkan allahyarham bapa Mrd yang telah meninggal dunia pada 2010. Kepada yang masih mempunyai ibu bapa sayangilah ibu bapa anda sebelum terlambat. Sayangilah dan berbaktilah kepada mereka, balaslah jasa dan pergobanan kedua ibu bapa kita selama ini.  

Berikut merupakan post di laman Facebook  Restoris A. Fatiha.




Penjawat Awam Bakal Menerima Bayaran Khas Sebanyak RM1500 - Bajet 2018


Baru-baru ini Perdana Menteri kita telah membentangkan Bajet 2018. Pasti ramai penjawat awam dan pesara kerajaan tersenyum lebar apabila mendengar Bajet 2018 dibentangkan. Melalui bajet yang dibentangkan penjawat awam bakal menerima bayaran khas RM1500. Manakala, pesara kerajaan bakal menerima RM750.


Berikut merupakan petikan berita daripada Berita Harian Online daripada Faris Fuad.


KUALA LUMPUR: Penjawat awam akan menerima bayaran khas berjumlah RM1,500, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata, bayaran itu akan disalurkan dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari depan, dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri..
"Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250t lagi menjelang Aidilfitri," katanya.

Friday, October 27, 2017

Resepi Ayam Goreng Oat Sedap dan Mudah


Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Lama sudah rasanya Mrd tak post resepi di blog Mrd ni. Maklumlah sekarang tengah sibuk, maklumlah masih bergelar seorang pelajar jadi banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan. Harini Mrd nak berkongsi satu resepi ayam goreng iaitu ayam goreng oat. Mrd ni sebenarnya penggemar ayam goreng, lagi lagi ayam goreng yang rangup dan pedas. Masak ayam goreng oat ni mungkin sama sahaja caranya cumanya, kita salutkan ayam dengan oat sebelum menggoreng.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1.  Ayam - 1 kg (mana-mana bahagian pun boleh)
  2. Tepung gandum - 10 sudu
  3. Tepung jagung - 2 sudu
  4. Serbuk kari/cili - 2 sudu
  5. Serbuk lada hitam - 1 sudu kecil
  6. Maggi Cukup Rasa - 2 sudu kecil
  7. Air - secukupnya
  8. Oat - Secukupnya
  9. Minyak masak - Secukupnya


Cara-cara masak ayam goreng oat:

  1. Basuh ayam yang telah dipotong-potong mengikut kehendak masing-masing. Ketepikan terlebih dahulu.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung, Maggi Cukup Rasa, serbuk kari/cili, serbuk lada hitam dan air ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. Jangan masukkan terlalu banyak air, nanti bancuhan tepung terlalu cair.
  3. Setelah siap membuat bancuhan tepung ayam goreng, celupkan satu demi satu ayam ke dalam bancuhan tersebut dan salutkan dengan oat.
  4. Panasakan minyak untuk menggoreng, setelah minyak betul-betul panas, goreng ayam yang telah disalutkan oat sebentar tadi.
  5. Goreng ayam sehingga warna bertukar keemasan. Angkat ayam dan toskan minyaknya. Ayam goreng oat sedia untuk di hidang.

Selamat mencuba semua, kalau ada apa-apa pertanya bolehlah ajukan di ruang komen di bawah. Kepada yang telah mencuba resepi ni bolehlah kongsikan hasilnya dengan Mrd. :) Hehehhe




Resepi-resepi lain:








Wednesday, October 25, 2017

Ranking Universiti di Malaysia 2018 Berdasarkan QS WORLD UNIVERSITY RANKING ASIA 2018


Berikut merupakan ranking TOP 20 Universiti di Malaysia berdasrkan QS World University Rankings (ASIA). Setinggi-tinggi tahniah kepada 5 universiti kerana berjaya menduduki ranking TOP 50 universiti di Asia iaitu Universiti Malaya (24), Universiti Putra Malaysia (36), Universiti Kebangsaan Malaysia (43), Universiti Sains Malaysia (46) dan Universiti Teknologi Malaysia (49).


Tahniah juga diucapkan kepada universiti-universiti yang lain yang berjaya menduduki TOP 300 di Asia. Semoga semua univerisiti di Malaysia berusaha untuk mengekalkan pencapaian yang agak memeberangsakan ini dan sentiasa maju dari masa ke masa.


Saturday, October 14, 2017

LIVE STREAMING KEPUTUSAN FINAL (MALAYSIA vs CHINA) BWF World Junior Mixed Team Championships 2017



Berikut merupakan keputusan penuh Final Malaysia menentang China BWF World Junior Mixed Team Championship 2017. Malaysia tewas 1-3, namun semangat pemain badminton junior negara patut dipuji. Semoga pemain junior akan sentiasa mempertingkatkan mutu permainan dari masa ke masa.



Tuesday, September 19, 2017

Resepi Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah

Cara Memasak Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah


Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd tak berkongsi resepi dalam blog ni. Maklumlah sibuk sebagai seorang pelajar. Pada harini Mrd akan berkongsi resepi masakan kegemaran Mrd iaitu ayam masak merah. Ini memang menu wajib kalau hari raya menjelang ataupun keluarga Mrd buat kenduri.
Resepi ni boleh dikatakan Mrd belajar daripada mak dan kakak Mrd. 

Jangan lupa sokong dan subscribe YouTube Channel Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai. Terima kasih.





Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan kisar
  • Bawang merah (5-6 ulas)
  • Bawang putih (5-6 ulas)
  • Halia (3 cm)
  • Serai (1 batang)
Bahan lain
  • Ayam (1 kg) dilumurkan kunyit dan garam
  • Cili boh (300 ml)
  • Kulit kayu manis (1 batang)
  • Bunga lawang (2 kuntum)
  • Bawang besar (1 biji)
  • Gula (Secukupnya)
  • Maggi Cukup Rasa (Secukupnya)
  • Sos cili (3-5 sudu)
  • Minyak masak untuk menggoreng ayam dan menumis.


Cara-cara memasak ayam masak merah:
  1. Goreng terlebih dahulu ayam yang telah dilumurkan kunyit dan garam. Goreng ayam tersebut sekejap sahaja (separuh masak). Angkat ayam tersebut dan ketepikan terlebih dahulu.
  2. Panaskan minyak (secukupnya) untuk menumis bahan kisar dan rempah. Tumis bahan kisar dan kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan cili boh, sos cili, gula dan Maggi cukup rasa dan gaul hingga sebati. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah mengikut kehendak anda.
  5. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar. Gaul hingga hirisan bawang besar layu. 
  7. Ayam masak merah sedia untuk dihidang.



Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK







Resepi-resepi lain:






  

Thursday, August 24, 2017

LIVE STREAMING BADMINTON KEPTUSAN FINAL / AKHIR BERPASUKAN LELAKI MALAYSIA vs INDONESIA SUKAN SEA 2017


Final Berpasukan Lelaki Badminton SUKAN SEA 2017 di antara Malaysia dan Indonesia. Siapakah yang bakal menjuarai berpasukan lelaki tahun ini sama-sama kita saksikan.

Untuk live streaming klik link ini https://www.youtube.com/watch?v=E2Qps6I3K2w

Monday, August 21, 2017

LIVE STREAMING KEPUTUSAN & JADUAL BOLA SEPAK MALAYSIA SUKAN SEA 2017


Live streaming Malaysia menentang Myanmar pada 21 Ogos 2017, 8.45 PM.

Untuk live streaming klik DI SINI

Punca Skuad Sepak Takraw Wanita Indonesia Menarik Diri Sukan SEA KL 2017


Skuad Sepak Takraw Regu Wanita Indonesia telah menarik diri dalam perlawanan menentang Malaysia di Sukan SEA KL 2017 ini. Puncanya adalah disebabkan tidak berpuasa hati dengan beberapa keputusan pegawai perlawanan. Berikut merupakan petikan berita daripada stadium Astro - Astro Arena (20 Ogos 2017).

Gara-gara tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pegawai perlawanan, Indonesia mengambil keputusan keluar gelanggang ketika menentang Malaysia dalam acara sepak takraw regu wanita Sukan SEA Ke-29 di Stadium Tertutup Titiwangsa, malam ini.

Selepas Malaysia memenangi set pertama 22-20, Indonesia kelihatan tertekan walaupun mendahului set kedua 16-10 kerana beberapa kali servis tekongnya dibatalkan pegawai perlawanan.

Ketika perlawanan rancak berlangsung pada kedudukan itu, pegawai perlawanan, Mohd Radhi Che Mei dari Singapura, sekali lagi menyalahkan tekong itu, sekaligus membawa keputusan regu Indonesia untuk keluar gelanggang dan enggan meneruskan perlawanan.

Sekalipun perbincangan diadakan dengan pengadil beberapa kali memanggil mereka masuk ke gelanggang semula, kem Indonesia tetap dengan keputusan itu dan kelihatan jurulatihnya, Asry Syam, berang sambil berlalu pergi.

Tindakan tersebut menghadiahkan Malaysia kemenangan percuma untuk meraih dua mata, dan menjadikan pingat perak dalam genggaman skuad bimbingan Mohd Fikri Mohd Nor.

Sekiranya Malaysia menumpaskan juara bertahan, Thailand, dalam perlawanan ketiga esok, skuad negara merangkul pingat emas acara regu wanita.

Terdahulu hari ini, Malaysia yang membariskan Nor Farhana Ismail, Siti Nor Suhaida Jafri dan Nurul Izzatul Hikmah Md Zulkifli menewaskan Filipina 21-13, 21-17 dalam tempoh 53 minit.

Acara regu wanita ini hanya disertai empat negara, iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Dengan menggunakan format liga sepusingan, setiap kemenangan akan meraih dua mata dan kutipan tertinggi akan menentukan kedudukan pingat.

Untuk rekod, dalam Sukan SEA di Singapura dua tahun lalu, Malaysia berkongsi pingat gangsa dengan Vietnam, sementara Thailand dan Myanmar masing-masing meraih emas dan perak. Sumber Stadium Astro by Astro Arena


  • Untuk KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT SUKAN SEA 2017 klik DI SINI
  • Untuk CARA SEMAK & MEMOHON WANG TAK DITUNTUT (WTD) klik DI SINI

Saturday, August 19, 2017

SUKAN SEA 2017 Senarai Kedudukan Pungutan Pingat Malaysia Terkini

KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT SUKAN SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017
MALAYSIA, SINGAPURA/SINGAPORE, INDONESIA, BRUNEI





Sukan Asia Tenggara 2017, dikenali secara rasminya sebagai Sukan Asia Tenggara ke-29 dan secara umumnya sebagai Kuala Lumpur 2017 merupakan temasya sukan berperingkat rantau asia tenggara yang akan diadakan di Kuala LumpurMalaysia dari 19hb hingga 30hb Ogos 2017. Ia akan menjadi kali keenam Sukan Asia Tenggara itu diadakan di Malaysia, selepas tahun 1965197119771989 dan 2001. Apabila Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan Asia Tenggara pada tahun 2017, ia akan menjadi 16 tahun selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan dwi-tahunan tersebut. -Sumber Wikipedia-



Kedudukan Pungutan pingat akan dikemaskini dari masa ke masa.


  • Untuk KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT TERKINI SUKAN SEA KL 2017 klik DI SINI
  • Untuk Cara Semak dan Tuntut Wang Tidak Dituntut klik DI SINI

Wednesday, August 16, 2017

KEPUTUSAN BOLA SEPAK SUKAN SEA KL 2017 MALAYSIA vs SINGAPURA


Harini ini, Rabu merupakan perlawanan di antara pasukan kebangsaan menentang Singapura yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor bermula pada jam 8.45 malam.

Berikut merupakan keputusan perlawanan ke 2 kumpulan A untuk acara bola sepak Sukan SEA 2017, pasukan Malaysia menentang Singapura.

Malaysia 2-1 Singapura
37' Amiruldin
68' Nor Azam
74' Thanavalan

Pada minit ke 37, pasukan Singapura/ Singapore berjaya menjaringkan gol sekaligus mendahului Malaysia 0-1. Namun, pada separuh masa ke-2 di minit ke 68 Nor Azam berjaya menjaringkan gol penyamaan 1-1 dan 6 minit kemudian, Thanavalan pula menambah lagi satu jaringan buat pasukan Malaysia untuk mendahului 2-1. Kedudukan 2-1 kekal sehingga masa perlawanan tamat.


Thursday, August 10, 2017

Kaki Remaja Lelaki di Makan Kutu Laut Pemakan Daging Setelah Merendam Kakinya di dalam Air Laut


Assalamualaikum semua. Harini saya nak kongsikan berkenaan kaki seorang remaja lelaki di Melbourne, Australia dimakan oleh kutu laut setelah merendam kakinya di dalam air laut. Peliknya setelah dia keluar daripada air, dia terkejut apabila melihat kedua-dua kakinya berlumuran dengan darah tetapi tidak melihat sebarang luka di kakinya. Rupa-rupanya kaki remaja tersebut dimakan oleh kutu laut pemakan daging. Bahayanya dengan kutu laut ni. Oleh itu, kita kena berhati-hati ketika sedang mandi dekat laut risau benda yang sama akan terjadi dekat kita. Mudah-mudahan kita dijauhan daripada benda-benda tak baik seperti ini.

Berikut merupakan sedutan berita online myMetro.


Melbourne: Seorang remaja ‘berlubang’ kedua-dua kakinya selepas dimamah serangga ketika berendam dalam air laut selepas main bola sepak di tepi pantai di Brighton, baru-baru ini.

Sam Kanizay, 16, berkata, kerana kepanasan, dia merendamkan kakinya di dalam air laut selepas main bola sepak dan merasa sengatan di kakinya tetapi menyangka ia disebabkan baru lepas bersukan.

Bagaimanapun, ketika keluar dari air dia terkejut melihat kedua-dua kakinya berlumuran darah tetapi tidak melihat luka. 
Doktor yang merawatnya di hospital juga tidak dapat memastikan apa yang berlaku.

“Pada mulanya saya menyangka terpijak batu, tetapi tidak logik kerana keseluruhan tapak kaki saya sehingga buku lali berdarah.

“Doktor akhirnya mendapati puluhan lubang kecil pada kaki saya menyebabkan mereka mengagak saya digigit kutu air,” katanya.



Susulan itu, ayahnya Jarrod membuat siasatan sendiri dan berjaya menangkap ratusan kutu air yang sukar dilihat dengan mata kasar.

Jarrod berkata: “Saya menangkap ratusan kutu yang diletakkan pada seketul daging yang hampir licin dimakan.”
Dia membawa daging dipenuhi serangga berkenaan ke hospital untuk ujian lanjut.

Sementara itu, pakar hidupan marin, Michael Brown berkata, kejadian itu kali pertama dilihatnya sepanjang kerjayanya.
“Saya mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang ini, tetapi tidak pernah melihat sesiapa mengalaminya,” katanya.

Sam dibenarkan pulang, semalam.Sumber Agensi/myMetroOnline

ANDA BELI BARANG DI LAZADA , INGIN DAPAT DUIT ANDA KEMBALI, BERBELANJALAH DI SHOPBACK. UNTUK MENDAFTAR PERGI KE LAMAN WEB SHOPBACK.

Saturday, August 5, 2017

Peniaga Online Tidak Boleh Mengguna Istilah "PM Tepi" Kerana Anda Boleh DIPENJARA



Baru-baru ini, melalui akaun Facebook KPDNKK, pihaknya memberi amaran kepada peniaga-peniaga online supaya mematuhi lapan (8) keperluan atau maklumat yang disenaraikan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999. 

Peniaga Online Perlu Paparkan Maklumat Berikut:
  1. Nama penjual/syarikat
  2. Nombor pendaftaran perniagaan
  3. Keterangan produk
  4. Terma dan syarat
  5. Harga perlu dibayar
  6. Maklumat untuk dihubungi
  7. Kaedah pembayaran
  8. Anggaran masa penghantaran
Jika gagal berbuat demikian, peniaga online boleh disabitkan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, Akta Perlindungan Pengguna 1999. Peniaga yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 145 iaitu denda tidak lebih RM50 000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.




Sumber Facebook KPDNKK & Berita Harian Online

Tuesday, August 1, 2017

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018




SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

Assalamualaikum kepada semua lepasan STPM/Setaraf Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan tarikh semakan keputusan permohonan ke IPTA bagi lepasan STPM/Setaraf bagi sesi akademik 2017/2018 adalah pada 3 Ogos 2017 bermula 12.00 tengahari.

Berikut merupakan hebahan dariapda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

      Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengumumkan keputusan bagi Permohonan Kemasukan Ke Universiti Amam (UA) Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2017/2018 PADA 3 OGOS 2017 (Khamis) bermula jam 12.00 tengah hari melalui hebahan seperti berikut

1. Laman Web
http://jpt.ums.edu.my


2.Hotline - 03-88708200


3. Sistem Pesanan Ringkas/ SMS untuk semua talian telefon bimbit

Sila taip: UPU RESULT [No. KP] dan SMS ke 15888


4. Kaunter khidmat runding cara akan dibuka:

Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras Tanah, No. 2,
Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62200 W.P. Putrajaya


5. Hubungi:

No Tel: 03-88708200
No Faks: 03-88706864
E-mel: upu@mohe.gov.my
Laman sosial:
            Facebook: Kemasukan BPKP JPT
            Twitter: @TWT_UPU
            Instagram: @KEMASUKANBPKP



Kepada adik-adik yang berjaya, sekalung tahniah diucapkan daripada kami Makmal Informasi. Bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa, kerana inshaAllah ada rezeki lain menanti anda. Anda mempunyai peluang kedua untuk membuat rayuan UPU. Semoga urusan adik-adik dipermudahkan oleh-Nya.

Pesanan daripada Makmal Informasi, bila dah masuk IPTA nanti anda haruslah berpegang teguh pada agama dan ingatlah pengorbanan ibu bapa anda. Jangan lalai sewaktu belajar di IPTA nanti. Anda SPM 9A, selalu 4 flat tidak menjamin kejayaan anda di IPTA jika anda lalai dan lupa tujuan sebenar melanjutkan pelajaran. Ini merupakan daripada pengalaman saya, ramai rakan-rakan yang berjaya sewaktu SPM, STPM, Matrikulasi dan Asasi tetapi apabila melangkah ke IPTA untuk menyambung ijazah, mulalah banyak yang hilang fokus dan tak perform ketika peperiksaan. Kerana di IPTA terlalu banyak godaan daripada rakan-rakan dan sekeliling, kepada yang tak pandai bawa diri akan hanyut. Pesanan terkahir, jangan salah pilih kawan, carilah kawan yang dapat membimbing kita ke arah kebaikan. Selamat maju jaya kepada bakal pelajar ijazah sesi akademik 2017/2018

Saturday, July 29, 2017

Portal Semakan dan Permohanan Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Online Bakal Beroperasi Tahun Hadapan



Berdasarkan laporan berita myMetro Online melaporkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khas untuk urusan Wang Tidak Dituntut (WTD). JANM menyatakan bahawa sistem tersebut dijangka akan mula beroperasi pada tahun hadapan 2018. 



JANM berkata keperluan portal ini berdasrkan keadaan semasa yang inginkan proses semakan yang lebih cepat dan mudah tanpa bersusah payah beratur di kaunter. Selain itu, JANM memberitahu bahawa semakan WTD tidak mempunyai tarikh luput. Oleh itu, JANM menasihatkan orang ramai jika tidak mempunyai keperluan mendesak supaya tidak membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM. -Sumber Rizanizam Abdul Hamid (myMetro Online).
Mrd sangat menyokong inisiatif JANM untuk membangunkan potal semakan dan permohonan Wang Tak Dituntut (WTD) secara dalam talian. Hal ini bagi mengelakkan kesesakan di kaunter JANM dan menjimatkan masa untuk meyemak dan memohon WTD ini. Kepada orang ramai, jika anda tidak terdesak untuk menuntut Wang Tak Dituntut buat masa ini, adalah dinasihatkan agar menunggu sehingga Portal Semakan dan Permohonan secara dalam talian dibangunkan pada tahun hadapan. Semoga urusan kita akan dipermudahkan olehnya. InshaAllah.
*CARA SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT KLIK DI SINI

Friday, July 28, 2017

Berwaspada Dengan Panggilan daripada 03-20719999 - Pesanan Polis




Baru-baru ini Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur telah menerima aduan berkaitan panggilan telefon 03-20719999 yang mendakwa daripada JSPTKL meminta penerima panggilan telefon tersebut untuk datang ke JSPTKL kerana telah terlibat dalam kemalangan. Namun, JSPTKL menafikan bahawa pihak pernah berbuat demikian, kata Ketua JSPTKL, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain.

Berikut merupakan laporan berita daripada Fazrik Kamarudin (Berita Harian Online)

KUALA LUMPUR: Jangan percaya jika dihubungi individu tertentu konon anda terbabit dengan kemalangan dan diminta memasukkan wang ke akaun konon untuk menyelesaikan kes.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) tidak pernah berbuat demikian, kata Ketuanya, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain.

Katanya, pihaknya menerima aduan berkaitan panggilan telefon menggunakan nombor 03-20719999, mendakwa dari JSPTKL meminta penerima panggilan datang ke JSPTKL kerana telah terbabit dalam kemalangan.

"Kemudian pemanggil akan mengarahkan penerima panggilan berkenaan untuk memasukkan sejumlah wang bagi menyelesaikan kes kemalangan mereka.

"JSPTKL tidak pernah mengenakan atau meminta apa-apa bayaran untuk diselesaikan berkaitan dengan kemalangan yang berlaku kecuali bayaran untuk salinan dokumen atas permohonan pengadu," katanya dalam satu kenyataan.

Bayaran dokumen itu pula, dikeluarkan resit rasmi kerajaan. Nadzri berkata, jika orang awam terbabit dalam kemalangan dan membuat laporan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, panggilan hanya akan dibuat oleh Pegawai Penyiasat sekiranya pihak kedua tidak tampil membuat laporan kemalangan selepas tempoh 24 jam.

"Orang ramai dinasihatkan agar menghubungi JSPTKL sekiranya menerima panggilan telefon dari individu yang menyamar sebagai Pegawai Polis Trafik dari nombor 03-20719999.

"Dapatkan juga nama dan nombor badan pegawai polis yang membuat panggilan dan nombor laporan kemalangan yang terbabit, kemudian sahkan semula dengan JSPTKL.

"Jangan sesekali memasukkan atau memberi wang untuk membuat sebarang pembayaran berhubung kes kemalangan trafik," katanya.

Beliau turut meminta orang awam tampil membuat laporan jika ada menerima panggilan palsu berkenaan.


Wednesday, July 26, 2017

Definisi / Maksud Wang Tak Dituntut (WTD)



Ramai yang tertanya-tanya apakah itu Wang Tak Dituntut (WTD). Berikut merupakan definisi/maksud Wang Tak Dituntut:

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    •  gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
    •  dividen;
    •  keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
    •  tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
    •  draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
    •  simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
    •  cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
    •  Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    •  akaun simpanan;
    •  akaun semasa;
    •  Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
  3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
    •  akaun pemiutang dagangan
    •  akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Cara semak dan tuntut Wang Tak Dituntut (WTD) klik DI SINI

*Sumber Laman Web Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


Cara Semak dan Tuntut Wang Yang Tak Dituntut (WTD)


Photo credit to wikimapia


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Tadi admin baca Beita Harian Online, dalam berita tersebut menyatakan bahawa, sehingga 30 Jun lepas sebanyak RM5.779 bilion wang tak dituntut (WTD) masih dalam simpanan Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara selaku pemegang amanah. WTD merupakan wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh tertentu, seperti ditetapkan dalam Akta Wang Tak Dituntut 1965. -Sumber- Berita Harian Online


*Definisi / Maksud Wang Tidak Dituntut (WTD)


Cara Semak Melalui Online

Boleh menyemak WTD melalui laman Web eGumis Jabatan Akauntan Negara Malaysia



Cara Semak dan Tuntut Wang Tak Dituntut (WTD)                              
1. Sila hadirkan diri ke kaunter Pejabat Pendaftar WTD di Tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur atau Pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan kediaman anda. anda. Sila klik di sini untuk mengetahui lokasi Jabatan Akauntan Negara di seluruh Malaysia
2. Bawa Kad pengenalan diri/MyKad anda dan serahkan di kaunter. Pegawai yang bertugas akan menyemak sama ada anda mempunyai Wang Tak Dituntut atau tidak.
3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.
4. Jika anda mempunyai WTD, sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) untuk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).



*PENTING
  • Semakan WTD tidak ada tarikh luput.
  • Pendaftar WTD tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau ejen untuk tuntutan WTD.
  • Untuk maklumat lanjut berkaitan WTD anda boleh ke Portal Rasmi JANM (Wang Tak Dituntut)

Untuk Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tak DItuntut klik DI SINI


ANDA BELI BARANG DI LAZADA & INGIN DAPAT DUIT ANDA KEMBALI, BERBELANJALAH DI SHOPBACK. UNTUK MENDAFTAR PERGI KE LAMAN WEB SHOPBACK.

  • Cara Semak Status (SENARAI HITAM Imigresen) Perjalanan ke Luar Negara klik DI SINI
  • Cara Mudah Menyemak Saman Trafik PDRM, JPJ dan AES Secara Online dan SMS klik DI SINI
  • Semakan dan permohonan Secara Online Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun Hadapan klik DI SINI
  • KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT MALASIA SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 klik DI SINI




Penaja